wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Mac Sejarah Ting 1

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah sejarawan yang mula menggunakan perkataan 'sejarah' atau "historia" yang bermaksud "penyelidikan terhadap peristiwa silam" ? { Tg.1-B1-ms.5 }

a)

Herodotus

b)

E.H.Carr

c)

Ibn Khaldun

d)

Khoo Kay Kim

2.

Istilah 'sejarah' berasal daripada perkataan Arab iaitu "Syajaratun" yang bererti __________. {Tg.1-B1-ms.4}

a)

tambo

b)

pokok

c)

rencana

d)

pengajaran

3.

Dalam bahasa Inggeris, 'sejarah' ialah 'history'. Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani, ' historia ' yang bererti ____________ . { Tg.1 -B1-ms.4 }

a)

monografi

b)

iktibar

c)

cerita

d)

penyelidikan

4.

Apakah pandangan Muhd Yusof Ibrahim, sejarawan tempatan terhadap pengertian sejarah? { Tg.1-B1-ms.5 }

a)

Rekod tentang peristiwa yang lalu

b)

Perkara yang pernah atau sudah berlaku

c)

Penyelidikan terhadap peristiwa silam

d)

Bicara tentang masyarakat manusia dan peradaban dunia

5.

Apakah keistimewaan karya "The Persian War" ( Sejarah Perang Parsi ) yang ditulis oleh Herodotus? { Tg.1-B1-ms.5 }

a)

Ditulis dengan mengemukakan watak yang menarik

b)

Ditulis dengan menyelitkan karikatur yang berwarna

c)

Ditulis berdasarkan peristiwa sejarah dunia

d)

Ditulis berdasarkan kajian terhadap peristiwa yang benar berlaku

6.

Konsep masa boleh diukur mengikut zaman seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M). Bilakah zaman 'Masihi' bermula? { Tg.1-B1-ms.6 }

a)

Kelahiran Nabi Muhammad SAW

b)

Kelahiran Nabi Isa AS.

c)

Kemunculan tamadun Islam

d)

Kemunculan tamadun awal manusia

7.

Ruang masa dapat dibahagikan kepada 'dekad', 'abad', dan 'alaf'. Berapakah lama dalam satu 'abad' ? ( Tg.1-B1-ms.6 }

a)

10

b)

50

c)

100

d)

1000

8.

Peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan,pertanian dan perdagangan merujuk kepada _________ . { Tg.1-B1-ms.8 }

a)

fosil

b)

batu bersurat

c)

artifak

d)

ensiklopedia

9.

Apakah yang boleh dibuktikan daripada penemuan candi Lembah Bujang? { Tg.1-B1-ms.8 }

a)

Serangan Siam terhadap Kedah

b)

Kedatangan Islam ke Kedah Tua

c)

Pengaruh Hindu dan Buddha di Kedah Tua

d)

Hubungan perdagangan antara Kedah Tua dengan Funan

10.

Pilih contoh 'sumber sekunder'. { Tg.1-B1-ms.8 }

a)

Diari

b)

Manuskrip

c)

Fosil

d)

Jurnal

11.

Tapak arkeologi yang terdapat artifak arca Buddha dan artifak seramik barangan perdagangan dari Dinasti Song dan Dinasti Tang. { Tg.1-B1-ms. 9 }

a)

Santubong, Sarawak

b)

Gua Cha, Kelantan

c)

Terumbu Mangsi Kudat, Sabah

d)

Lembah Bujang,Kedah

12.

Apakah unsur yang terdapat dalam logo Dewan Bahasa dan Pustaka yang melambangkan bahan penulisan zaman dahulu kala? { Tg.1-B1-ms. 11 }

a)

Tulisan jawi

b)

Buku

c)

Daun lontar

d)

Reben

13.

Apakah yang diceritakan dalam Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 Masihi ? { Tg.1-B3-ms.11 }

a)

Hukum Islam

b)

Kedatangan agama Hindu dan Buddha

c)

Keagungan raja Terengganu

d)

Kemajuan perdagangan Terengganu

14.

Apakah kaedah yang digunakan oleh sejarawan ketika membuat penyelidikan dokumen "Perjanjian Pangkor 1874" ? { Tg.1-B1-ms.11}

a)

Kaedah arkeologi

b)

Kaedah lisan

c)

Kaedah bertulis

d)

Kaedah pandang dengar

15.

Mengapakah Perjanjian Pangkor 1874 dimeterai ? { Tg.1-T1-ms.11 }

a)

Sultan menerima agama Islam

b)

Sultan hendaklah melantik Residen British

c)

Residen British mengurus adat istiadat Melayu

d)

Tulisan jawi dijadikan bahasa rasmi

16.

"Mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya". Pernyataan ini merujuk kepada ________. { Tg.1-B1-ms.16 }

a)

pengertian sejarah

b)

sumber sejarah

c)

tafsiran dalam sejarah

d)

kaedah penyelidikan dalam sejarah

17.

Bagaimanakah pengkaji Barat mentafsir peristiwa Kebangkitan Tok Janggut di Pasir Putih,Kelantan ? { Tg.1-B1-ms.16 }

a)

Penentangan Tok Janggut terhadap peraturan cukai tanah

b)

Penentangan Tok Janggut terhadap peraturan hasil hutan

c)

Kebangkitan akibat undang-undang British yang membebankan

d)

Pemberontakan Tok Janggut

18.

Apakah maksud "Durbar" ? { Tg.1-B1-ms.17 }

a)

Persidangan Raja-Raja Melayu dengan British

b)

Perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British

c)

Pelantikan Residen British

d)

Perdamaian antara raja-raja Melayu

19.

