wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 2 BAB 5

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan pokok bakau dan pokok api-api di muara Sungai Bertam?

a)

Sumber makanan

b)

Mengawal laluan kapal

c)

Panduan kapal berlabuh

d)

Benteng pertahanan semula jadi

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan alat kebesaran diraja Kesultanan Melayu Melaka?

a)

keris

b)

nobat

c)

samping

d)

pingat

3.

Berikut merupakan bidang tugas jawatan X dalam Kesultanan Melayu Melaka :-


1. Ketua polis dan penjara

2. Pegawai Protokol Istana

3. Hakim di darat


SIAPAKAH X?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

4.

Bagaimanakah pedagang mampu menarik minat penduduk setempat untuk memeluk Islam?

a)

Tidak menjaga tepi kain orang lain

b)

Sering bersedekah kepada orang susah

c)

Mengamalkan nilai murni dan sering bercerita tentang Islam

d)

Menunjukkan sikap kepimpinan yang tinggi

5.

Sultan Mansur Shah telah berkahwin dengan puteri Majapahit.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Melaka menjadi naungan kerajaan Majapahit

b)

Melaka diiktiraf oleh kerajaan Majapahit

c)

Wujud masyarakat majmuk di Melaka

d)

Pengaruh Melaka disekat kerajaan Majapahit

6.

Antara berikut, yang manakah dipadankan dengan betul?

a)

Cukai pedagang India = 3 peratus

b)

Cukai pedagang Ceylon = 6 peratus

c)

Cukai pedagang China = 3 peratus

d)

Cukai pedagang Alam Melayu = 1 peratus

7.

Antara berikut, kemudahan manakah yang disediakan di pelabuhan Melaka?

a)

pajak gadai

b)

hamba sahaya

c)

tempat beribadat

d)

gudang menyimpan barang

8.

Mengapakah Orang Laut dipilih untuk memastikan urusan perdagangan berjalan dengan lancar?

a)

Orang Laut menguasai pelbagai bahasa

b)

Orang Laut jujur dalam urusan jual beli

c)

Orang Laut mahir selok belok laut dan sungai

d)

Orang Laut mahir menguruskan cukai alat timbang

9.

Bagaimanakah hubungan luar antara Kesultanan Melayu Melaka dengan Pasai dan Majapahit terjalin?

a)

Perbincangan mengenai agama Islam

b)

Kepentingan perdagangan

c)

Pertukaran teknologi

d)

Perkahwinan

10.

Apakah faktor dalaman yang menyebabkan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Rakyat tidak bersatu padu

b)

Kepimpinan yang lemah

c)

Serangan Portugis

d)

Bencana Alam