wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERJANJIAN HUDAIBIYAH DAN PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Total questions: 24

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Perjanjian Hudaibiyah merupakan perjanjian __________ yang ditandatangani di antara Rasulullah SAW dengan _________ Quraisy yang membawa kepada __________ senjata.

a)

gencatan, damai, Musyrikin

b)

damai, Musyrikin, gencatan

c)

Musyrikin, gencatan, damai

2.

Perjanjian Hudaibiyah diadakan pada bulan ___________ tahun ke 6 Hijrah.

a)

Zulkaedah

b)

Kota Mekah

c)

Musyrikin

d)

Hudaibiyah

3.

Perjanjian ini diadakan di suatu tempat yang bernama ___________.

a)

Zulkaedah

b)

Kota Mekah

c)

Musyrikin

d)

Hudaibiyah

4.

Perjanjian Hudaibiyah merupakan anak kunci kepada pembukaan ___________.

a)

Zulkaedah

b)

Kota Mekah

c)

Musyrikin

d)

Hudaibiyah

5.

Siapakah yang diutuskan oleh Rasulullah SAW untuk menemui Musyrikin Mekah?

a)

Umar al-Khattab

b)

Usman bin Affan

c)

Zubair bin al-Awwam

d)

Ali bin Abu Talib

6.

Siapakah yang diutuskan oleh puak Musyrikin Mekah untuk membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW?

a)

Suhail bin Amru

b)

Abu Sufian bin Harb

c)

Budai bin Warqa'

d)

Khalid bin al-Walid

7.

Berikut adalah isi Perjanjian Hudaibiyah KECUALI

a)

Rasulullah SAW dan sahabat dibenarkan memasuki Mekah pada tahun ke-7 Hijrah

b)

Gencatan senjata selama 10 tahun

c)

Orang Mekah yang lari ke Madinah perlu dikembalikan semula ke Mekah

d)

Umat Islam perlu pulang semula ke Mekah

8.

Rasulullah SAW mengikut perjanjian dengan kabilah-kabilah di sekitar Madinah.

Pernyataan ini ialah hikmah Perjanjian Hudaibiyah dalam aspek......

a)

Dakwah Islam

b)

Ekonomi Islam

c)

Politik Islam

d)

Ketenteraan Islam

9.

Senaraikan empat panglima tentera yang mengetuai pembukaan Kota Mekah.

a)

Rasulullah SAW

b)

Khalid bin al-Walid

c)

Zubair bin al-Awwam

d)

Abu Ubaidah al-Jarrah

10.

Senaraikan hikmah perjanjian Hudaibiyah

a)

Terhindar daripada berlakunya pertumpahan darah dan peperangan

b)

Sebagai perintis dan pembuka jalan kepada pembukaan kota Mekah.

c)

Dakwah Islam dapat disampaikan dengan bebas tanpa sekatan.

d)

Kaum Musyrikin memberi pengiktirafan kepada negara Islam Madinah.

11.

Faktor kejayaan pembukaan Kota Mekah

a)

Ramai penduduk Mekah telah tertarik dengan Islam

b)

Strategi Rasulullah SAW yang bijak dan disusun rapi.

c)

Ramai pembesar dan pahlawan Quraisy memeluk Islam

d)

Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan sahabat dan umat Islam.

12.

Langkah Rasulullah SAW selepas pembukaan Kota Mekah

a)

Memusnahkan semua berhala yang berada di sekeliling Kaabah yang berjumlah 360 buah.

b)

Menunaikan solat sunat di maqam Nabi Ibrahim

c)

Rasulullah SAW mengarahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan yang merupakan azan pertama di bumi Mekah

d)

Mengisytiharkan pengampunan secara beramai-ramai kepada puak Musyrikin Mekah yang pernah bermusuh dengan Rasulullah SAW.

e)

Menyeru golongan Musyrikin untuk masuk Islam sert berbaiah dengan mereka di bukit Safa.

13.

