wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI TINGKATAN 2: ULANGKAJI BAB 1 HINGGA BAB 4

Total questions: 36

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud skala?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

2.

Skala yang dinyatakan dalam bentuk nisbah atau pecahan.


Maklumat di atas merupakan maksud

a)

skala lurus

b)

skala penyata

c)

pecahan wakilan

3.

Apakah maksud jarak?

a)

Satu garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama jaraknya.

b)

Nisbah jarak di atas peta berbanding dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.

c)

Ukuran jauh di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

4.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan jarak mutlak?

a)

Dinyatakan dalam unit meter atau kilometer

b)

Tidak tetap dan berubah-ubah

c)

Tetap dan tidak berubah

d)

Berdasarkan kos dan masa

5.

Jika satu lekuk bersamaan 1 cm, apakah tafsiran bagi skala lurus mudah di atas?

a)

1 cm mewakili 2 km

b)

1 cm mewakili 8 km

c)

1 cm mewakili 4 km

d)

1 cm mewakili 6 km

6.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Jarak relatif adalah berdasarkan

a)

jarak

b)

kos

c)

masa

7.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)



Ukuran jarak relatif mengikut masa berdasarkan kiraan

a)

minit

b)

jam

c)

hari

d)

meter

8.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, manakah alat yang digunakan bagi mengukur jarak di atas peta?

a)

Jalur kertas

b)

Benang

c)

Kompas magnetik

d)

Jangka tolok

9.

Lebih sesuai digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang luas seperti kawasan hutan.


Maklumat di atas berkaitan dengan

a)

rujukan grid 4 angka

b)

rujukan grid 5 angka

c)

rujukan grid 6 angka

d)

rujukan grid 7 angka

10.

Simbol di atas ialah

a)

kelapa

b)

kelapa sawit

c)

nipah

d)

paya bakau

11.

Apakah jenis ciri pandang darat simbol tersebut?

a)

Ciri pandang darat budaya

b)

Ciri pandang darat fizikal

12.

Antara berikut, yang manakah tidak dapat digambarkan dengan menggunakan peta topografi?

a)

Paya bakau

b)

Sungai

c)

Sawah padi

d)

Taburan suhu

13.

(Pilih dua jawapan)



Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara, iaitu

a)

peredaran bumi

b)

putaran bumi

c)

peredaran matahari

d)

putaran bulan

14.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, yang manakah merupakan kesan-kesan peredaran bumi?

a)

Kejadian 4 musim di kawasan beriklim sederhana

b)

Fenomena gerhana

c)

Kejadian siang dan malam

d)

Kejadian pasang surut

15.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)


Antara berikut, yang manakah merupakan kesan-kesan peredaran bumi?

a)

Kejadian 4 musim di kawasan beriklim sederhana

b)

Fenomena gerhana

c)

Kejadian siang dan malam

d)

Kejadian pasang surut

16.

(Pilih lebih daripada satu jawapan)



Antara berikut, yang manakah merupakan kesan-kesan putaran bumi?

a)

Kejadian 4 musim di kawasan beriklim sederhana

b)

Pembiasan angin lazim

c)

Kejadian siang dan malam

d)

Kejadian pasang surut

17.

Apakah jenis iklim di Malaysia?

a)

Iklim gurun panas

b)

Iklim Siberia

c)

Iklim Khatulistiwa

d)

Iklim Monsun Tropika

18.

Tandakan 2 jenis hujan yang berlaku di Malaysia?

a)

Hujan batu

b)

Hujan perolakan

c)

Hujan rintik

d)

Hujan bukit

19.

Apakah nama awan yang terbentuk sebelum menurunnya hujan perolakan?

a)

awan cirrus

b)

awan stratus

c)

awan nimbus

d)

awan kumulonimbus

20.

Hujan perolakan kebiasaannya turun dengan ....

a)

renyai dan pada awal pagi

b)

lebat pada waktu petang beserta dengan kilat dan petir

c)

lebat pada awal pagi diikuti kilat

d)

renyai pada waktu tengahari

21.

