NEW
Font size
WorksheetsBM : PERENGGAN PENDAHULUAN
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Berikut merupakan jenis-jenis pendahuluan KECUALI
Pendahuluan jenis definisi
Pendahuluan jenis pendapat tokoh
Pendahuluan jenis persoalan
Pendahuluan jenis formula
Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan.
Pendahuluan tersebut merupakan pendahuluan jenis ...
Fakta
Peribahasa
Lagu
Puisi
Pilih contoh yang sesuai bagi pendahuluan jenis pendapat tokoh.
Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia.
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia.
‘Jiran sepakat membawa berkat’. Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam. Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama.
Pendahuluan jenis ini dimulakan dengan memberi maksud atau takrif terhadap isu atau topik yang menjadi tajuk karangan.
Penyataan tersebut merujuk kepada pendahuluan jenis ...
Pendapat tokoh
Persoalan
Sejarah
Definisi
Berikut merupakan fungsi pendahuluan dalam penulisan karangan KECUALI
Menarik perhatian dan minat pembaca
Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan
Menghuraikan isi karangan
Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ?
Apakah jenis pendahuluan tersebut?
Umum
Persoalan
Pendapat tokoh
Fakta
Pendahuluan karangan terletak pada perenggan yang .....
Kedua
Keempat
Pertama
Ketiga
Sebelum membina sebuah karangan, langkah utama yang perlu diambil ialah
Membina perenggan pendahuluan
Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, dan penutup sahaja
Membina kerangka karangan yang mengandungi isi-isi penting sahaja
Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, penutup
Pilih susunan komponen karangan yang betul.
Isi karangan - Kesimpulan - Pendahuluan
Pendahuluan - Isi karangan - Kesimpulan
Kesimpulan - Isi karangan - Pendahuluan
“Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2016, sebanyak 1,531 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan di seluruh negara dengan 46 daripadanya melibatkan kematian sejak 2011 sehingga Mac 2016. Berdasarkan kajian, jelas menunjukkan isu penderaan kanak-kanak ini sangat serius dan pelbagai faktor penyebab berlakunya gejala ini .
JENIS UMUM
JENIS DEFINISI
JENIS PUISI
JENIS HADIS/AYAT AL-QURAN
Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan.
Pendahuluan tersebut merupakan pendahuluan jenis ...
Fakta
Peribahasa
Lagu
Puisi
Pendahuluan jenis ini dimulakan dengan memberi maksud atau takrif terhadap isu atau topik yang menjadi tajuk karangan.
Penyataan tersebut merujuk kepada pendahuluan jenis ...
Pendapat tokoh
Persoalan
Sejarah
Definisi
