Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 14

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah merupakan faktor luaran dalam penentuan dasar luar Malaysia?

a)

Mengamalkan prinsip bebas dan berkecuali serta berbaik-baik tanpa mengira ideologi

b)

Mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan mementingkan perpaduan

c)

Menjadi ahli Pertubuhan Persidangan Islam dan pernah mengetuai delegasinya

d)

Meningkatkan ekonomi negara melalui kerjasama dalam dan luar negara

2.

- Malaysia mempunyai sempadan laut yang strategik - Lautan Hindi dan Lautan Pasifik

- Malaysia merupakan sebuah pulau yang terlindung daripada angin monsun Barat Daya atau angin monsun Timur Laut


Pernyataan di atas merujuk

a)

Sejarah

b)

Kepimpinan

c)

Penduduk dan saiz negara

d)

Geopolitik dan geostrategik

3.

- Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa

- Menghapuskan jurang perbezaan antara negara-nefara membangun dengan negara-negara perindustrian


Untuk mencapai matlamat di atas, negara-negara membangun seperti Malaysia telah mengusulkan pembentukan

a)

Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)

b)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

c)

Perjanjian Am mengenai Tarif dan Pembangunan (OECD)

d)

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)

4.

Yang manakah pernah melibatkan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?


(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Mencetuskan idea tentang isu keganasan remaja di PBB

b)

Menjadi pengerusi Majlis Perhimpunan Agung di PBB

c)

Menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB

d)

Menghantar pasukan tentera pengaman di bawah naungan PBB

5.

Yang manakah antara berikut membuktikan Malaysia mendukung prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

a)

Menentang pendudukan Israel ke atas Palestin

b)

Mendesak penstrukturan dan pendemokrasian PBB

c)

Menjadi wakil PBB ke Myanmar bagi merunding amalan demokrasi

d)

Mendesak amalan dalam sistem kewangan antarabangsa yang adil

6.

Yang manakah matlamat utama Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)?

a)

Mencampuri hal ehwal dalaman negara yang bergolak

b)

Negara yang terlibat dalam pertikairan adalah tanggungjawab bersama

c)

Menggunakan kekerasan sekirannya terdapat sebarang masalah di Asia Tenggara

d)

Mengelakkan diri daripada terlibat dalam mana-mana pertikaian antara kuasa besar

7.

Yang manakah sebab penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan?


(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Sekatan ekonomi oleh negara-negara maju

b)

Syarat pembayaran balik hutang yang ketat

c)

Harga komoditi yang rendah dan tidak stabil

d)

Pengeluaran bahan mentah yang tidak mencukupi

8.

-MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA (ICC)-


Yang manakah kes diadili oleh badan di atas?


(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Pencerobohan ketenteraan

b)

Pertindihan tuntutan wilayah

c)

Pembunuhan kaum beramai-ramai

d)

Pertikaian sempadan antara negara

9.

- Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

- Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara


Apakah persamaan objektif bagi kedua-dua pertubuhan di atas?


(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Mewujudkan kerjasama ekonomi yang bersifat serantau

b)

Membantu memajukan pendidikan negara membangun

c)

Menyuarakan pendapat bersama pada peringkat antarabangsa

d)

Mangadakan perbincangan dengan negara-negara maju tentang isu-isu perkauman

10.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang semangat permuafakatan dalam kalangan anggota ASEAN?

a)

Menganjurkan dialog keselamatan dan keamanan serantau

b)

Mengawal penggunaan tenaga nuklear di rantau ini

c)

Menyelesaikan isu dalaman negara anggota secara terbuka

d)

Menubuhkan pasukan tentera untuk mengawal keamanan serantau

11.

- Mengadakan dialog politik, kerjasama ekonomi dan dialog peradaban budaya

- Mewujudkan kerjasama antara dua benua


Pernyataan di atas merujuk

a)

Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)

b)

Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)

c)

Forum Serantau ASEAN (ARF)

d)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

12.

Yang manakah komitmen Malaysia melalui Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC)?


(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Penubuhan Lembaga Tabung Haji

b)

Penubuhan Bank Pembangunan Islam

c)

Penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia

d)

Penubuhan Universiti Islam Malaysia

13.

- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

- Pergerakan Negara-Negara Berkecuali


Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa di atas bertujuan


(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Menjalinkan kerjasama erat dalam bidang ketenteraan

b)

Meningkatkan komitmen terhadap keamanan sejagat

c)

Meningkatkan hubungan dua hala dalam kerjasama ekonomi

d)

Memperjuangkan kepentingan terhadap negara-negara membangun

14.

Kepulauan Spratly menjadi rebutan Malaysia kerana Kepulauan Spratly


(Pilih 2 jawapan paling tepat)

a)

Mempunyai lokasi terbaik untuk perdagangan

b)

Merupakan tempat yang sesuai untuk ujian senjata nuklear

c)

Memiliki bahan-bahan galian terutamanya minyak dan gas

d)

Mempunyai kedudukan yang strategik dari segi keperluan ketenteraan

15.

-Bertindak sebagai satu forum yang membincangkan ekonomi serantau, kerjasama perdagangan dan pelaburan-


Pernyataan di atas merujuk

a)

Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

b)

Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)

c)

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

d)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)