wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASAS PENGENDALIAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Kebakaran boleh berlaku diesebabkan 3 unsur berikut, kecuali...

a)

Karbon dioksida

b)

Oksigen

c)

Bahan Api

d)

Haba

2.

Pintu rintangan api atau pintu kecemasan hendaklah sentiasa ditutup supaya...

a)

Oksigen, bahan api dan haba tidak cepat merebak

b)

Api, asap dan haba tidak cepat merebak

c)

Api, asap dan karbon dioksida tidak cepat merebak

d)

Api, asap dan debu tidak cepat merebak

3.

Yang manakah tindakan paling sesuai jika pakaian anda terbakar?

a)

Berlari dan terus ke tempat air yang banyak untuk memadamkan api

b)

Tanggalkan pakaian dan terus berlari ke tempat yang selamat

c)

Rebahkan diri, tutup muka dengan kedua belah tangan dan berguling di atas lantai bagi memadamkan api.

d)

Cari alat pemadam api dan semburkan pada pakaian yang terbakar

4.

Terdapat 3 tahap melecur, kecuali...

a)

Melecur darjah pertama

b)

Melecur darjah kedua

c)

Melecur darjah ketiga

d)

Melecur darjah kesatu

5.

Latihan kebakaran hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya ________________ setahun?

a)

Dua kali

b)

Sekali

c)

Tiga kali

d)

Empat kali

6.

Alat pemadam api kebakaran boleh membantu menyelamatkan ________________ dan _________________ untuk memadam api sementara menunggu ketibaan bomba.

a)

diri .......... keluarga

b)

nyawa .......... harta benda

c)

telefon .......... barang nerharga

d)

diri .......... barang keperluan

7.

Yang manakah kelas api Kelas A?

a)

minyak, cat, varnish, plastik

b)

Logam potassium, logam sadium, logam kalsium, logam magnesium

c)

kayu, kertas, kain

d)

Gas butane, gas acetylene

8.

Yang manakah kelas api Kelas B?

a)

minyak, cat, varnish, plastik

b)

Logam potassium, logam sadium, logam kalsium, logam magnesium

c)

kayu, kertas, kain

d)

Gas butane, gas acetylene

9.

Yang manakah kelas api Kelas C?

a)

minyak, cat, varnish, plastik

b)

Logam potassium, logam sadium, logam kalsium, logam magnesium

c)

kayu, kertas, kain

d)

Gas butane, gas acetylene

10.

Yang manakah kelas api Kelas D?

a)

minyak, cat, varnish, plastik

b)

Logam potassium, logam sadium, logam kalsium, logam magnesium

c)

kayu, kertas, kain

d)

Gas butane, gas acetylene

11.

Berikut adalah tempat yang sesuai untuk menyimpan alat pemadam api, kecuali...

a)

Tempat yang rendah

b)

Tempat yang mudah dilihat

c)

Tempat yang mudah dicapai

d)

Laluan keluar

12.

Pilih cara penggunaan alat pemadam api yang betul

a)

Tekan tuil - Cabut pin - Halakan Nozzle - Layangkan Nozzle

b)

Cabut pin - Halakan Nozzle - Tekan Tuil - Layangkan Nozzle

c)

Cabut pin - Tekan Tuil - Halakan Nozzle - Layangkan Nozzle

d)

Halakan Nozzle - Cabut pin - Tekan Tuil - Layangkan Nozzle

13.

Beriukt adalah perkara yang perlu pemanggil jelaskan apabila membuat panggilan kecemasan, kecuali...

a)

Nombor telefon

b)

Lokasi

c)

Nama facebook

d)

Mercu tanda

14.

(Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai)


Pernyataan berikut adalah merujuk kepada...

a)

Langkah persediaan kebakaran

b)

Situasi Khas

c)

Langkah alternatif semasa kebakaran

d)

Tips mengelakkan kebakaran

15.

Untuk mengelakkan kebakaran berlaku, kita mestilah...

a)

membuat penyambungan dan membebankan litar elektirk

b)

Menyimpan bekas mudah terbakar berhampiran dengan punca api

c)

Tidak pamirkan amaran ‘JANGAN MEROKOK’

d)

Mengadakan satu unit alat pemadam api jenis debu kering di premis