wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEMAHIRAN MEMBACA 2.1.2

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berikan maksud berdasarkan rangkap 2.

a)

Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana baunya yang harum.

b)

Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.

c)

Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

d)

Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.

2.

Berikan maksud berdasarkan rangkap 4.

a)

Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

b)

Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.

c)

Roti yang dibuat di dapur membangkitkan selera. Selera tersebut bangkit kerana baunya yang harum.

d)

Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.

3.

Berikan maksud berdasarkan rangkap terakhir sajak di atas.

a)

Orang yang kaya masih tidak sempurna iman mereka jika tidak memikul tanggungjawab untuk membantu orang yang memerlukan.

b)

Perut akan menjadi kenyang apabila memakan roti yang telah siap dibakar.

c)

Jika seseorang itu beriman maka dia harus bersyukur dengan nikmat dan kemewahan yang diperoleh.

d)

Perut bertambah lapar kerana menunggu roti siap dibakar.

4.

Pada pendapat anda, apakah perngajaran daripada sajak Roti di atas.

a)

Kita haruslah sayang akan negara supaya perpaduan akan kekal.

b)

Kita mestilah menyayangi keluarga terutamanya ibu dan ayah.

c)

Kita perlulah menghormati pendapat rakan-rakan apabila dalam perbincangan.

d)

Kita hendaklah bersabar ketika menunggu untuk mendapatkan sesuatu.

5.

Apakah tema daripada sajak di atas?

a)

Kehidupan masyarakat yang suka bermegah dengan harta kekayaan mereka.

b)

Kehidupan masyarakat kaya yang tidak lupa membantu masyarakat miskin.

c)

Kehidupan masyarakat yang saling menyayangi antara satu sama lain.

d)

Semangat patriotisme dalam mempertahankan keamanan negara.

6.

Sila rujuk syair Nasihat Penghujung Thamarat Al-Muhimmah dalam buku antologi Baik Budi Indah Bahasa. Apakah tema syair Nasihat Penghujung Thamarat Al-Muhimmah?

a)

Nasihat datuk untuk cucunya tentang pentingnya ilmu jika cucunya menjadin pemimpin.

b)

Nasihat perdana menteri untuk menterinya tentang pentingnya ilmu dalam memimpin.

c)

Nasihat ayah untuk anaknya tentang pentingnya ilmu jika anak dilantik menjadi pemimpin.

d)

Nasihat ibu untuk anaknya tentang pentingnya ilmu jika anak dilantik menjadi pemimpin.

7.

Sila rujuk syair Nasihat Penghujung Thamarat Al-Muhimmah dalam buku antologi Baik Budi Indah Bahasa. Apakah nilai dalam syair ini?

a)

Kepatuhan, kebijaksanaan, keadilan

b)

Ketabahan, baik hati, menghormati

c)

kesetiaan, keikhlasan, kasih-sayang

d)

rasional, mengenang budi, bijaksana

8.

Sila rujuk syair Nasihat Penghujung Thamarat Al-Muhimmah dalam buku antologi Baik Budi Indah Bahasa. Antara di bawah,yang manakah bukan pengajaran syair ini?

a)

Kita hendaklah mendengar nasihat daripada ibu bapa.

b)

Kita hendaklah menjaga perasaan rakan-rakan kita.

c)

Kita mestilah rajin melakukan setiap pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita.

d)

Seorang pemimpin hendaklah berlaku adil terhadap rakyat.

9.

Sila rujuk syair Nasihat Penghujung Thamarat Al-Muhimmah dalam buku antologi Baik Budi Indah Bahasa. Apakah maksud rangkap kedua syair tersebut?

a)

Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan SYAIR NASIHAT (Penghujung Thamarat at-Muhimmah).

b)

Ayah menasihati menurut ayahnya lagi, jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah bertindak dengan betul dan rajin bekerja. agar tidak bersikap malas.

c)

Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan yang berakhlak mulia.

d)

Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat kebajikan. Pada masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih

10.

Sila rujuk syair Nasihat Penghujung Thamarat Al-Muhimmah dalam buku antologi Baik Budi Indah Bahasa. Apakah maksud rangkap kelima syair tersebut?

a)

Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat kebajikan. Pada masa yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih.

b)

Ayah menasihati anaknya supaya tidak malas untuk menuntut ilmu. Ilmu yang drtuntut itu mestilah ilmu yang betul seperti yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.

c)

Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa kemudaratan.

d)

Ilmu itu banyak manfaatnya kerana dengan ilmu, perkara yang benar dengan perkara yang tidak benar dapat dibezakan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat mengetahui sama ada rakyat benar atau salah dan dapat menjatuhkan hukuman yang adil kepada mereka.