NEW
Font size
WorksheetsPeribahasa tingkatan 1
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
bagai aur dengan lebung
bagai pinang dibelah dua
bagai kacang lupakan kulit
seperti anjing dengan kucing
Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____
seperti api dalam sekam
seperti gajah masuk kampung
bagai Belanda meminta tanah
bagai menatang minyak yang penuh
Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.
bagai itik pulang petang
bagai kera dapat bunga
bagai bertepuk sebelah tangan
bagai menatang minyak yang penuh
Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
bagai kumbang putus tali
seperti cincin dengan permata
bagai kelip-kelip terbang malam
bagai melepaskan anjing tersepit
Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.
seperti rusa masuk kampung
seperti belut pulang ke lumpur
seperti pungguk rindukan bulan
seperti kaca terhempas ke batu
Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.
seperti isi dengan kuku
seperti ayam berak kapur
bagai tikus membaiki labu
bagai dakwat dengan kertas
Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.
seperti sampah hanyut
seperti gergaji dua mata
seperti ayam patuk anaknya
bagai mencurah air di dalam keladi.
Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka ______
seperti ular kena palu
seperti bumi dengan langit
seperti anjing dengan kucing
bagai menatang minyak yang penuh
Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.
bagai dihiris sembilu
bagai murai tercabut ekor
bagai menarik rambut di dalam tepung
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Jia Ling _____ kerana kurang membaca.
bagai abu di atas tunggal
bagai pinang dibelah dua
bagai bertepuk sebelah tangan
seperti katak di bawah tempurung
Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______
bagai itik pulang petang
seperti rusa masuk kampung
bagai bulan dipagari bintang
air dicencang tidak akan putus
Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.
bagai ayam berak dapur
bagai ayam disambar helang
bagai kucing kehilangan anak
bagai mencurah air ke dalam keladi
Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____
bagai bulan jatuh ke riba
bagai dakwat dengan kertas
bagai bulan penuh purnama
bagai melepaskan batuk di tangga
Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti rusa masuk kampung
bagai pinang dibelah dua
seperti api dalam sekam
Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.
bagai aur dengan tebing
bagai bunyi periau pecah
bagai ayam dimakan tungau
bagai mendukung biawak hidup
