Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengenalan Asas Alat Muzik Kompang

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Paluan kompang Amir menghasilkan bunyi pak..dan bung..yang kurang sedap didengar. Apakah yang faktor yang menyebabkan berlakunya perkara sedemikian?

a)

Kulit kompang telah lama.

b)

Kult kompang basah.

c)

Kulit kompang tidak tegang.

2.

Baluh kompang selalunya diperbuat daripada _______________ manakala belulang diperbuat daripada _________________.

a)

kayu pokok jati .... kulil kambing

b)

kayu pokok nangka .... kulit lembu

c)

kayu pokok nangka .... kulit kambing

3.

Apakah saiz terbesar kompang berdasarkan video yang telah ditonton?

a)

Saiz 12

b)

Saiz 14

c)

Saiz 16

4.

Bagaimanakah cara untuk mengukur saiz kompang?

a)

Cara mengukur saiz kompang mengikut perimeter kompang

b)

Cara mengukur saiz kompang mengikut diameter kompang

c)

Cara mengukur saiz kompang mengikut luas kompang

5.

Apakah hasil bunyi kompang apabila dipalu?

a)

bak...bung...

b)

bak...pung

c)

pak...pung...

d)

pak...bung...

6.

Cara untuk menegangkan kulit kompang adalah seperti berikut KECUALI:

a)

Kompang dijemur di tengah panas.

b)

Bahagian belakang kompang diletakkan rotan sendek.

c)

Kompang diletakkan di atas unggun api.

7.

Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila ....

a)

bahagian tengah kompang dipalu dengan jari

b)

bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka

c)

bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan tertutup

8.

Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila ...

a)

bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan kesemua jari berkeadaan terbuka.

b)

bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan kesemua jari berkeadaan tertutup.

c)

bahagian tepi permukaan kompang iaitu 2/3 daripada permukaan dipukul dengan kesemua jari berkeadaan terbuka.

d)

bahagian tepi permukaan kompang iaitu 2/3 daripada permukaan dipukul dengan kesemua jari berkeadaan tertutup.

9.

Fungsi asas paluan kompang adalah untuk...

a)

membingitkan majlis

b)

memeriahkan majlis

c)

menghentikan majlis

10.

Berikut merupakan alat lain yang boleh digunakan untuk menegangkan kulit kompang KECUALI...

a)

rotan sendek

b)

kabel elektrik berwarna

c)

tali nylon