WorksheetsPENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN
Total questions: 21
Worksheet time: 10mins
Kuasa untuk melaksanakan Perolehan Kerajaan adalah berpunca daripada Akta dan Peraturan seperti berikut KECUALI:
Seksyen 6 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]
Seksyen 5 Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358]
Akta Kontrak Kerajaan 1949 [Akta 120]
Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 [Akta 2] Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No.2) 2013 [P.U.(A) 184]
Arahan pihak berkepentingan
Apakah elaun/kemudahan/bayaran yang layak dituntut oleh seseorang pegawai yang diarahkan bertukar ke luar stesen?
i. Tambang perjalanan
ii. Tambang pengangkutan barang
iii. Tambang mengangkut kenderaan jika bertukar ke tempat yang tidak boleh dihubungi dengan cara berkereta;
iv. Pemberian Pindahan;
v. Elaun Gantian Makan;
vi. Bayaran Sewa Hotel/Elaun Lojing;
vii. Belanja pelbagai.
i, ii, iv dan v
i, ii, iv dan vi
ii, iii, vi dan vii
semua di atas
Apakah prinsip-prinsip perolehan Kerajaan
Akauntabiliti, Telus, Nilai Faedah Yang Terbaik, Saingan Terbuka dan adil
Akauntabiliti, Adil, Telus, Nilai Faedah Yang Terbaik dan murah
Akauntabiliti, Adil, Telus, cepat dan persaingan terbuka
Akauntabiliti, Adil, rahsia, nilai faedah dan persaingan terbuka
Ali bercadang untuk membuat perolehan kertas A4 putih 70 gsm dengan anggaran keperluan RM50,000.00 setahun.
Sebut Harga A
Rundingan Terus
Kontrak Panel Berpusat
Kontrak Pusat
Pelawaan pembekal bagi perolehan Sebut Harga adalah
3
5
1
4
Senarai item Kontrak Panel Berpusat yang berkuat kuasa adalah seperti berikut KECUALI :
Perabot Berasaskan Kayu
Katil Besi Setingkat dan Dua Tingkat (Tidak Termasuk Katil Pesakit)
Tilam dan Bantal Jenis
Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain
Perabot Jenis Polypropylene
Pekeliling Perbendaharaan WP 1.2 Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Bertukar/ Berpindah Rumah. Apakah jenis kemudahan yang boleh dituntut oleh pegawai yang layak di bawah pekeliling ini KECUALI:
Elaun Pertukaran
Elaun Perpindahan Rumah
Elaun Perubatan
Semua di atas
Adakah invois boleh digunakan sebagai resit dalam tuntutan Bayaran Sewa Hotel?
Ya
Tidak
Adakah bayaran yang dibuat menggunakan nama orang lain seperti Bayaran Sewa Hotel, Touch n Go atau sebagainya boleh dibayar dalam tuntutan?
Ya
Tidak
Apakah yang dimaksudkan dengan Tambang Gantian?
i) Seseorang yang menggunakan kenderaan sendiri untuk bertugas di satu (1) tempat yang jaraknya dalam lingkungan 240 kilometer daripada Ibu Pejabatnya;
ii) Terdapat perkhidmatan terus kapal terbang atau kereta api
iii) hanya layak dituntut sekiranya ia lebih menjimatkan berbanding tuntutan perjalanan menggunakan kenderaan sendiri bagi menggalakkan perbelanjaan berhemat.
i dan ii
ii dan iii
semua di atas
Adakah pegawai yang dibayar Tambang Gantian layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan dari tempat penginapan ke tempat bertugas rasmi termasuk bayaran tol?
Ya
Tidak
Adakah tambang teksi yang layak dituntut oleh pegawai adalah berdasarkan tambang lazim perkhidmatan atau kelayakan satu tempat duduk?
Tambang lazim perkhidmatan
Kelayakan satu tempat duduk
Adakah Ketua Jabatan boleh membuat kawalan dalaman bagi kemudahan bertugas rasmi?
Contoh:
i. menghadkan bayaran tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan bagi seorang pegawai maksimum RM300.00/sebulan;
ii. Mensyaratkan dokumen sokongan tertentu (yang tidak dinyatakan dalam Pekeliling) bagi tujuan pembuktian tuntutan.
Ya
Tidak
Adakah Elaun Makan dan Elaun Harian adalah dua (2) kemudahan elaun yang berbeza?
Ya
Tidak
Bagaimanakah jarak perjalanan bertugas rasmi dikira? Adakah bermula dari rumah atau pejabat?
Rumah
Pejabat
Apakah kadar Tambang Gantian yang perlu dirujuk, sama ada mengikut kadar pada tarikh perjalanan atau tarikh tuntutan dibuat?
Kadar Tambang Gantian yang dirujuk adalah kadar tambang standard (tanpa diskaun) kapal terbang/kereta api yang ditetapkan oleh syarikat pemberi perkhidmatan kepada Kerajaan pada tarikh perjalanan yang dilaksanakan.
Kadar Tambang Gantian yang dirujuk adalah kadar tambang standard (tanpa diskaun) kapal terbang/kereta api yang ditetapkan oleh syarikat pemberi perkhidmatan kepada Kerajaan pada tarikh tuntutan dibuat.
‘Pungutan wang tunai (wang kertas dan duit syiling) melebihi RM500.00 atau jumlah pungutan (termasuk wang tunai, cek wang pos dan kiriman wang) melebihi RM2,000.00 mesti dibayar ke Perbendaharaan pada hari itu juga’. Pernyataan tersebut merujuk kepada:
AP78
AP64
AP79
AP72
En. Ahmad menetap di Batu Pahat dan bertugas di SKPK Batu Pahat. Pegawai telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur seperti yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. Adakah beliau layak menuntut tuntutan perjalanan dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur?
Ya
Tidak
‘Pegawai-pegawai dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan mereka di hospital-hospital atau klinik-klinik kerajaan yang berhampiran dengan stesen mereka’. Pernyataan berikut merujuk kepada:
Perintah-perintah Am Bab B
Perintah-perintah Am Bab F
Pekeliling Perbendaharaan Pengurusan Wang Awam WP 1.1
Pekeliling Perbendaharaan Pengurusan Wang Awam WP 1.4
Adakah pegawai yang diarahkan datang ke Pejabat sebelum waktu bekerja untuk membuat kerja tambahan atau menyambung terus kerja yang diarahkan dibuat selepas waktu bekerja layak membuat tuntutan perjalanan?
Ya
Tidak
Adakah pegawai lantikan pertama layak menuntut lain-lain kemudahan seperti Bayaran Sewa Hotel selain Tambang Perjalanan?
Ya
Tidak