Kronologi peristiwa pembukaan Kota Mekah

a)

Musyrikin Mekah telah melanggar Perjanjian Hudaibuyah

b)

Bani Bakar yang memberi kesetiaan kepada Musyrikin Quraisy memohon bantuan untuk memerangi Bani Khuza'ah

c)

Bani Khuza'ah memberi kesetiaan kepada Rasulullah SAW berdasarkan kepada isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah

d)

Bani Bakar dibantu oleh Musyrikin Mekah telah menyerang perkampungan Khuza'ah dan membunuh 20 orang penduduknya

e)

Rasulullah SAW amat marah dengan pembunuhan tersebut lalu menyusun strategi menghadapi serangan Musyrikin Mekah. Akhirnya tentera Islam berjaya menawan kota Mekah. Pembukaan kota Mekah membuka ruang kepada dakwah Islam tersebar luas di luar semenanjung Tanah Arab.

14.

Pada 10 _____________ tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah SAW bergerak ke Mekah bersama dengan 10 000 tentera sebagai permulaan dalam peristiwa pembukaan kota Mekah.

a)

Muharam

b)

Syawal

c)

Ramadan

d)

Zulkaedah

15.

Semangat ______________ tentera Islam yang tinggi dan berdisiplin merupakan salah satu faktor kejayaan pembukaan kota Mekah.

a)

patriotisme

b)

perang

c)

jihad

d)

cinta

16.

Kabilah yang manakah mengikat janji dengan Rasulullah?

a)

Kabilah Bani Aus

b)

Kabilah Bani Khazraj

c)

Kabilah Bani Khuzaah

d)

Kabilah Bani Bakar

17.

Kabilah yang manakah mengikat janji dengan musyrikin Mekah?

a)

Kabilah Bani Aus

b)

Kabilah Bani Khazraj

c)

Kabilah Bani Khuzaah

d)

Kabilah Bani Bakar

18.

Siapakah yang dilantik sebagai ketua untuk sementara di Madinah?

a)

Umar al-Khattab

b)

Uthman al-Affan

c)

Abu Bakar al-Siddiq

d)

Abu Rahmi al-Ghifari

19.

Di manakah pasukan tentera Islam berhenti?

a)

Yathrib

b)

Marru Az Zahran

c)

Masjidil Haram

d)

Masjid An-Nabawi

20.

Di Marru Az Zahran,Rasulullah memerintahkan _______ tentera untuk menyalakan ________ unggun api

a)

100,100

b)

1 000,1 000

c)

10 000,10 000

d)

100 000,100 000

21.

Apabila sampai di Zu Thua,Rasulullah membahagikan tentera Islam kepada 4 pasukan,di bawah 4 panglima iaitu

a)

Abu Ubaidah al-Jarrah

b)

Bilal bin Rabah

c)

Az-Zubair bin Al-Awwam

d)

Khalid bin al-Walid

22.

Tiada sebarang tentangan yang diterima oleh tentera Islam kecuali pasukan

a)

Rasulullah

b)

Khalid bin Al-Walid

c)

Az-Zubair bin Al-Awwam

d)

Abu Ubaidah al-Jarrah

23.

Berikut adalah langkah yang diambil oleh Rasulullah selepas pembukaan Kota Mekah kecuali

a)

amar makruf nahi mungkar

b)

memaafkan kesalahan penduduk Mekah

c)

membunuh semua musyrikin Mekah

d)

menegakkan syiar Islam

24.

Apakah antara iktibar yang dapat kita ambil daripada pembukaan Kota Mekah?

a)

kita hendaklah melakukan sesuatu tugasan secara terancang untuk menjamin kejayaan tugasan tersebut

b)

kita hendaklah berperang dengan semua orang yang berlainan pendapat

c)

kita tidak seharusnya memungkiri janji yang telah dibuat

d)

Kita hendaklah memaafkan semua kesalahan orang lain kerana semua orang berhak mendapat kemaafan