Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu KSSM

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Maksud peribahasa:

Gulung tikar

a)

Mengemas

b)

Muflis

c)

Mendapat untung

2.

Maksud peribahasa:

Anak buah

a)

Pekerja di bawah jagaan kita

b)

Pekerja yang sangat rajin

c)

Orang yang amat disayangi

3.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan

a)

Masa itu emas

b)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

c)

Bersekutu bertambah mutu

4.

Maksud peribahasa:

Belukar sudah menjadi rimba

a)

Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi

b)

Keadaan yang tidak terurus

c)

Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya

5.

Berikan peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya

a)

Seperti gunting dalam lipatan

b)

Malang tak berbau

c)

Sudah terhantuk baru tengadah

6.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut:

Datin Salimah amat berkenan dengan anak gadis Puan Sri Sarah untuk dijadikan menantu kerana mereka sama darjat.

a)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

b)

Jinak-jinak merpati

c)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

7.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut:

Fatimah memanfaatkan masa terluangnya dengan mengulang kaji mata pelajaran bahasa Melayu kerana baginya .........................

a)

Pencuri masa

b)

Masa itu emas

c)

Emas itu masa

8.

Maksud peribahasa berikut:

Sudah terhantuk baru tengadah

a)

Bersedia sebelum ditimpa kesusahan

b)

Masalah yang bertimpa-timpa

c)

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat

9.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut:

Ferhad berasa menyesal kerana tidak pulang menziarahi ibunya yang sakit tenat sehingga ibunya meninggal dunia.

a)

Nasi sudah menjadi bubur

b)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna

c)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

10.

Peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikir habis-habis

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

c)

Sudah terhantuk baru tengadah

11.

Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa:

Sediakan payung sebelum hujan

a)

Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan

b)

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat

c)

Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya

12.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

Tidak ada sesuatu yang betul-betul sempurna

a)

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

b)

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

c)

Gading mana yang tidak retak

13.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut:

"Tak mengapalah Man, yang penting kau tidak mengulangi kesilapan itu lagi," kata ayah kepada abang.

a)

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan

b)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

c)

Adata sepanjang jalan, cupak sepanjang betung

14.

Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa berikut:

Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk

a)

Sudah jatuh ditimpa tangga

b)

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

c)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

15.

Pilih peribahasa yang sesuai:

Salleh bekerja sambilan di kedai makan itu untuk mendapatkan wang tambahan bagi membantu keluarganya.

a)

Durian runtuh

b)

Duit tepi

c)

Rezeki terpijak

16.

Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa berikut:

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

a)

Ibarat telur di hujung tanduk

b)

Lembu punya susu, sapi dapat nama

c)

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya

17.

Maksud peribahasa:

Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung

a)

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya

b)

Setiap perbuatan akan mendapat balasannya sama ada baik atau jahat

c)

Adat dan budaya perlu dikekalkan

18.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

Mengikut peraturan atau adat resam yang lazim

a)

Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat puncak junjung

b)

Adat dikelek, hukum dijunjung

c)

Bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat

19.

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:

..................... ibu tiada bandingannya dengan masakan chef terhebat di dunia ini.

a)

Air tangan

b)

Air muka

c)

Buah tangan

20.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut:

Walaupun dunia semakin moden, namun kita perlu menguatkuasakan adat dan menegakkan undang-undang.

a)

Bertakuk ditebang, yang bergaris dipahat

b)

Adat dikelek, hukum dijunjung

c)

Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk

21.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut:

Permainan tradisional perlu terus dipeihara agar ...........................................................

a)

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

b)

Adat dikelek, hukum dijunjung

c)

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

22.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi berikut:

Keputusan abang untuk berhijrah ke bandar bagi mencari pekerjaan tidak dapat diubah lagi.

a)

Dicabut layu, diubah mati

b)

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

c)

Disuruh pergi, dipanggil datang

23.

Apakah peribahasa yang sama maksud dengan seperti kerbau dicucuk hidungnya?

a)

Lembu punya susu, sapi dapat nama

b)

Disuruh pergi, dipanggil datang

c)

Gading mana yang tidak retak

24.

Pilih peribahasa bagi maksud berikut:

Tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya

a)

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

b)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

c)

Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung

25.

Berikan maksud bagi peribahasa langkah bandul.

a)

Adik berkahwin terlebih dahulu daripada kakaknya

b)

Kakak berkahwin terlebih dahulu daripada adiknya

c)

Melangkah dengan besar dan laju

26.

Pilih situasi yang sesuai dengan peribahasa jong yang pecah, yu yang kenyang.

a)

Peperangan itu telah menyebabkan kedua-dua pihak mengalami kerugian.

b)

Rusuhan yang berlaku di Amerika Syarikat telah menyebabkan negara itu mengalami kerugian.

c)

Disebabkan pemandu teksi di Thailand mogok, sektor pelancongan Malaysia semakin maju apabila ramai pelancong memasuki negara ini

27.

Maksud peribahasa:

Bahasa ibunda

a)

Bahasa yang dituturkan oleh ibu

b)

Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum

c)

Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu

28.

Generasi yang pandai membaca dan menulis digelar sebagai ........................

a)

Buta hati

b)

Celik huruf

c)

Buta huruf

29.

Pilih peribahasa yang tepat:

Dengan membaca memudahkan kita berfikir

a)

Membaca membuka minda

b)

Membaca amalan mulia

c)

Bangsa membaca, bangsa berjaya

30.

Apakah peribahasa yang sama maksud dengan bukit sama didaki, lurah sama dituruni?

a)

Bagai isi dengan kuku

b)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

c)

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

31.

Pilih peribahasa yang tepat bagi maksud berikut:

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendah diri.

a)

Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

b)

Diam-diam ubi berisi

c)

Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa yang tahu

32.

Maksud peribahasa:

Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa yang tahu

a)

Sering mengheboh-hebohkan keburukan orang lain

b)

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendah diri

c)

Orang yang berusaha dalam senyap beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit tetapi diheboh-hebohkan

33.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut:

Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan amalan membaca sejak mereka kecil lagi.

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

Bagai menatang minyak yang penuh

c)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

34.

Maksud peribahasa:

Bak cendawan tumbuh selepas hujan

a)

Memperoleh kesenangan setelah mengharungi kesusahan

b)

Terlalu banyak pada satu-satu masa

c)

Mendapat kejayaan setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh

35.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan bernasib baik.

a)

Daripada segenggam, jadi segantang

b)

Durian runtuh

c)

Senduk besar tak mengenyang

36.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

Dimana-mana tempat berpeluang mencari rezeki, orang akan bertumpu.

a)

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

Di mana ada air bertakung, di situ ikan berkampung

37.

Maksud peribahasa:

Senduk besar tak mengenyang

a)

Janji sahaja yang banyak dibuat tetapi tidak ditepati

b)

Rezeki yang tidak mencukupi

c)

Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi dia sendiri tidak melakukan sedemikian

38.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat berikut:

Remaja lelaki itu bertindak biadab dengan menengking peminta sedekah tersebut tanpa sebarang sebab.

a)

Kurang akal

b)

Kurang ajar

c)

Kepala batu

39.

Maksud peribahasa:

Ketam mengajar anaknya berjalan betul

a)

Kesusahan yang dialami seseorang apabila dirinya hilang tempat bergantung

b)

Mendidik anak-anak biarlah ketika mereka masih kecil

c)

Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi dia sendiri tidak melakukan sedemikian

40.

Adinis ___________ ketika ibu memarahinya kerana dia tidak pergi ke sekolah.

a)

Buat muka

b)

Ringan mulut

c)

Tarik muka