wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

1. Pilih ayat yang mempunyai kesalahan dari segi ejaan.

a)

Murid-murid sering diingatkan supaya belajar dengan bersungguh-sungguh kerana peperiksaan sudah semakin hampir.

b)

Kelip-kelip merupakan sejenis serangga yang boleh mengeluarkan cahaya daripada tubuhnya.

c)

Orang muda itu besalaman dengan Pak Imam sambil bertanyakan khabar.

d)

Masakan di restoran itu sungguh sedap dan menyelerakan setiap pelanggan yang berkunjung ke situ.

2.

2. Pilih ayat yang mempunyai kesalahan dari segi ejaan.

a)

A. Penganguran dalam kalangan siswazah merupakan suatu masalah yang serius dan perlu diberikan perhatian oleh pihak yang sepatutnya.

b)

B. Walaupun mereka jarang berjumpa, namun mereka sering menelefon untuk bertanyakan khabar masing-masing.

c)

C. Aziz berjanji bahawa dia tidak akan menganiaya rakannya itu lagi.

d)

D. Amin memberitahu Anita bahawa ayahnya mahu membelikannya sebuah basikal esok.

3.

3. Pilih ayat yang mempunyai kesalahan dari segi penggunaan imbuhan.

a)

A. Pembedahan diperlukan jika saluran hempedu tertutup.

b)

B. Semangat kejiranan haruslah diamal oleh masyarakat tanpa mengira kaum dan agama

c)

C. Telur-telur ikan baung mengambil masa selama 30 hari untuk menetas

d)

D. Semua peserta Perkhemahan Perdana diarahkan supaya berkumpul di padang sekolah pada pagi itu.

4.

4.Pilih ayat yang mempunyai kesalahan dari segi penggunaan imbuhan

a)

A. Ibu menanti-nanti akan kepulangan anak-anaknya yang berada jauh di perantauan.

b)

B. Beberapa buah sekolah di kawasan itu dijadikan tempat untuk penempatan mangsa-mangsa banjir.

c)

C. Ahli gimnastik itu memperlihatkan kehebatannya berjalan di atas titi yang sangat tinggi.

d)

D. Jari Aina pantas menekan kekunci komputer sambil matanya merenung skrin.

5.

5. Pilih ayat yang mempunyai kesalahan dari segi penggunaan kata atau istilah.

a)

A. Azimah menyedok nasi ke dalam pinggan adiknya.

b)

B. Kamal membersihkan persekitaran rumahnya pada setiap hujung minggu.

c)

C. Bil elektrik bulan ini akan saya bayar apabila saya memperoleh gaji.

d)

D. Semua warganegara asing yang datang ke Malaysia haruslah mematuhi undang-undang negara ini.

6.

6.Pilih ayat yang mempunyai kesalahan dari segi penggunaan kata atau istilah.

a)

A. Program kitar semula dapat dijayakan sepenuhnya dengan kerjasama oleh semua pihak.

b)

B. Banyak pengajaran yang dapat diperoleh murid-murid menerusi filem tersebut.

c)

C. Perompak itu akan dikemukakan ke mahkamah esok untuk dibicarakan.

d)

D. Amalan ziarah-menziarahi antara satu sama lain dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

7.

7.Pilih ayat yang mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa.

a)

A. Para pelancong-pelancong itu dijamu dengan buah durian dan pelbagai juadah kuih-muih oleh penduduk setempat.

b)

B. Penduduk Kampung Senai berasa gembira apabila permohonan pembinaan sebuah jambatan baharu di kampung itu telah diluluskan.

c)

C. Syatila berasa kecewa apabila kualiti barang yang dibeli secara dalam talian tidak memuaskan hatinya.

d)

D. Pihak kerajaan telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya.

8.

8. Pilih ayat yang mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa.

a)

A. Pada hujung minggu yang lalu, Aina dan keluarganya pergi berkhelah di Pantai Lido.

b)

B. Sambutan hari sukan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang pada hari itu sungguh meriah sekali.

c)

C. Beliau telah ditangkap oleh pihak berkuasa kelmarin kerana mencuri di pasar raya.

d)

D. Puan Rohaya terlewat ke pejabat pada pagi itu kerana keretanya rosak.

9.

9. Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat yang diberikan.


Setelah bertahun-tahun lamanya anak Mak Limah merantau di negeri orang, akhirnya dia pulang ke kampung halaman juga.

a)

A. Jauh perjalanan, luas pengalaman.

b)

B. Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung.

c)

C. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

d)

D. Bagai sirih pulang ke gagang.

10.

10. Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat yang diberikan.


Pak Ali seorang nelayan tua yang hidup sebatang kara serta daif. Namun begitu, penduduk Kampung Singkang sentiasa menghulurkan bantuan dan sumbangan kepadanya. Pak Ali berasa amat bersyukur dan berterima kasih atas bantuan dan sumbangan yang dihulurkan itu.

a)

A. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

b)

B. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

c)

C. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

d)

D. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.