wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAJAK KIJANG YANG LELAH

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Anda kenal kijang? Cuba pilih gambar yang betul

a)
b)
c)
d)
2.

Berdasarkan rangkap pertama Sajak Kijang yang Lelah, bagaimanakah keadaan kijang tersebut?

a)

Kijang tidak lagi mampu menobat takhta dan mengorak telapak di tanah menghijau

b)

Berdasarkan rangkap pertama Sajak "Kijang yang Lelah", kijang tersebut tidak lagi bertenaga untuk bermaharajalela di hutan sebelum ini kerana mempunyai tenaga yang banyak ketika masih muda.

c)

Berdasarkan rangkap pertama Sajak Kijang yang Lelah , kijang tidak lagi mampu menobat takhta dan mengorak telapak di tanah menghijau.

3.

Berdasarkan rangkap kedua, apakah perasaan kijang dalam sajak ini?

a)

Kijang berasa terharu mengenang kejayaan dalam hidupnya

b)

Kijang berasa resah dan sedih kerana semakin lemah

c)

Kijang berasa bersemangat untuk terus hidup

d)

Kijang masih berasa kuat walaupun sudah tua

4.

Apakah tanda yang menunjukkan Sang Kijang semakin tua berdasarkan rangkap pertama?

a)

Suaranya tidak nyaring dan tenaganya tidak kuat lagi

b)

Langkahnya semakin lemah dan sering berasa gelisah

c)

Tenaganya semakin lemah dan tidak mampu berjalan

d)

Tidak pantas berjalan sehingga tidak dapat mencari makanan

5.

Berdasarkan rangkap keempat sajak, kijang bertekad untuk

a)

meneruskan hidup dengan berhemah

b)

tidak bertindak terburu-buru dalam meneruskan kehidupan

c)

tidak gentar menghadapi cabaran

d)

mengharapkan bantuan haiwan lain untuk hidup

6.

Maksud rangkai kata sebak menyentap dahan kalbu ialah

a)

perasaan gelisah yang menghantui diri

b)

perasaan sedih yang dirasai di dalam hati

c)

perasaan gementar yang menyelubungi hati

d)

perasaan gemuruh yang menyebabkan kurang keyakinan diri

7.

Maksud rangkap kata menghambat waktu ialah...

a)

mengisi masa

b)

menghabiskan masa

c)

melengahkan masa

d)

mengejar masa

8.

Baris sajak berikut menggambarkan " dia tidak lagi mampu menobat takhta"

a)

tidak layak untuk tinggal di istana

b)

tidak mempunyai kekuaatan untuk bermaharajalela di dalam hutan

c)

tidak berkuasa lagi kerana dipinggirkan oleh haiwan lain

d)

tidak bertenaga untuk merampas takhta haiwan lain

9.

Pilih maksud perkataan 'menjinjing' yang paling tepat.

a)

melepas

b)

memberi

c)

membawa / membimbit

10.

Apakah tema dalam sajak "Kijang yang Lelah" ?

a)

Keperitan hidup seekor kijang tua dalam mengharungi kehidupan..

b)

Kebahagiaan hidup seekor kijang di hutan.

c)

Kepayahan kijang tua hidup di bandar.

d)

Keinginan kijang tuan untuk menikmati hidup yang selesa

11.

Manakah antara berikut merupakan persoalan dalam Sajak Kijang Yang Lelah? (boleh pilih lebih daripada satu jawapan)

a)

Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan

b)

Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan.

c)

Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan.

d)

Keupayaan yang lemah bukan penghalang mencapai sesuatu yang diinginkan.

12.

Nyatakan persoalan daripada frasa berikut.


Sang kijang berhati-hati ketika berjalan di dalam rimba tersebut. (rangkap 4, baris 1-2)

a)

Kepentingan amalan sikap berhati-hati dalam setiap tindakan.

b)

Kekuatan fizikal dan mental dalam menempuhi cabaran dan rintangan.

13.

Yang manakah BUKAN persoalan dalam sajak "Kijang yang Lelah"?

a)

Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan

b)

Hidup bebas membawa erti kebahagian

c)

Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan.

d)

Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan.

14.

Kijang tua tabah menghadapi hari yang mendatang.


Apakah nilai yang sesuai dalam situasi di atas?

a)

Keberanian

b)

Ketabahan

c)

Kerajinan

15.

Kijang tua tabah mengharungi dugaan dalam kehidupan.


Apakah nilai yang terdapat dalam petikan di atas?

a)

Keberanian

b)

Kegigihan

c)

Kesungguhan

16.

Yang manakah antara berikut BUKAN nilai yang terdapat dalam sajak "Kijang yang Lelah"

a)

Ketabahan

b)

Kerajinan

c)

Berhemah tinggi

d)

Keyakinan

17.

Pengajaran yang terdapat dalam Sajak Kijang Yang Lelah ialah ...

a)

berani dalam menghadapi kehidupan

b)

tabah dalam menghadapi kehidupan

c)

kita hendaklah tabah dalam menghadapi kehidupan

d)

kita mestilah hdup dengan senang lenang

18.

Pilih pengajaran yang terdapat dalam sajak :Kijang Yang lelah".

a)

Kita hendaklah gigih dalam meneruskan kehidupan walaupun dalam kepayahan.

b)

Ketabahan dalam meneruskan sisa-sisa hidup.

c)

Kasih sayang terhadap alam sekitar

19.

Sebak menyentap dahan kalbu.