Hujan bukit turun di kawasan..

a)

Pinggir laut

b)

Tanah pamah

c)

Tanah tinggi

d)

Tanah tinggi yang menghadap udara lembap

22.

Tandakan negeri yang mengalami musim tengkujuh semasa kejadian Angin Monsun Timur Laut.

a)

Kelantan

b)

Terengganu

c)

Pahang

d)

Perak

e)

Sabah

23.

Tandakan 2 jenis angin monsun di Malaysia.

a)

Angin Monsun Tenggara

b)

Angin Monsun Barat

c)

Angin Monsun Barat Daya

d)

Angin Monsun Timur Laut

24.

Namakan kawasan yang menerima hujan paling sedikit di Malaysia.

a)

Bukit Larut, Taiping, Perak.

b)

Shah Alam, Selangor.

c)

Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

d)

Larkin, Johor.

25.

Bahagian cerun yang terlindung dan menerima hujan yang sedikit dikenali sebagai apa?

a)

Kawasan tadahan hujan

b)

Kawasan lindungan hujan

c)

Kawasan hujan bukit

d)

Kawasan hujan perolakan

26.

Yang manakah ciri utama iklim Khatulistiwa?

a)

Suhu tinggi dan sekata

b)

Julat suhu tahunan besar

c)

Hujan turun sepanjang tahun

d)

Mengalami musim yang kering dan nyata

27.

Yang manakah antara berikut menerangkan ciri-ciri hujan di Malaysia?

a)

Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira-kira 2600 mm setahun.

b)

Taburan hujan adalah sekata.

c)

Hujan maksimum berlaku semasa peralihan monsun iaitu pada bulan April dan Oktober.

d)

Negara kita menerima hujan pada pertengahan tahun sahaja.

28.

*Bertiup dari bulan Mei hingga September

*Berasal dari Benua Australia

*Merentasi Lautan Hindi dan sampai ke Malaysia

*Hujan sederhana lebat kerana terhalang oleh tanah Sumatera


Berdasarkan penyataan berikut, apakah fenomena yang berlaku di Malaysia?

a)

Angin Sumatera

b)

Angin tempatan

c)

Angin Monsun Barat Daya

d)

Angin Monsun Timur Laut

29.

Pada musim tengkujuh, nelayan di pantai timur Semenanjung tidak dapat turun ke laut kerana laut bergelora. Apakah aktiviti yang mereka lakukan pada waktu itu?

a)

Aktiviti menjemur ikan

b)

Membaiki pukat dan jala

c)

Membuat produk kraftangan

d)

Menjahit pakaian sekolah

30.

Mengapakah nelayan di pantai barat Semenanjung dapat menjalankan aktiviti perikanan sepanjang tahun?

a)

Hujan lebat

b)

Pinggir laut yang cetek

c)

Pengaruh bayu laut dan bayu darat

d)

Terlindung daripada tiupan angin kencang

31.

Gambar berikut menunjukkan kejadian

a)

Bayu laut

b)

Bayu darat

c)

Bayu udara

d)

Angin bayu

32.

Gambar berikut menunjukkan kejadian

a)

Bayu darat

b)

Bayu laut

c)

Bayu udara

d)

Angin bayu

33.

Fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi. Pernyataan berkikut merujuk kepada kesan kegiatan manusia........

a)

Pulau haba

b)

Jerebu

c)

Kesan rumah hijau

d)

Hujan asid

34.

Di Malaysia, La Nina biasanya akan memberikan kesan kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,terutamanya ketika ...............

a)

Monsun Timur Laut

b)

Monsun Tenggara

35.

Hujan asid ialah hujan yang mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH

a)

Lebih daripada 5.6

b)

Kurang daripada 5.6

c)

5.6

36.

Kawasan Y mengalami suhu antara 18°C hingga 21°C sesuai dengan penanaman teh,sayur-sayuran dan buah - buahan hawa sederhana. Antara berikut merupaka contoh kawasan Y kecuali

a)

Bukit Fraser

b)

Kundasang

c)

Cameron Highlands