WorksheetsLINEAR SEARCH DAN BINARY SEARCH
Total questions: 14
Worksheet time: 7mins
Algoritma sangat penting dalam pembangunan atur cara. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan algoritma?
salah satu teknik penyelesaian masalah yang membantu pengguna mendapatkan maklumat yang dikehendaki.
satu siri tindakan yang jelas yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan output yang dikehendaki
salah satu bahasa pengaturcaraan untuk membantu pengaturcara membangunkan sistem komputer
salah satu struktur kawalan yang membantu pengatur cara membangunkan aturcara dengan baik
Yang manakah antara berikut yang digunakan bagi mewakili algoritma?
teknik semakan meja
teknik pengecaman corak
perwakilan data
pseudokod
Pembangunan algoritma merupakan salah satu teknik _____________ yang melibatkan pembinaan langkah-langkah bagi menyelesaikan masalah.
leraian
pengecaman corak
peniskalaan
pengitlakan
Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan Algoritma Search?
proses capaian item tertentu yang terkandung dalam satu senarai
proses menyusun item-item dalam satu senarai mengikut urutan tertentu
teknik yang digunakan untuk mengesan ralat dalam pembangunan atur cara
teknik penyamaran demi menjaga kerahsiaan dan keselamatan sesuatu data
"Satu teknik yang digunakan untuk mendapatkan item dengan membandingkan item pertama dengan kedua dan diteruskan sehingga item yang dikehendaki diperolehi."
Teknik tersebut merujuk kepada
Bubble Sort
Bucket Sort
Linear Search
Binary Search
"Teknik ini sesuai digunakan untuk pencaraian data yang banyak dan menjimatkan masa kerana tidak perlu menyemak setiap item satu persatu."
Yang manakah antara berikut merujuk kepada pernyataan tersebut?
Linear Search
Binary Search
Bubble Sort
Bucket Sort
Antara situasi berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan Linear Search?
Seorang pelajar menggunakan kamus untuk mencari maksud beberapa perkataan yang diberikan oleh gurunya.
Shadira mencari nombor telefon kawannya dengan menggunakan Buku Panduan Telefon.
Seorang guru ingin mengetahui nama peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-3 berdasarkan borang pemarkahan yang diserahkan selesai pertandingan.
Seorang pelajar mencari satu artikel yang berkaitan dengan tugasannya di sebuah perpustakaan awam.
Langkah-langkah yang terlibat dalam pencarian satu nombor menggunakan binary search ialah
Meletakkan indeks pada setiap item
Membandingkan item pertama dengan kedua dan seterusnya
Membandingkan item pertengahan dalam senarai dengan item yang dicari
Mengenal pasti item pertengahan dalam senarai nombor yang diberikan
Yang manakah pernyataan yang betul berkaitan dengan Binary Search?
Jika didapati item dicari lebih kecil daripada item pertengahan, maka item pertengahan dan semua item sebelah kanan diabaikan
Jika didapati item dicari lebih kecil daripada item pertengahan, maka item pertengahan dan semua item sebelah kiri diabaikan
Jika didapati item dicari lebih besar daripada item pertengahan, maka item pertengahan dan semua item sebelah kanan diabaikan
Jika didapati item dicari lebih besar daripada item pertengahan, maka item pertengahan dan semua item sebelah kiri diabaikan
Antara berikut yang manakah kelebihan penggunaan Linear Search berbanding Binary Search?
sesuai untuk senarai item yang sedikit
pencarian satu demi satu sehingga item dicari diperolehi
tiada isihan mengikut urutan menaik atau pun menurun
perbandaingan item yang dicari dengan item pertengahan dalam senarai
Antara berikut, yang manakah formula untuk mencari item pertengahan?
Indeks terkecil * Indeks terbesar / 2
(Indeks terkecil * Indeks terbesar ) / 2
Indeks terkecil + Indeks terbesar / 2
(Indeks terkecil + Indeks terbesar ) / 2
Dalam Binary Search, apakah yang perlu dilakukan jika didapati item diuji lebih besar daripada item dicari?
Mid + 1
Mid -1
Item pertengahan dan item-item sebelah kanan diabaikan
Item pertengahan dan item-item sebelah kiri diabaikan
Indeks dalam sesuatu senarai merujuk kepada ____________________________________ dan ianya bermula dengan ____ .
item pertengahan dalam senarai item
penentu kedudukan bagi setiap item dalam senarai
1
0
Dalam Binary Search, titik pertengahan yang menghasilkan nombor perpuluhan akan dibaca sebagai _______________________ . Contohnya 2.6, komputer akan membaca nilai item di indeks _____ .
nombor bulat terkecil bagi indeks tersebut........
nombor bulat terbesar bagi indeks tersebut
2
3