Apakah unsur gaya bahasa bagi baris di atas?

a)

Personifikasi

b)

Inversi

c)

Kata ganda

20.

Dahan kalbu, dedaun resah, pepohon batin


Apakah unsur gaya bahasa bagi perkataan di atas?

a)

Peribahasa

b)

Bahasa istana

c)

Metafora

21.

Dedaun resah mula berguguran


Apakah gaya bahasa bagi baris di atas?

a)

Simile

b)

personafikasi

c)

Metafora

d)

hiperbola

22.

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema

Dia tidak lagi mampu menobat takhta


Nyatakan unsur gaya bahasa yang digunakan dalam bait-bait sajak di atas?

a)

inversi

b)

responsi

c)

alitersasi

d)

anafora

23.

Gaya bahasa responsi dapat ditemukan dalam rangkap __________

a)

pertama dan kedua

b)

kedua dan ketiga

c)

ketiga dan keempat

d)

pertama dan keempat

24.

Diredah belantara yang mula teduh


Unsur bunyi yang terdapat dalam baris di atas ialah

a)

simile

b)

sinkope

c)

asonansi

d)

aliterasi

25.

Contoh aliterasi ialah

a)

Nun jauh di batas nuraninya

b)

Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga

26.

Berdasarkan huruf yang digariskan dalam rajah, nyatakan gaya bahasa yang sesuai ?

a)

Personafikasi

b)

Aliterasi (pengulangan huruf konsonan)

c)

Asonansi (pengulangan huruf vokal)

27.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Bilangan baris empat hingga sembilan dalam satu rangkap.

b)

Bilangan kata dua hingga tujuh dalam satu baris.

28.

2. Selepas menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan, kijang menjadi lebih __________

a)

berjimat-cermat

b)

bersopan santun

c)

berhati-hati

d)

bermurah hati

29.

Anda boleh memilih lebih daripada 1 jawapan.


5. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi usia tua. Pilih aktiviti yang sesuai dilakukan pada usia tua.

a)

mendalami didikan agama dan moral

b)

berjudi dan minum arak

c)

menguasai kemahiran yang dapat meningkatkan kualiti hidup

d)

bersenam dan bersukan agar sihat sejahtera

30.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang bentuk sajak tersebut

a)

berbentuk bebas

b)

setiap baris merupakan maksud

c)

terdapat 2 hingga 7 patah perkataan sebaris

d)

terdiri daripada 4 hingga empat belas suku kata sebaris

31.

Yang berikut merupakan bentuk sajak "Kijang yang Lelah" KECUALI

a)

Setiap baris terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata.

b)

Rima akhir rangakap ke-3 sajak ini ialah aabcb

c)

Setiap rangkap terdiri daripada 5 baris

d)

Bentuk sajak ini terikat

32.

Berapakah rangkap sajak Kijang yang Lelah?

a)

4 rangkap

b)

3 rangkap

c)

5 rangkap

d)

6 rangkap

33.

Sajak ini berbentuk....

a)

Terikat

b)

Bebas

34.

Apakah nada dalam sajak "Kijang Yang Lelah" ini?

a)

patriotik

b)

melankolik

c)

romantis

d)

mendayu

35.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

Bilangan baris empat hingga sembilan dalam satu rangkap.

b)

Bilangan kata dua hingga tujuh dalam satu baris.

36.

Anda boleh memilih lebih daripada 1 jawapan.


5. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi usia tua. Pilih aktiviti yang sesuai dilakukan pada usia tua.

a)

mendalami didikan agama dan moral

b)

berjudi dan minum arak

c)

menguasai kemahiran yang dapat meningkatkan kualiti hidup

d)

bersenam dan bersukan agar sihat sejahtera

37.

Golongan warga emas merupakan golongan yang sering dikaitkan dengan pengabaian. Pada pendapat anda, apakah kesan pengabaian ini terhadap warga emas? Pilih dua jawapan

a)

Berlakunya gangguan emosi berpanjangan pada diri warga emas

b)

Warga emas akan berasa sedih dan tersinggung

c)

Warga emas akan menjadi nyanyuk

d)

Kesihatan warga emas akan menjadi lebih baik

38.

Terdapat segelintir murid yang mudah berputus asa apabila tidak berjaya mencapai keputusan yang diharapkan. Sikap ini akan merugikan mereka

Pilih jawapan yang betul berkaitan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengatasi sikap mudah berputus asa dalam diri anak-anak mereka.

a)

selalu mengkritik anak-anak sehingga mereka berputus asa

b)

ibu bapa harus menjadi suri teladan dengan menunjukkan sikap tidak kenal putus kepada anak-anak mereka sejak anak-anak masih kecil lagi

c)

ibu bapa harus memberi motivasi, galakkan dan kata-kata penghargaan serta dorongan supaya anak-anak mereka tidak mudah putus asa malah akan merasa lebih dihargai

39.

Apakah kaitan nasib kijang dengan kehidupan manusia ?

a)

Kijang dan manusia adik beradik

b)

Manusia memerlukan kiang untuk makanan dan pakaian

c)

Manusia dan kiang tertakluk dengan hukum alam

d)

Tanpa kijang manusia tidak boleh hidup

40.

Terdapat segelintir murid yang mudah berputus asa apabila tidak berjaya mencapai keputusan yang diharapkan. Sikap ini akan merugikan mereka

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengatasi sikap mudah berputus asa dalam diri anak-anak?

4 lines