NEW
Font size
WorksheetsCerpen Banjir Di Mata Emak
Total questions: 25
Worksheet time: 8mins
Bagaimanakah "saya" boleh menelefon Mak Piah?
diberi nombor oleh teman
Mak Piah tersalah telefon
saya tersilap dial nombor
Siapakah nama yang dipanggil oleh Mak Piah setelah mengangkat panggilan telefon daripada saya?
Nana
Hana
Anna
Emak
Bagaimanakah Mak Piah meninggal dunia?
lemas dalam banjir
tergelincir dan kepalanya terhantuk
masalah kencing manis
kelaparan
Apakah tema cerpen ini?
kasih sayang antara anak dengan emaknya
kehilangan sesuatu yang bermakna telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang
keprihatinan terhadap kesusahan yang dihadapi oleh orang lain
bantu-membantu semasa berlaku bencana alam
Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen Banjir Di Mata Emak KECUALI
Nasib ibu tua yang tidak mendapat perhatian daripada anak-anak
Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa seseorang
Kasih anak-anak yang tidak berbelah bagi
Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah serta tempat berlakunya kejadian banjir.
Apakah latar tempat bagi contoh peristiwa di atas?
rumah saya
kampung
rumah Mak Piah
pusat pemindahan banjir
Apakah bencana yang berlaku di rumah Mak Piah?
Ribut
Banjir
Kemarau
Gempa bumi
Jika Mak Piah kehabisan lauk, apakah makanan yang akan dimakan oleh Mak Piah?
Nasi dengan garam
Nasi dengan ikan kering
Bubur nasi dengan telur
Nasi dengan ikan sardin
Bagaimanakah "Saya" dapat menemui alamat rumah Mak Piah?
carian di internet
bertanya kawan-kawan
melalui buku panduan telefon
pergi ke pusat pemindahan banjir
Mengapakah Nubhan tidak pulang menjenguk emaknya?
sibuk bekerja
tidak ada masa
dikongkong oleh isteri
masalah banjir
Mengapakah Nana jarang melawat ibunya di kampung?
sibuk bekerja
tidak dibenarkan suaminya
tidak ada masa
berlaku banjir di kampung
Siapakah nama anak-anak Mak Piah?
Nani dan Nubhan
Nubhan dan Nana
Noni dan Nusran
Hanna dan Nana
Mengapakah Mak Piah tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan banjir?
Dia lebih selesa tinggal di rumah
Dia ada masalah buang air kecil
Dia menunggu anak-anaknya
Dia menunggu pihak berkuasa
Mengapakah "Saya" terlalu ingin mencari rumak Mak Piah?
ingin berbakti kepada ibu tua itu
ingin bertanya khabar
ingin menghantar bekalan makanan
ingin berkawan dengan Mak Piah saja
Siapakah 'Saya' di dalam cerpen ini?
seorang anak yang bernama Nana
seorang pekerja syarikat telekomunikasi
seorang gadis yang tersalah dail nombor telefon
seorang sukarelawan
Berikut merupakan perwatakan Mak Piah KECUALI
seorang yang taat kepada perintah Tuhan
Seorang yang takut akan ular
Seorang ibu yang penyayang
Seorang yang suka pilih kasih terhadap anak-anaknya
Contohnya, • Lukisan ceria terpamer di wajah tua, tanda teruja menyalam perkenalan. [hlm. 54]
• ... hasratnya yang terpendam di lembah kepiluan. [hlm. 54]
• Saya merakamkan cerita dalam lautan fikir
Berikut merupakan gaya bahasa....
sinkope
metafora
peribahasa
repetisi
Contohnya, • Orang jual ikan dah tiga hari tak datang. Mamak jual roti pun tak boleh masuk kampung. Mak tak ada makanan. [hlm. 51]
• Abang kau tu, duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung tak hirau keadaan mak dalam banjir ni. [hlm. 51]
berikut merupakan gaya bahasa...
anafora
repetisi
sinkope
metafora
Pernyataan manakah yang merujuk kepada nilai kasih sayang?
"Saya" sanggup mengharungi banjir untuk melihat keadaan hidup Mak Piah yang tinggal seorang diri.
Walaupun anak-anak Mak Piah tidak mengambil berat tentang kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anak-anaknya
"saya" membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang telah terputus bekalan makanan akibat kejadian banjir.
"saya" berasa simpati dengan keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan serta keadaan Mak Piah yang terlalu merindui anak-anaknya.
Mak Piah memberitahu 'saya' bahawa bekalan makanannya sudah hampir habis kerana _________________.
kehabisan wang
banjir
dicuri
demam
Hasrat 'saya' untuk melawat Mak Piah seperti yang dijanjikan terpaksa ditunda kerana 'saya' demam panas selama ___________ hari
empat
dua
lima
tiga
Setelah sihat, 'saya' pergi ke rumah Mak Piah. 'Saya' hairan kerana melihat ramai orang berada di rumah Mak Piah kerana ___________________.
Mak Piah sakit
Mak Piah telah meninggal dunia
Nana telah meninggal dunia
banjir telah surut
Apakah maksud frasa menelan "dua nyawa" ?(Perenggan ke-4 muka surat 52)
dua orang bersabung nyawa
dua orang terkorban
dua orang dapat diselamatkan
dua orang telah dipindahkan
Berapa lamakah anak Mak Piah tidak menelefon bertanyakan khabar ?
tiga bulan
empat bulan
lima bulan
enam bulam
Mereka mengujarkan kata-kata dengan bersahaja sambil mata berlari memerhati bungkusan dalam kedua-dua beg plastik yang berat di tangan saya.
"mata berlari " merupakan gaya bahasa
hiperbola
personifikasi
simile
peribahasa
