wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA (UJIAN PRA)

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Maksud peribahasa berikut:


Air beriak tanda tak dalam

a)

Banyak bercakap kosong tanda tidak berilmu

b)

Pantang bertemu pasti bergaduh

c)

Nasib untung yang tiba-tiba hilang/malang

d)

Tidak sombong; merendah diri

2.

Maksud peribahasa berikut:


Bagai anjing dengan kucing

a)

Lebih baik mati daripada menanggung malu

b)

Pantang bertemu pasti bergaduh

c)

Pantang dan larangan melanggar adat nenek moyang

d)

Tidak sombong; merendah diri

3.

Maksud peribahasa berikut:


Alang-alang berminyak biar licin

a)

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah biarlah sehingga mencapai kejayaan

b)

Orang yang diamnya berilmu lebih baik daripada orang yang diam tidak berilmu

c)

Sementara menunggu yang baik, lakukan juga kerja-kerja yang berfaedah

d)

Jika berbuat sesuatu jangan separuh jalan

4.

Maksud peribahasa berikut:


Ada udang disebalik batu

a)

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah biarlah sehingga mencapai kejayaan

b)

Tiada pedoman; hidup terumbang-ambing

c)

Ada maksud disebalik perbuatan baik

d)

Pantang bertemu pasti bergaduh

5.

Maksud peribahasa berikut:


Bagai ayam disambar helang

a)

Pasangan yang sepadan

b)

Nasib untung yang tiba-tiba hilang/malang

c)

Tiada pedoman; hidup terumbang-ambing

d)

Susah untuk bercampur seperti orang yang bermusuhan

6.

Maksud peribahasa berikut:


Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

a)

Tidak sombong; merendah diri

b)

Terlalu banyak pada sesuatu masa

c)

Perangai anak kebiasaannya mengikut perangai ibu atau bapa

d)

Susah untuk bercampur seperti orang yang bermusuhan

7.

Maksud peribahasa berikut:


Bagai cincin dengan permata

a)

Banyak bercakap kosong tanda tidak berilmu

b)

Ada maksud disebalik perbuatan baik

c)

Pasangan yang sepadan

d)

Bagai pinang dibelah dua

8.

Maksud peribahasa berikut:


Bagai layang-layang putus tali

a)

Tiada pedoman; hidup terumbang-ambing

b)

Nasib untung yang tiba-tiba hilang

c)

Malang

d)

Kehilangan sesuatu yang berharga

9.

Maksud peribahasa berikut:


Bagai murai dicabut ekor

a)

Orang yang suka memerhati tingkah laku orang lain

b)

Orang yang pendiam

c)

Orang yang suka marah-marah

d)

Orang yang suka membebel/bercakap

10.

Maksud peribahasa berikut:


Bagai minyak dengan air

a)

Susah untuk bercakap dengan orang lain

b)

Susah untuk berkawan dengan orang lain

c)

Susah untuk bercampur seperti orang yang bermusuhan

d)

Susah untuk berbaik dengan orang lain

11.

Maksud peribahasa berikut:


Bagaimana acuan begitulah kuihnya

a)

Perangai anak kebiasaannya mengikut perangai ibu atau bapa

b)

Bapa borek, anak rintik

c)

Perangai seseorang kebiasaannya mengikut perangai abang atau kakak

d)

Perangai anak kebiasaannya mengikut perangai datuk dan nenek

12.

Maksud peribahasa berikut:


Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

a)

Ikut resmi padi semakin tunduk semakin berisi

b)

Tidak sombong; merendah diri

c)

Sementara menunggu yang baik, lakukan juga kerja-kerja berfaedah

d)

Orang yang diamnya berilmu lebih baik daripada orang yang diamnya tidak berilmu

13.

Maksud peribahasa berikut:


Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

a)

Berat bahu yang memikul lambat laun akan terkehel juga

b)

Semakin susah sesuatu perkara, semakin kuat menangis

c)

Orang yang menanggung derita, pada kemudian hari akan menjadi lebih kuat

d)

Penderitaan yang dilihat tidak sama rasanya dengan orang yang menanggung

14.

Maksud peribahasa berikut:


Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak

a)

Menanam jagung dahulu sementara menunggu padi masak

b)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

c)

Sementara menunggu yang baik, lakukan juga kerja-kerja berfaedah

d)

Penderitaan yang dilihat tidak sama rasanya dengan orang yang menanggung

15.

Maksud peribahasa berikut:


Biar mati anak jangan mati adat

a)

Pantang dan larangan melanggar adat nenek moyang

b)

Pantang dan larangan semasa mengandung

c)

Pantang larang tidak boleh menyanyi semasa memasak

d)

Pantang larang semakin hilang ditelan zaman

16.

Maksud peribahasa berikut:


Biar putih tulang jangan putih mata

a)

Rezeki tidak akan datang bergolek

b)

Jangan sia-siakan sesuatu peluang

c)

Lebih baik mati daripada menanggung malu

d)

Biarkan tulang sahaja putih, jangan mata putih sekali

17.

Maksud peribahasa berikut:


Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

a)

Perselisihan faham antara ahli keluarga kebiasaannya tidak lama

b)

Perselisihan faham yang tidak akan kekal lama

c)

Perselisihan faham yang akhirnya merosakkan sesuatu hubungan

d)

Perselisihan faham yang terus kekal menjadi perselisihan faham

18.

Maksud peribahasa berikut:


Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

a)

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

b)

Orang yang diamnya berilmu lebih baik daripada orang yang diamnya tidak berilmu

c)

Orang yang diam tidak bermakna dia tidak berilmu

d)

Besi yang berkarat tidak bermakna tidak dapat digunakan lagi

19.

Maksud peribahasa berikut:


Genggam bara api biar sampai jadi arang

a)

Jika berbuat sesuatu jangan separuh jalan

b)

Jangan membuat kerja alang-alang

c)

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah biarlah sehingga mencapai kejayaan

d)

Siapkan sesuatu tugasan yang telah dimulakan

20.

Maksud peribahasa berikut:


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

a)

Orang yang sudah tiada pasti dosa pahalanya menjadi perbualan masyarakat

b)

Orang yang sudah tiada pasti akan dipuji

c)

Orang yang sudah tiada pasti akan dikutuk

d)

Orang yang baik atau jahat, apabila sudah tiada pasti kebaikan atau kejahatannya sentiasa disebut-sebut orang