Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM T1: KATA GANTI NAMA DIRI

Total questions: 35

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

"Mengapa _____________ tidak hadir ke sekolah semalam?" tanya Cikgu Amy kepada Samy dan Amir.

a)

kalian

b)

kamu

c)

engkau

d)

anda

2.

Tuan Haji Muhammad seorang hakim. ___________ bertugas di Mahkamah Majistret Muar.

a)

Beliau

b)

Dia

c)

Baginda

d)

Mereka

3.

"_____________ berharap agar seluruh rakyat hidup bersatu padu tanpa mengira kaum," titah Sultan Perak.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Saya

4.

Hormatilah para guru kerana ____________ telah mendidik kita menjadi insan yang berguna.

a)

mereka

b)

dia

c)

beliau

d)

kami

5.

"Biarlah ______________ sahaja yang pergi melihat apa yang terjadi," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

hamba

b)

patik

c)

beta

d)

aku

6.

" Sudikah _____________ mengikut rombongan pulang ke Melaka?" tanya Hang Tuah kepada Tun Teja.

a)

tuan hamba

b)

kamu

c)

tuanku

d)

kalian

7.

" ____________ berharap agar murid-murid sekolah ini tidak terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral," nasihat guru besar kepada para murid.

a)

Saya

b)

Aku

c)

Kami

d)

Kita

8.

" ____________, nampaknya rombongan dari Majapahit ingin masuk mengadap," sembah Bendahara Tun Perak Kepada Sultan Mahmud.

a)

Tuanku

b)

Tuan hamba

c)

Baginda

d)

Beta

9.

"Kamu berdua pulanglah dahulu. Petang nanti _______ berjumpa di padang," kata Muthu kepada Chong dan Halim.

a)

kita

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

10.

" ______________ hendak ke mana?" tanya abang kepada gadis itu dengan nada lembut.

a)

Saudari

b)

Saudara

c)

Kalian

d)

Engkau

11.

"Tolong telefon setiausaha ________ apabila ________ sampai nanti" kata Dato' Rauf kepada pemandunya.

a)

saya...kita

b)

awak...dia

c)

kita...mereka

d)

kamu...awak

12.

Sultan bertitah kepada bendahara " _________ berkenan untuk beradu di istana hinggap".

a)

Beta

b)

Hamba

c)

Tuanku

d)

Patik

13.

"Doktor Nora ada di klinik? Saya ingin berjumpa dengan ________ ?" tanya Aiman kepada petugas di kaunter.

a)

dia

b)

anda

c)

kamu

d)

beliau

14.

"Tuan puteri, izinkan _______ ke taman untuk memetik bunga mawar," kata dayang kepada Puteri Intan.

a)

beta

b)

hamba

c)

tuan hamba

d)

tuanku

15.

"Sultan sedang bersantap bersama-sama keluarga ______ ," kata dayang kepada Laksamana Hang Tuah.

a)

beta

b)

patik

c)

tuanku

d)

baginda

16.

Ayah Nora seorang guru. ___________ mengajar di sebuah sekolah rendah di Bidor.

a)

Beliau

b)

Saya

c)

Dia

d)

Aku

17.

"_________ tinggal di Temoh," jawab Lai Man dan Mei Mei apabila ditanya oleh Cikgu Siti.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Kamu

d)

Saya

18.

Mak Cik Kiah seorang penjual pisang goreng. __________ berniaga di hadapan sekolah saya.

a)

Saya

b)

Dia

c)

Kau

d)

Anda

19.

"Amran, tolong ambilkan ________ buku rekod kehadiran di pejabat," kata Cikgu Nadhirah.

a)

saya

b)

anda

c)

kamu

d)

engkau

20.

"Danish, tolong siapkan kerja ______ dengan segera kerana _______ perlu menghantarnya kepada cikgu hari ini juga," kata Borhan

a)

kamu ...kita

b)

kami ... saya

c)

kita ... kami

d)

kalian ... kamu

21.
"__________ berdua telah tersesat di dalam bandar,"Aidil memberitahu pegawai polis itu.
a)
Dia
b)
Aku
c)
Saya
d)
Kami
22.

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

23.
Ahmad dan Zamri telah bersetuju hendak bekerja di Singapura. __________ akan bertolak ke sana esok.
a)
Mereka
b)
Kalian
c)
Kita
d)
Kami
24.
"Azim, Hafiz dan Badrul tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Musa.
a)
mereka
b)
beliau
c)
awak
d)
dia
25.

Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul

a)

Dia, Kami, Kita

b)

Mereka, Beliau, Baginda

c)

Saya, Kami, Beta

d)

Baginda, Dia, Kalian

26.

"Ibu, duit __________ hilang,"kata Amin kepada ibunya.

a)

kita

b)

kami

c)

saya

d)

dia

27.

Malihah dan Haziqah bersahabat baik. ______________ tinggal sekampung

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Kami

d)

Kamu

28.

Anis seorang anak yang berdikari. _______ melakukan semua kerja dengan sendiri

a)

Beliau

b)

Dia

c)

Mereka

d)

Saya

29.

"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.

a)

saya

b)

kamu

c)

kita

d)

kalian

30.

"_____ akan berjumpa dengan Cikgu Siti pada petang nanti" kata David kepada Siva.

a)

Saya

b)

Beta

c)

Patik

d)

Kami

31.

Bahrin seorang murid yang pintar. _______ belajar di kelas 5 Arif.

a)

Beliau

b)

Patik

c)

Saya

d)

Dia

32.

"Mengapakah ________ tidak mengikuti perkhemahan di Bukit Lagong?" tanya Natalia kepada Guang Fong.

a)

kita

b)

kami

c)

kamu

d)

saya

33.

"Semasa tersesat di dalam hutan, _____________ hanya minum air sungai untuk menghilangkan dahaga," kata peserta itu kepada pemberita.

a)

dia

b)

saya

c)

baginda

d)

kalian

34.

" _______________ bertiga dari sekolah yang sama," kata Syahrul, Aswad dan Zulkarnain kepada pegawai sukan olahraga itu.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

35.

"Malam ini bolehlah ___________ pergi ke Istana Budaya," kata Farisya kepada kakaknya.

a)

mereka

b)

kalian

c)

kami

d)

kita