wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOMSAS

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Raja Siam yang bernama (a)   hendak menyerang kerajaan Melaka.

2.

Raja Siam begitu berminat untuk menyerang Melaka kerana Melaka... Manakah antara sebab berikut benar.

a)

Raja Melaka seorang raja yang suka menakluk kerajaan-kerajaan lain.

b)

Raja Siam ingin membalas dendam kerana Raja Melaka tidak mahu berbesan dengan Raja Siam.

c)

Sultan Melaka tidak mahu tunduk kepada Siam.

d)

Siam dan Melaka sememangnya sudah bermusuhan sejak zaman dahulu lagi

3.

Setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar berita tentang serangan Siam itu, apakah tindakan baginda?

a)

Baginda menghantar surat perdamaian kepada raja Siam.

b)

Baginda menyerah kalah kerana melihat tentera Siam yang terlalu ramai.

c)

Baginda menghimpukan rakyat Melaka dari seluruh negeri untuk bersedia mempertahankan Melaka.

d)

Baginda menghantar Tun Perak sebagai wakil untuk berunding dengan raja Siam.

4.

Watak ini merupakan watak yang paling bijak dan setia kepada raja Melaka dalam cerita ini. Watak ini merujuk kepada...

a)

Seri Amerta

b)

Tun Kudu

c)

Seri Nara Diraja

d)

Tun Perak

5.

Mengapakah Tun Perak dan orang-orang dari Kelang membawa bersama anak dan isteri mereka datang ke Melaka?

a)

Mereka takut untuk tinggal di Kelang.

b)

Supaya orang Kelang dapat berjuang dengan lebih bersemangat

c)

Supaya lebih ramai orang yang dapat berperang melawan Siam.

d)

Sultan Melaka menitahkan mereka untuk datang bersama-sama.

6.

Mengapakah Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka setelah peperangan tersebut tamat?

a)

kerana kagum dengan kebijaksanaan Tun Perak

b)

kerana terhutang budi dengan bantuann yang diberikan

c)

kerana ingin memenuhi amanat ayahnda baginda sultan

7.

Tindakan Sultan Muzaffar Syah melantik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka menyebabkan .......................... berasa tidak puas hati.

a)

Seri Amerta

b)

Seri Nara Diraja

c)

Dato' Lembaga

8.

Demi mendamaikan perbalahan antara Tun Perak dengan Seri Nara Diraja baginda sultan telah

a)

melantik Seri Nara Diraja sebagai Raja Dihilir

b)

menjadikan Seri Nara diraja sebagai pemangku Sultan

c)

menikahkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu, isteri baginda setelah diceraikan dan habis edah Tun Kudu.

9.

Tun Perak terkenal sebagai pembesar yang bijaksana di Melaka. Berikut merupakan pembesar lain yang bijaksana di negara masing-masing. Pilih padanan yang salah

a)

Patih Aria Gajah Mada - Majapahit

b)

Orang Kaya Kemayan - Pasai

c)

Awi Cakra - Siam

10.

Setelah percubaan tentera Siam menyerang Melaka gagal kali pertama, mereka telah mengatur serangan kali kedua dengan pimpinan .....

a)

Awi Dicu

b)

Awi Cakarawala

c)

Awi Cakri

11.

Dalam menangani serangan Siam kali kedua, Sultan telah menitahkan ............................., seorang hulubalang raja yang gagah perkasa untuk membantu Tun Bendahara Paduka Raja Tun Perak.

a)

Seri Nara Diraja

b)

Seri Bija Diraja,

c)

Seri Mersing

12.

Kemenangan Tun Perak dan pasukannya menghalau tentera Siam balik semula ke Siam menyebabkan Sultan berasa sangat gembira lalu menganugerahkan kepada Tun Perak dan hulubalangnya, ....... ...

a)

sebidang tanah kepada semua mereka yang terlibat

b)

sepersalinan pakaian mengikut pangkat masiing-masing

c)

jawatan kanan di setiap bahagian

13.

Rancangan anaknda Paduka Bubunnya menyerang Melaka tidak kesampaian apabila dia mati setelah terkena panahan yang dibuat oleh .....

a)

Sidi Arab

b)

Sidi Oraza

c)

Sidi Umar

14.