Apakah iktibar yang diperoleh daripada kewujudan "Durbar" ? { Tg.1-B1-ms.17 }

a)

Membangunkan negara dan bangsa

b)

Setia kepada raja dan negara

c)

Mengenal asal usul raja-raja

d)

Sanggup berkoban demi negara

20.

Susunkan urutan kerja dari mula ke hujung bagi aktiviti gali cari di tapak penemuan arkeologi. { Tg.1-B1-ms.13 }

a)

Menanda kawasan, kerja ekskavasi dan merancang grid

b)

Merancang grid, menanda kawasan dan kerja ekskavasi

c)

Merancang grid, kerja ekskavasi dan menanda kawasan

d)

Mengkatalog, membersih, mengisih dan menganalisis

21.

Gambaran binatang berbulu tebal di atas pernah hidup pada ______

a)

Zaman Air Sejuk

b)

Zaman Air Batu

c)

Zaman Batu Awal

d)

Zaman Dinosaur

22.

Haiwan ini pernah hidup pada Zaman Air Batu. Apakah spesis haiwan tersebut?

a)

Gajah

b)

Sloth

c)

Mammoth

d)

Dinosaur

23.

X --> Bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, sisa atau fosil yang telah terawet dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk hidupan purbakala.


Apakah X ?

a)

Geologi

b)

Biologi

c)

Arkeologi

d)

Paleontologi

24.

Haiwan dalam gambar di atas pernah hidup di bumi pada _____

a)

Zaman Batu

b)

Zaman Air Batu

c)

Zaman Jurasik

d)

Zaman Jurassic Park

25.

Lautan merupakan kawasan air masin yang meliputi 71% bentuk muka bumi.

Nyatakan empat (4) lautan di dunia:

a)

Lautan Artik

b)

Lautan Atlantik

c)

Lautan India

d)

Lautan Selatan

e)

Lautan Pasifik

26.

Saintis telah membahagikan kawasan daratan kepada beberapa buah benua.

Nyatakan empat (4) benua di dunia:

a)

Benua Asia

b)

Benua Afrika

c)

Benua Eropah

d)

Benua Australia

e)

Benua Amerika

27.

Zaman Air Batu terbahagi kepada empat (4) tahap zaman iaitu:

a)

Zaman Miosen

b)

Zaman Pliosen

c)

Zaman Playstation

d)

Zaman Pleistosen

e)

Zaman Holosen

28.

Bumi mengalami cuaca panas bermula 8,500 tahun dahulu. Suhu dunia meningkat dan menyebabkan berlaku kecairan air batu. Proses ini dinamakan __________

a)

penyejukan

b)

pemanasan

c)

pencairan

d)

pengglasieran

29.

Kecairan air batu menyebabkan paras air laut dunia meningkat. Kesannya, bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi mulai terbentuk seperti ______ dan _____

a)

laut

b)

tasik

c)

pulau

d)

benua

30.

Pada Zaman Batu Akhir, manusia hidup secara _______ dan _______

a)

nomad

b)

tetap

c)

memburu binatang

d)

menternak binatang

31.

Gambar berikut menunjukkan keadaan

a)

salji

b)

laut beku

c)

glasier

d)

migrasi

32.

Gambar menunjukkan haiwan yang pupus pada Zaman Air Batu Akhir. Nyatakan tiga (3) haiwan tersebut.

a)

Sloth

b)

Mamot

c)

Beruang kutub

d)

Harimau bertaring

33.

Gambar perubahan Zaman Air Batu Akhir di Asia Tenggara.

Kesan penting ialah kenaikan paras air laut di _______

a)

Pentas Asia

b)

Pentas Benua

c)

Pentas Sunda

d)

Pentas Dunia

34.

Manusia yang tinggal di Asia Tenggara khususnya di kawasan Pentas Sunda berkongsi tamadun yang sama seperti ________, asal usul, _______ dan ______

a)

kepercayaan

b)

bahasa

c)

budaya

d)

agama

35.

Gambar menunjukkan filem animasi yang menceritakan tentang ____

a)

keadaan pada Zaman Ais

b)

kehancuran Zaman Ais

c)

kepupusan pada Zaman Ais

d)

kehidupan pada Zaman Air Batu

36.

Zaman manakah telah berlaku penyejukan dan pengeringan alam sekitar global?

a)

Zaman Miosen

b)

Zaman Pliosen

c)

Zaman Pleistosen

d)

Zaman Holosen

37.

Bumi kita telah mengalami perubahan berjuta-juta tahun dahulu. Perubahan pada ketika itu memberi kesan terhadap...

a)

Aktiviti manusia & Kedalaman laut

b)

Aktiviti manusia & Perkembangan Teknologi

c)

Kedalaman laut & Rupa Bentuk Fizikal Bumi

d)

Rupa Bentuk Fizikal Bumi & Perkembangan Teknologi

38.

Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi?

a)

Iklim

b)

Gempa bumi

c)

Hidupan Liar

d)

Aktiviti manusia

39.

Kemajuan yang dicapai oleh manusia pada Zaman Holosen?

a)

Membuat api dan memburu binatang

b)

Membuat api dan Mencipta tulisan

c)

Memburu binatang dan Menghasilkan Makanan

d)

Menghasilkan Makanan dan Mencipta tulisan

40.

Tahap zaman air batu mengikut kronologi

a)

Pleistosen, Pliosen, Miosen, Holosen

b)

Pliosen, Holosen, Pleistosen, Miosen

c)

Holosen, Pliosen, Miosen, Pleistosen

d)

Miosen, Pliosen, Pleistosen, Holosen