Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGAJIAN AM P1 SMART TEST 37

Total questions: 15

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang tujuan Badan Penyelarasan? (Pilih 2 jawapan)

a)

Menjimatkan masa penggunaan sumber negara

b)

Menilai dan menentukan kesesuaian dasar negara

c)

Meninggikan mutu perkhidmatan awam dan kecekapan pengurusan

d)

Membincangkan dasar melalui Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri

2.

Antara berikut, yang manakah tugas Jawatankuasa Khas Kabinet? (Pilih 2 jawapan)

a)

Menyelesaikan masalah air kotor dan tercemar

b)

Menilai semula semua proses penambakan

c)

Meningkatkan Projek Pembangunan Luar Bandar

d)

Meningkatkan kepekaan terhadap hal ehwal dan pembangunan wanita.

3.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang Jabatan Perdana Menteri? (Pilih 2 jawapan)

a)

Melaksanakan istiadat dan protokol

b)

Merancang, merumus dan menyelaraskan dasar

c)

Melaksanakan projek-projek pembangunan dengan cekap

d)

Mengawasi tindakan pembetulan yang diambil oleh kementerian

4.

Antara berikut, yang manakah fungsi suruhanjaya? (Pilih 2 jawapan)

a)

Memberi penerangan dan kesedaran undang-undang

b)

Memastikan kesaksamaan dalam perlantikan ke jawatan tetap

c)

Mengadakan latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D)

d)

Memberi laporan tahunan kepada Yang di-Pertuan Agong

5.

- JABATAN KERAJAAN -


Ketua eksekutif jabatan di atas ialah

a)

Pengerusi

b)

Ketua Pengarah

c)

Ketua Setiausaha

d)

Perdana Menteri

6.

- Membantu membuka dan memajukan tanah untuk potensi pertanian.

- Meningkatkan taraf hidup petani


Perkara di atas merujuk kepada

a)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

b)

Perbadanan Nasional Berhad

c)

Bank Pertanian Malaysia

d)

Majlis Amanah Rakyat.

7.

-Undang-undang digubal oleh Parlimen-


Pernyataan di atas merujuk

a)

Perlembagaan

b)

Enakmen

c)

Ordinan

d)

Akta

8.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang Unit Penyelarasan Pelaksanaan? (Pilih 2 jawapan)

a)

Mengawasi agensi dan perbadanan awam

b)

Memajukan sistem maklumat pengurusan

c)

Membincangkan masalah pembangunan sosioekonomi

d)

Menganalisa status ekonomi dalam negara dan antarabangsa

9.

-PENGUNDI TIDAK HADIR-


Pengundi di atas merujuk

a)

Pegawai polis yang mengawal lalu lintas

b)

Pelajar yang belajar sepenuh masa di Kolej Antarabangsa

c)

Guru yang mengajar di sekolah yang menjadi pusat mengundi

d)

Isteri tentera yang tinggal di rumah semasa suaminya menjalankan operasi di hutan

10.

-JABATAN ARKIB NEGARA-


Jabatan di atas terletak di bawah kuasa

a)

Kementerian Pendidikan

b)

Kementerian Dalam Negeri

c)

Kementerian Pengajian Tinggi

d)

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

11.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber kewangan Kerajaan Persekutuan? (Pilih 2 jawapan)

a)

Hasil duti eksais

b)

Hasil harta karun

c)

Hasil bayaran pendaftaran

d)

Hasil perlombongan

12.

- Mengenal pasti cara untuk mengawal keadaan inflasi dan merancang strategi untuk memastikan pembekalan yang kukuh.

- Menilai semula kaedah atau sistem pemberian subsidi dan kawalan harga.


Pernyataan di atas merujuk peranan

a)

Majlis Ekonomi Negara

b)

Majlis Kewangan Negara.

c)

Majlis Perniagaan Setempat

d)

Majlis Pembangunan Negara

13.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan had kuasa Tribunal pengguna? (Pilih 2 jawapan)

a)

Menasihatkan pengguna tentang kes yang diambil

b)

Mengalami kegagalan untuk mendapatkan hak milik tanah

c)

Meminta prosedur untuk mendapatkan wasiat atau harta intelek

d)

Menggalakkan pengguna untuk mengambil tindakan undang-undang

14.

Kes : Gilbert ditahan di atas pesawat MH774 yang didaftarkan di Malaysia kerana membawa dadah


Kes di atas dapat dibicarakan di

a)

Mahkamah Khas

b)

Mahkamah Tinggi

c)

Mahkamah Sesyen

d)

Mahkamah Majistret

15.

Antara berikut, pernyataan yang manakah BENAR tentang keanggotaan Mahkamah Kanak-Kanak? (Pilih 2 jawapan)

a)

Seorang Majistret Kelas I

b)

Seorang Majistret Kelas II

c)

Seorang Ketua Hakim Mahkamah Buruh

d)

Dua orang anggota penasihat dipilih oleh Menteri Kebajikan atau Ketua Menteri