Berikut merupakan langkah bijaksana perlu dimainkan oleh rakyat dalam memastikan kedaulatan negara terjamin KECUALI

a)

menghindarkan diri daripada perkara yang boleh mengancam perpaduan setiap anggota masyarakat.

b)

menjaga sensitiviti agama, bangsa dan kepercayaan setiap anggota masyarakat

c)

terlibat dengan rusuhan kaum dan sentiasa memuatnaik isu-isu yang boleh menyentuh institusi raja-raja melayu

15.

Berikut merupakan ikhtiar yang boleh dilakukan untuk seorang pemerintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dengan peperangan KECUALI ..

a)

mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran untuk memastikan setiap isu yang berbangkit dapat diatasi di meja rundingan

b)

mengadakan rundingan dengan negara yang terlibat sebelum peperangan berlaku agar pemuafakatan dapat diwujudkan

c)

membeli sebanyak yang boleh persenjataan moden demi menghadapi musuh

16.

Apakah kesan pelantikan Tun Perak sebagai Paduka Raja kepada negeri Melaka?

a)

Negeri Melaka berpecah kepada dua kumpulan

b)

Negeri Melaka semakin maju dan masyhur

c)

Rakyat memberi sokongan penuh kepada Tun Perak

d)

Negara Siam tidak berani menyerang Melaka

17.

"Pada hari malam, Bendahara Paduka Raja telah mengarahkan agar pohon kayu bakau,nyirih dan tumpu api-api dibakar"

Peristiwa tersebut menggambarkan sifat Tun Perak yang ....

a)

licik

b)

bijaksana

c)

bertanggungjawab

d)

berani

18.

Tun Umar begitu berani melanggar perahu Siam seorang diri hingga menyebabkan beberapa buah perahu Siam terbalik. Nilai dari contoh ini ialah

a)

ketangkasan

b)

keberanian

c)

kebijaksanaan

d)

kesetiaan

19.

Tun Perak diberi jawatan Perdana Menteri dengan Gelaran____________

a)

Paduka Raja

b)

Betara

20.

Berikut merupakan sebab mengapa Seri Nara Diraja bersetuju untuk berkahwin dengan Tun Kudu kecuali

a)

Tun Kudu masih muda dan memiliki wajah dan perwatakan yang menarik

b)

Tun Kudu seorang yang kaya raya dan mempunyai kedudukan dalam masyarakat

c)

membalas dendam kepada Tun Perak dengan mengahwini Tun Kudu yang merupakan isterii kepada Tun Perak.

21.

Tun Perak mengatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri. Tun Perak mahu dia dipecat jika dirinya bersalah.

Kesan daripada kata-kata Tun Perak itu ialah

a)

Tun Perak dipecat daripada menjadi Penghulu Kelang

b)

Tun Perak dilantik menjadi Bendahara

c)

Tun Perak dilantik menjadi Perdana Menteri

d)

Tun Perak diperintahkan untuk tinggal di Melaka

22.

Kegagalan Siam menyerang Melaka untuk kali kedua menyebabkan Paduka Bubunnya marah, lalu anak baginda yang bernama ....................... telah menawarkan diri untuk meneruskan misi Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka.

a)

Cin Cau

b)

Cau Phraya

c)

Cau Pandan

d)

Cin Cong

23.

Semasa Siam menyerang Melaka, Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar yang kelakuannya gila-gila bahasa tetapi terlalu berani _____________ bagi membuatkan orang Siam berasa hairan dengan tindakan tersebut.

a)

melanggar beberapa perahu Siam hingga terbalik

b)

memasang khemah di sepanjang pantai

c)

menjerit-jerit bahawa Melaka telah menang

d)

menyerang Siam seorang diri

24.

Setelah malam hari, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon bakau, nyirih dan tumpu api-api dibakar supaya dilihat oleh orang Siam dan berpendapat_________ dan seterusnya membatalkan niat untuk berperang.

a)

istana Melaka terbakar

b)

menghalau binatang buas yang banyak di Melaka

c)

kelengkapan Melaka sungguh banyak untuk berperang

d)

meraikan kemenangan Melaka dalam peperangan tersebut

25.

Berikut merupakan ciri-ciri pemimpin yang patut dicontohi kecuali

a)

berat sebelah

b)

mendengar pendapat

c)

bertindak bijak

d)

bersikap adil