wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peers tingkatan 5

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan maksud amang seksual.

a)

ketagihan terhadap bahan lucah

b)

platform yang membicarakan tentang isu-isu remaja

c)

serangan seksual secara fizikal atau bukan fizikal terhadap kanak-kanak

d)

pendidikan tentang seksual dan organ pembiakan

2.

Pilih contoh tingkahlaku amang seksual yang betul.

a)

memegang atau makan makanan dengan cara menggoda

b)

menyentuh bahagian sulit tubuh mangsa

c)

mengajak mangsa keluar beriadah

d)

menunjukkan bahan lucah dengan sengaja

3.

Bagaimanakah cara untuk menghindari amang seksual?

a)

menolak pelawaan untuk berdua-duaan dengan rakan berlainan jantina

b)

menjerit sekuat hati jika berada dalam bahaya

c)

berada di tempat terbuka atau ramai orang

d)

menerima pelawaan rakan muka buku yang baru dikenali untuk berjumpa

4.

Apakah kesan yang menimpa mangsa amang seksual?

a)

cenderung untuk mencederakan diri sendiri

b)

mengalami kemurungan dan trauma

c)

mengasingkan diri dari rakan-rakan

d)

teruja dan bersemangat untuk meneruskan hidup

5.

Nyatakan apa yang akan berlaku kepada amang seksual yang didapati bersalah?

a)

meraih banyak like dan followers di laman facebook, twitter dan instagram

b)

berdepan hukuman penjara, denda atau sebatan

c)

keluarga dan diri akan dipulaukan oleh masyarakat setempat

d)

Nama baik keluarga akan tercalar

6.

seorang rakan anda mengadu dicabuli oleh sepupu semasa pulang bercuti di kampung baru-baru ini. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantunya?

a)

melaporkan perkara itu kepada guru

b)

meminta ibu bapa anda memberitahu ibu bapanya

c)

meletakkan gambar pelaku di laman sosial supaya dikecam netizen

d)

sentiasa menemani dan memberinya semangat

7.

Apakah pengaruh telefon pintar terhadap kes amang seksual di kalangan masyarakat?

a)

memberi pengaruh negatif terhadap kanak-kanak dan remaja yang suka mencuba perkara baru

b)

membantu pelajar menjalani pdpr dalam tempoh pkp

c)

pemangsa menjadikan laman sosial sebagai platform mencari mangsa

d)

meluaskan jaringan komunikasi tanpa sempadan untuk mendapatkan informasi berfaedah

8.

Sumbang mahram sering terjadi di kalangan masyarakat. Apakah tindakan anda untuk mengelak daripada menjadi mangsa?

a)

sentiasa mempunyai perasaan curiga terhadap ahli keluarga seperti datuk, bapa saudara, sepupu, bapa dan lain-lain

b)

mengelak daripada tinggal berdua-duaan dengan sepupu atau saudara tanpa ditemani ibu bapa

c)

memastikan pintu dikunci apabila berada di bilik mandi atau bilik tidur

d)

berpakaian sopan apabila berada dirumah

9.

Nyatakan amalan baik yang dapat dilakukan dalam keluarga untuk mencegah anak-anak menjadi mangsa amang seksual?

a)

menguatkan pegangan agama di kalangan ahli keluarga

b)

ibu bapa perlu memberi pendidikan kepada anak-anak bahagian badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain

c)

ibu bapa perlu mengawasi anak-anak apabila mereka menggunakan telefon pintar

d)

remaja dibiarkan menggunakan telefon pintar tanpa pengawasan ibu bapa

10.

Manakah merujuk kepada amang seksual?

a)

anggota penyelamat

b)

pedofilia

c)

anak emas

d)

haruan makan anak