wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penialaian Sejarah Tingkatan 4

Total questions: 26

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

gambar 1 berkaitan Inskripsi Telaga Batu di kerajaan Srivijaya.


Apakah maklumat yang dapat ditafsirkan melalui inskripsi tersebut?

a)

Bukti penyebaran ajaran agama buddha

b)

Berkaitan kegiatan perdagangan dan cukai

c)

Berlaku persetiaan antara pemerintah dengan rakyat

d)

Berkaitan arahan dan pemberitahuan raja kepada rakyat

2.

Maksud Srivijaya dalam bahasa sanskrit ialah?

a)

bercahaya, kemakmuran

b)

bercahaya, kemenangan

c)

berjaya, kekuatan

d)

berjaya, kekuasaan

3.

Kerajaan Melayu Melaka mewarisi ciri-ciri negara bangsa daripada ....

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Champa

c)

Kerajaan Srivijaya

d)

Kerajaan Majapahit

4.

Antara berikut yang manakah ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?


I Rakyat

II Perlembagaan

III Pembesar berempat

IV Wilayah Pengaruh

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan Iv

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.


-Naungan

-Perkahwinan

-Penaklukan


Ciri berikut merujuk kepada?

a)

Kerajaan

b)

Wilayah Pengaruh

c)

Kedaulatan

d)

Lambang Kebesaran

6.

Kesultanan Melayu Melaka memiliki wilayah naungan melalui perkahwinan. Antara berikut wilayah yang manakah diperoleh melalui perkahwinan?

a)

Rokan

b)

Siantan

c)

Inderagiri

d)

Kuala Linggi

7.

Maklumat berikut berkaitan wilayah Kesultanan Melayu Melaka.


- Pahang

- Kampar

- Kuala Linggi


wilayah tersebut diperoleh melalui...

a)

Perkahwinan

b)

peperangan

c)

perjanjian

d)

pajakan

8.

Sultan memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada Pembesar Berempat. Kawasan ini dikenali ....

a)

Kawasan beriadah

b)

Kawasan bermain

c)

Kawasan pegangan

d)

Kawasan berperang

9.

Siapakah yang diberi kuasa oleh sultan Melaka untuk mentadbir wilayah berikut?


-Wilayah Pegangan-

a)

Syahbandar

b)

Panglima Tentera

c)

Ketua Kampung

d)

Pembesar Berempat

10.

Maklumat berikut berkaitan pembentukan negara bangsa Malaysia.


'Pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 dan berterusan hingga ke hari ini.'


Apakah syarat utama untuk merealisasikan sebuah negara bangsa Malaysia yang unggul?

a)

Perpaduan penduduk pelbagai kaum

b)

Sistem demokrasi yang telus dan adil

c)

Perdagangan antarabangsa yang maju

d)

Sistem pendidikan bertaraf dunia

11.

Syahbandar bertanggungjawab untuk mengutip cukai di pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka. Apakah kepentingan kutipan cukai tersebut?

a)

Sumber pendapatan syahbandar

b)

Untuk membina petempatan rakyat

c)

Sebagai tanda kekuasaan pemerintah

d)

Bertujuan membeli senjata dan membina istana

12.

Antara berikut, pasangan yang manakah tepat antara jawatan Pembesar Berempat pada zaman Kesultanan melayu Melaka dengan jawatan pentadbiran setara masa kini?

a)

Bendahara = Perdana Menteri

b)

Penghulu Bendahari = Menteri Pertahanan

c)

Temenggung = Panglima Angkatan Tentera Laut

d)

Laksamana = Ketua Pengarah Kastam dan Eksais

13.

Apakah kandungan Hukum Kanun Melaka dari aspek ekonomi?

a)

Amalan riba diharamkan

b)

Hukuman mati atas kecurian

c)

Wanita tidak dibenarkan berurus niaga

d)

Zina diharamkan

14.

Maklumat berikut berkaitan Undang-Undang Laut Melaka?


"Seorang malim yang lalai menyebabkan pelanggaran dan kerosakkan kapal dalam pelayaran"


Mengikut Fasal 9, apakah hukuman yang akan dikenakan kepada malim tersebut?

a)

Dihukum bunuh

b)

Dibuang negeri

c)

Disebat

d)

Dibuang kerja

15.

Pembesar memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian masyarakat Kesultanan Melayu Melaka.


Apakah peranan pembesar sebagai golongan pemerintah?

a)

Melaksanakan undang-undang

b)

Mengendalikan majlis umum

c)

Menjadi perantara antara sultan dan rakyat

16.

Hubungan antara pemerintah dan rakyat diikat melalui konsep....

a)

mandat

b)

waadat

c)

daulat

d)

tulah

17.

Hans Kohn merupakan seorang sejarawan Barat yang memberi pandangan tentang maksud nasionalisme. Apakah pandangan yang dikemukakan oleh beliau?

a)

Menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap

b)

Timbul akibat kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme

c)

Satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.

18.

Maklumat berikut merupakan pandangan seorang tokoh berkaitan nasionalisme orang Melayu sebelum merdeka.


Nasionalisme merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.


Siapakah tokoh tersebut?

a)

Hans Kohn

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Dr. R. Suntharalingam

d)

Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo kay Kim

19.

Maklumat berikut berkaitan perubahan politik di Barat.


- Revolusi Keagungan (1688)

- Revolusi Perancis (1789)


Apakah punca berlakunya revolusi tersebut?

a)

Menghalang penguasaan ekonomi

b)

Memperjuangkan kedaulatan raja

c)

Menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan Undang-Undang Laut Melaka dari aspek percukaian.


Fasal 6.3 - Nakhoda menentukan jumlah cukai terhadap penumpang


Berapakah kadar cukai tersebut?

a)

1/10

b)

2/10

c)

3/10

d)

4/10

21.

Namakan dua kerajaan Alam Melayu agung yang telah muncul sebelum Kesultanan Melayu Melaka. (2 markah)

4 lines
22.

Huraikan 4 ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu. (4 markah)

4 lines
23.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas.


Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah pengaruh? (2 markah)

4 lines
24.

Pada pendapat anda, mengapakah rakyat wajib untuk taat setia kepada raja dan negara. (4 markah)

4 lines
25.

Bagaimanakah hubungan baik antara pemerintah dan rakyat dapat dibentuk? (4 markah)

4 lines
26.

Sistem perundangan yang teratur menjadi penentu kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara. Berikan ulasan anda. (4 markah)

4 lines