wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 1 (Tingkatan 4)

Total questions: 30

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang menerangkan kos lepas bagi kerajaan?

a)

Kos semasa proses pengeluaran

b)

Perbelanjaan memaksimumkan kebajikan rakyat

c)

Input yang dikorbankan untuk mengurangkan kos

d)

Projek awam kedua terbaik yang dilepaskan kerana memilih yang terbaik

2.

Tujuan utama pengeluaran firma adalah

a)

mencari sumber ekonomi baharu

b)

menciptakan peluang pekerjaan

c)

menciptakan kemakmuran masyarakat

d)

mencari keuntungan maksimum

3.

Tujuan utama sistem ekonomi ______________adalah kebebasan ekonomi yang diperoleh dengan persaingan secara sihat.

a)

Sistem ekonomi pasaran bebas

b)

Sistem ekonomi Islam

c)

Sistem ekonomi campuran

d)

Sistem ekonomi perancangan pusat

4.

Seorang pengusaha kraftangan mempunyai banyak permintaan di pasaran. Untuk memenuhi permintaan tersebut pengusaha menambah modal dan buruh.

Masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan ialah ....

a)

Apa yang dikeluarkan

b)

siapa yang akan mengeluarkan

c)

bagaimana barang dikeluarkan

d)

untuk siapa barang dikeluarkan

5.

Manakah bukan masalah asas ekonomi...

a)

Apa yang dikeluarkan

b)

Agihan barang

c)

Bagaimana barang dikeluarkan

d)

Untuk siapa barang dikeluarkan

6.

Apakah tujuan isi rumah membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi?

a)

Mengutamakan kehendak

b)

Mengutamakan keselesaan

c)

Memaksimumkan kepuasan

d)

Memaksimumkan perbelanjaan

7.

Kos lepas wujud kerana kehendak manusia tidak terhad manakala sumber ekonomi

a)

terhad

b)

tidak terhad

c)

bersifat boleh diperbaharui

d)

bersifat tidak boleh diperbaharui

8.

Apakah kos lepas bagi firma?

a)

Bayaran untuk mengeluarkan seunit output

b)

Pilihan input yang digunakan dalam proses pengeluaran

c)

Output yang tidak dipilih bagi mendapatkan output terbaik

d)

Perbelanjaan yang ditanggung untuk menghasilkan barang

9.

Pernyataan berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas.


Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih output yang paling menguntungkan.


Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu? 1(SPM 2004)

a)

Mak Rosmah, penduduk kg Melayu

b)

En. Azni, pemilik kilang

c)

Kementerian Pertanian Malaysia

d)

Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara

10.

Jadual 1 menunjukkan dua barang X dan Y keluaran suatu firma.

Tingkat pengeluaran bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan. Jika pengurusan firma itu mengambil keputusan mengubah kaedah pengeluaran daripada kaedah P kepada kaedah Q, berapakah unit barang X terpaksa dilepaskan untuk mengeluarkan 75 unit barang Y?

a)

15

b)

20

c)

30

d)

45

11.

Apakah kos lepas bagi firma?

a)

Bayaran untuk mengeluarkan seunit output

b)

Pilihan input yang digunakan dalam proses pengeluaran

c)

Output yang tidak dipilih bagi mendapatkan output terbaik

d)

Perbelanjaan yang ditanggung untuk menghasilkan barangan

12.

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan.


Y ialah suatu daripada sumber tersebut.

Apakah ganjaran yang diberi kepada penyumbang Y? 2

a)

Upah

b)

Sewa

c)

Faedah

d)

Untung

13.

Usahawan menerima ganjaran untung kerana ....... 2(SPM 2008)

a)

Membenarkan orang lain menguruskan untung

b)

Menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang

c)

Kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi

d)

Sanggup menanggung risiko

14.

Pasangan manakah yang betul tentang sumber ekonomi?

a)

Modal....Input produktif yang digunakan dalam proses pengeluaran

b)

Tanah....Sumber yang diperlukan dalam pengeluaran dan penawarannya tidak terhad

c)

Buruh Individu yang menggabungkan sumber ekonomi untuk menghasilkan output

d)

Usahawan Individu yang memberi sumbangan produktif sama ada dalam bentuk fizikal dan mental

15.

