NEW
Font size
WorksheetsKuiz Pelajaran 21: Terbitnya Fajar Islam
Total questions: 50
Worksheet time: 13hrs 30mins
Misi dakwah Rasulullah SAW bermula apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT melalui firman-Nya dalam:
Surah Al-Alaq: Ayat 1 hingga 5
Surah Al-Mudathhir: Ayat 1 hingga 5
Pada peringkat dakwah secara sulit, Rasulullah SAW berdakwah kepada:
Keluarga terdekat dan sahabat terdekat
Kaum kerabat dan masyarakat awam
Siapakah individu pertama yang memeluk Islam?
Saidina Abu Bakr As-Siddiq
Waraqah bin Naufal
Saiditina Khadijah binti Khuwailid
Saidina Ali bin Abi Talib
Siapakah wanita pertama yang memeluk Islam?
Saiditina Khadijah binti Khuwailid
Saiditina Aisyah binti Abu Bakr
Saiditina Zainab Al-Jahsy
Siapakah kanak-kanak pertama yang memeluk Islam?
Saidina Abdullah bin Umar
Saidina Anas bin Malik
Saidina Ali bin Abi Thalib
Siapakah pembantu Rasulullah SAW yang pertama memeluk Islam?
Saidina Zaid bin Thabit
Saidina Zaid bin Harithah
Siapakah lelaki dewasa pertama memeluk Islam?
Saidina Abu Bakr As-Siddiq
Saidina Umar bin Al-Khattab
Saidina Uthman bin Affan
Siapakah yang telah didakwah dan diislamkan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq?
Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Abdurrahman bin Auf
Saidina Abu Ubaidah Al-Jarrah dan Saidina Saad bin Abi Waqqas
Dakwah secara sulit ini mengambil masa selama hampir:
Satu tahun
Dua tahun
Tiga tahun
Dalam tempoh dakwah secara sulit, orang Islam berjumpa dan solat secara _________________ di lorong dan di lembah.
bersembunyi
terang-terangan
Pusat penyebaran Islam ketikah dakwah secara sulit ialah di rumah:
Abu Thalib bin Abdul Muthalib
Al-Arqam bin Abi Al-Arqam
Dakwah secara terang-terangan dilakukan kepada:
Keluarga terdekat dan sahabat terdekat
Kaum kerabat dan masyarakat awam
Baginda naik ke satu bukit dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT dan meyakini Hari Kiamat.
Penyataan di atas merujuk kepada strategi dakwah Rasulullah SAW iaitu:
Ucapan awam
Mencari sokongan
Antara berikut, yang manakah BUKAN merupakan strategi dakwah Rasulullah SAW secara terang-terangan?
Mencari tempat selamat
Menganjurkan pesta deklamasi sajak
Mengadakan jamuan
Rasulullah SAW mencari sokongan dengan bertemu kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada setiap musim ______________.
Sejuk
Panas
Haji
Umrah
Pertemuan Rasulullah SAW dengan kabilah-kabilah tersebut dilakukan pada waktu:
Pagi
Petang
Malam
Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam agar berhijrah ke ________________ kerana negara tersebut merupakan negara yang aman dan mempunyai raja yang baik.
Habsyah
Madinah
Taif
Rasulullah SAW menjemput seluruh keluarga bani _____________ ke jamuan makan dan kemudian menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
Muthalib
Quraisy
Di Mekah, Rasulullah SAW berdakwah melalui cara berikut KECUALI:
Kata-kata Rasulullah SAW
Tingkah laku Rasulullah SAW
Penulisan Rasulullah SAW
Akhlak Rasulullah SAW
Yang manakah BUKAN hikmah strategi dakwah Rasulullah SAW secara sulit?
Memantapkan akidah umat Islam yang masih baharu dengan ajaran Islam
Memastikan Islam dimiliki secara ekslusif oleh golongan tertentu sahaja.
Memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa gangguan
Berikut merupakan hikmah strategi dakwah Rasulullah SAW secara terang-terangan iaitu:
Memantapkan akidah umat Islam yang masih baharu dengan ajaran Islam.
Menimbulkan rasa tanggungjawab umat Islam untuk menegakkan syiar Islam.
Apakah kepercayaan agama kaum Musyrikin ketika dakwah secara terang-terangan dilakukan?
Monoteisme
Politeisme
Kaum Musyrikin ________________ keesaan Allah SWT dan __________ Hari Kiamat.
menolak....menafikan
menerima...membenarkan
24. Kaum Musyrikin yang berpegang kuat dengan semangat perkauman dan mengamalkan perhambaan menolak persamaan taraf dan keadilan masyarakat yang dibawa oleh Islam.
Kenyataan di atas merupakan faktor penentangan kaum Musyrikin terhadap dakwah Rasulullah SAW dari segi:
Agama
Sosial
Politik
Ekonomi
Faktor _____________ iaitu golongan bangsawan dan kaya tidak mahu kehilangan kuasa kerana mereka melihat Islam sebagai ancaman yang membahayakan kepimpinan mereka.
Kenyataan di atas merupakan faktor penentangan kaum Musyrikin terhadap dakwah Rasulullah SAW dari segi:
Agama
Sosial
Politik
Ekonomi
Golongan pengukir dan peniaga berhala merasakan kedudukan __________ mereka terjejas dengan larangan penyembahan berhala yang dibawa oleh Islam.
Kenyataan di atas merupakan faktor penentangan kaum Musyrikin terhadap dakwah Rasulullah SAW dari segi:
Agama
Sosial
Politik
Ekonomi
Kaum Musyrikin cuba mempengaruhi _________ agar menghalang usaha dakwah baginda.
Abu Thalib
Abdul Muthalib
Kaum Musyrikin memburuk-burukkan baginda SAW melalui __________ serta memburuk-burukkan baginda dan umat Islam.
syair
pantun
Siapakah hamba lelaki yang diseksa kerana memeluk Islam?
Bilal bin Rabah
Anas bin Malik
Sumayyah
Berikut merupakan tawaran kaum Musyrikin kepada Rasulullah AW KECUALI:
Jaminan kelangsungan Islam
Pangkat
Harta
Wanita
Peristiwa kaum Musyrikin yang cuba berkompromi dengan Rasulullah SAW untuk mengamalkan ajaran Islam dan nenek moyang mereka di rakam dalam surah:
Quraisy
Al-Kafirun
Al-Fil
Pemulauan dilakukan terhadap Rasulullah SAW, keluarga dan bani __________ dan bani Muthalib serta orang Islam dengan memutuskan segala bentuk perhubungan dengan mereka.
Quraisy
Hasyim
Ancaman bunuh dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW sehingga turun wahyu untuk:
mengangkat senjata
berhijrah
Siapakah orang pertama yang mati syahid dalam Islam?
Abu Thalib
Sumayyah bin Khayyat
Ammar bin Yassir
Pembesar Quraisy berkumpul di __________ dan memutuskan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.
Darul Qiadah
Darul Nadwah
Cadangan membunuh Nabi Muhammad SAW datang daripada:
Abu Jahal
Abu Lahab
Kedudukan Islam telah menguah struktur masyarakat Arab berdasarkan prinsip semua manusia sama di sisi Allah SWT dan membezakan kemuliaan seseorang dengan yang lain adalah berdasarkan:
amalan
takwa
dosa dan pahala
Meninggalkan kepercayaan syirik kepada mentauhidkan Allah SWT dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT.
Kenyataan berikut merupakan keadaan masyarakat Arab setelah menerima dakwah Rasulullah SAW dari segi:
Akidah
Akhlak
Syariah
Menghapuskan semangat perkauman dan mewujudkan persaudaraan yang menjadikan umat Islam hidup saling menghormati dan berkasih sayang.
Kenyataan berikut merupakan keadaan masyarakat Arab setelah menerima dakwah Rasulullah SAW dari segi:
Akidah
Akhlak
Syariah
Hidup berlandaskan panduan daripada Al-Quran dan As-Sunnah agar hak individu dan masyarakat terpelihara.
Kenyataan berikut merupakan keadaan masyarakat Arab setelah menerima dakwah Rasulullah SAW dari segi:
Akidah
Akhlak
Syariah
Antara faktor kejayaan dakwah Rasulullah SAW ialah keunggulan akhlak Rasulullah SAW sehingga beliau mendapat gelaran Al-Amin yang bererti:
Yang Jujur
Yang Bijaksana
Ajaran Islam membawa keamanan dan kesejahteraan dibuktikan dengan:
keadilan dan persaudaraan dalam Islam dapat memelihara hak setiap individu.
pembahagian kasta antara golongan kaya dan miskin.
Rasulullah SAW sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan kejayaan Islam dengan menjalankan secara teratur dan berstrategi menunjukkan:
Kebijaksanaan Rasulullah SAW
Semangat jihad Rasulullah SAW yang tinggi
Semangat jihad umat Islam yang tinggi datang daripada keyakinan kepada Allah dan ____________________________________ menjadikan mereka sanggup menghadap pelbagai rintangan untuk mempertahankan akidah.
jaminan harta dan pangkat pada masa akan datang.
jaminan akan Hari Akhirat
Berikut merupakan dalil dakwah secara terang-terangan KECUALI:
Surah Al-Mudatthir: Ayat 1 hingga 5
Surah As-Syu’ara’: Ayat 214
Surah Al-Hijr: Ayat 94
Rasulullah SAW naik ke atas Bukit __________ untuk mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT dan meyakini Hari Kiamat.
Safa
Marwah
Rahmah
Umat Islam mestilah berdakwah kerana dakwah ialah _____________ Rasulullah SAW.
sunah
larangan
Menunjukkan __________________ merupakan cara berdakwah yang paling berkesan.
harta kekayaan yang dimiliki
contoh teladan yang baik
Dakwah mesti bermula daripada ________________ sebelum kepada ______________.
masyarakat...rumah sendiri
rumah sendiri...masyarakat
Berdakwah perlu dilakukan dengan ____________________ dan bukannya dengan ______________________ supaya mendapat hasil yang lebih baik.
berstrategi...mengharapkan perkara luar biasa berlaku
mengharapkan perkara luar biasa berlaku...berstrategi