Pernyataan manakah yang betul tentang sumber ekonomi? 1(SPM 2018)

a)

Tanah merupakan sumber yang di ekstrak dari bumi dan lautan

b)

Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan


c)

Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output

d)

Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara fizikal dan mental

16.

Maklumat berikut berkaitan satu faktor pengeluaran.


Encik Hamzah adalah pembekal lemang periuk kera di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Awalnya, usaha Encik Hamzah kurang mendapat sambutan. Setelah setahun beroperasi barulah beliau menerima pulangan yang lumayan.


Antara yang berikut, yang manakah benar tentang faktor pengeluaran tersebut?

a)

Berani menanggung risiko

b)

Kreatif dan inovatif dalam pemasaran

c)

Menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran

d)

Memiliki sumber hasil hutan yang boleh diperbaharui

17.

Yang manakah tidak benar mengenai kehendak?

a)

Tidak terbatas

b)

Sentiasa berubah

c)

Untuk terus hidup

d)

Sukar dipenuhi

18.

Masalah kekurangan menyebabkan unit-unit ekonomi membuat

a)

Pilihan

b)

Penawaran

c)

Permintaan

d)

Jual Beli

19.

Yang manakah tidak benar mengenai pilihan unit ekonomi?

a)

Isi rumah - memaksimumkan kepuasan

b)

Negara - memaksimumkan pendapatan

c)

Firma - memaksimumkan keuntungan

d)

Kerajaan - memaksimumkan kebajikan

20.

Projek manakah tidak akan menjadi pilihan kerajaan?

a)

Pembinaan Pusat beli belah

b)

Pembinaan Sekolah

c)

Pembinaan Hospital

d)

Pembinaan Jalan Raya

21.

- Keuntungan Baju RM10 sehelai

- Keuntungan Seluar RM 5 sehelai


Yang manakah merupakan kos lepas firma?

a)

Baju

b)

Seluar

22.

- Projek pembinaan Sekolah

- Projek Pembinaan Muzium Perang


Projek manakah merupakan kos lepas kerajaan?

a)

Muzium Perang

b)

Sekolah

23.

Yang manakah bukan masalah asas ekonomi?

a)

Apa barang yang hendak dikeluarkan?

b)

Mengapa perlu dikeluarkan?

c)

Berapakah yang hendak dibeluarkan?

d)

Bagaimana hendak dikeluarkan?

24.

Apakah kata kunci bagi masalah asas ekonomi untuk siapa dikeluarkan?

a)

Jumlah barang

b)

Cara pengeluaran

c)

Jenis barang atau perkhidmatan

d)

corak agihan pendapatan

25.

Kerajaan tidak masuk campur dalam pemilikan faktor pengeluaran.

a)

Sistem Ekonomi Kapitalis

b)

Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

c)

Sistem Ekonomi Campuran

d)

Sistem Ekonomi Islam

26.

Malaysia , Singapura dan Thailand mengamalkan system ekonomi...

a)

Sistem Ekonomi Kapitalis

b)

Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

c)

Sistem Ekonomi Campuran

d)

Sistem Ekonomi Islam

27.

Apa yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh mekanisme pasaran.

a)

Sistem Ekonomi Kapitalis

b)

Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

c)

Sistem Ekonomi Campuran

d)

Sistem Ekonomi Islam

28.

Bagaimana hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan untuk memaksimumkan kebajikan manakala firma untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran.

a)

Sistem Ekonomi Kapitalis

b)

Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

c)

Sistem Ekonomi Campuran

d)

Sistem Ekonomi Islam

29.

wujud persaingan yang adil dan saksama anatara individu

a)

Sistem Ekonomi Kapitalis

b)

Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

c)

Sistem Ekonomi Campuran

d)

Sistem Ekonomi Islam

30.

Mengapakah dalam sistem ekonomi kapitalis " Pengguna dianggap sebagai raja" ?

a)

Pengguna boleh menentukan jenis pengeluaran barang melaluli mekanisme pasaran.

b)

Pengguna akan diagihkan barang keperluan secara adil dan saksama.

c)

Firma tidak boleh menentukan pengeluaran dalam ekonomi.

d)

Pengguna bebas membuat keputusan tetapi dikawal oleh kerajaan.