wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendahuluan Karangan

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Sebelum membina sebuah karangan, langkah utama yang perlu diambil ialah

a)

Membina perenggan pendahuluan

b)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, dan penutup sahaja

c)

Membina kerangka karangan yang mengandungi isi-isi penting sahaja

d)

Membina kerangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, penutup

2.

Setiap karangan perlu mempunyai....

a)

Pendahuluan dan isi

b)

Penutup, pendahuluan dan isi

c)

rangka dan isi

d)

Pendahuluan, isi dan penutup

3.

Pada tahun 1972, pasukan bola sepak negara kita telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan bola sepak Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Kejayaan ini diulang pada tahun 1980 apabila pasukan kita layak menyertai Sukan Olimpik di Moscow, Rusia. Pada akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an pula, keupayaan pasukan bola sepak negara kita setanding dengan keupayaan pasukan bola sepak Korea Selatan. Namun demikian, mutu sukan bola sepak negara kita sekarang ini begitu jauh merosot atau ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Mengapakah perkara ini berlaku? Punca-punca yang menyebabkan mutu sukan bola sepak di negara kita merosot pada masa ini perlu diperhalusi supaya usaha-usaha untuk memajukannya dapat dijalankan dengan segera.

a)

JENIS PUISI

b)

JENIS UMUM

c)

JENIS DEFINISI

d)

JENIS SEJARAH

4.

“Kataku pergi! Pergi!!” pekik Kassim. “Pergi kataku!” kataku lagi. “Mengapa mesti aku pergi?” balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis teresak-esak menahan kesakitan. “Bukankah ini rumahku juga?” tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi. Namun, Aminah sedar, sekeras-keras batu akan lembut juga apabila terkena titisan air. Aminah sedar akan sifat Pak Karim suaminya yang kerap membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa . Aminah juga sedar, sikap pemarah Pak Karim pada hari itu sungguh berbeza. Kemungkinan juga,suaminya mempunyai masalah pada waktu tersebut. Aminah tetap sabar dan terus mendiamkan diri selepas itu. Hatinya berkata-kata, “ Sabar separuh daripada iman, jika aku terus melawan tindakanku ibarat api dengan minyak akan terus menyala.”

a)

JENIS DIALOG

b)

JENIS LAGU

c)

JENIS UMUM

d)

JENIS PERIBAHASA

5.

Tahukah anda bahawa hampir setiap hari ada sahaja kemalangan di jalan raya yang dilaporkan di media masa? Siapakah yang patut disalahkan, pengguna jalan raya atau pihak kerajaan? Persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan ini berlaku?

a)

JENIS PERIBAHASA

b)

JENIS PENDAPAT PEMIMPIN

c)

JENIS PERSOALAN

d)

JENIS SOALAN

6.

“Dera” bermaksud pukulan dengan rotan, tali pinggang, atau alat-alat lain sebagai hukuman. “Mendera” bermaksud memukul dengan menggunakan alat-alat yang dinyatakan tadi. “Penderaan” pula bermaksud melakukan perbuatan mendera. Sebenarnya penderaan terbahagi kepada dua jenis iaitu penderaan berbentuk fizikal dan penderaan berbentuk mental. Berdasarkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 April 2016, sebanyak 1,531 kes penderaan kanak-kanak telah dilaporkan di seluruh negara dengan 46 daripadanya melibatkan kematian sejak 2011 sehingga Mac 2016. Berdasarkan kajian, jelas menunjukkan isu penderaan kanak-kanak ini sangat serius dan pelbagai faktor penyebab berlakunya gejala ini .

a)

JENIS UMUM

b)

JENIS DEFINISI

c)

JENIS PUISI

d)

JENIS HADIS/AYAT AL-QURAN

7.

Allah berfirman dalam Surah Al-“Asr, “ Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Pengertian Surah Al-Asr ini amat bermakna kepada seorang pelajar, serta tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar dan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kepada kedua-dua ibu bapa mereka. Pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran untuk memastikan mereka mampu mengubah kehidupan keluarga untuk kebahagian kehidupan mereka pada masa mendatang. Justeru, sebagai seorang pelajar, mereka seharusnya tidak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.

a)

JENIS UMUM

b)

JENIS PENDAPAT/KATA-KATA PEMIMPIN

c)

JENIS SEJARAH

d)

JENIS HADIS/AYAT AL-QURAN

8.

Burung yang berkicau

Air mengalir tenang

Sejuk mata memandang

Damai mempesonakan

Padi melambai-lambai

Gadis di tepi bendang

Walau panas membahang

Tetap manis tersenyum riang


Lagu ’Desa Tercinta’ dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?

a)

JENIS LAGU

b)

JENIS PUISI

c)

JENIS UMUM

d)

JENIS SEJARAH

9.

Hampir setiap hari media masa sama ada media elektronik mahupun media cetak menyiarkan berita tentang kemalangan jalan raya. ( AR1) Pada musim-musim perayaan terutamanya, banyak pengguna jalan raya kehilangan nyawa atau mengalami kecacatan anggota akibat terlibat dalam kemalangan. (AR2) Dari segi statistik pula, kadar kemalangan jalan raya di negara kita kadar kemalangan yang tertinggi di dunia. (AR3) Menurut statistik bagi tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015, sebanyak 20,458 kemalangan yang melibatkan 330 kematian telah direkodkan oleh Polis di Raja Malaysia (Statistik). Justeru, statistik berkenaan merupakan kejutan yang menakutkan kita sebagai masyarakat Malaysia. (AR4) Oleh itu, pihak berkuasa seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan perlu mengambil langkah drastik dan berkesan untuk mengatasi masalah ini. (AA)

a)

JENIS LAGU

b)

JENIS PERIBAHASA

c)

JENIS UMUM

d)

JENIS DEFINISI

10.

Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa kita tidak akan mencapai kemajuan yang cepat jika kita tidak menumpukan perhatian dalam penguasaan bahasa Inggeris. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan ilmu yang terdapat dalam dunia ini terungkap dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kita mestilah memberikan penekanan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan kita. Menurut beliau bahasa Inggeris banyak kepentingan atau kebaikannya, sama ada kepada rakyat mahupun kepada negara.

a)

JENIS UMUM

b)

JENIS PENDAPAT PEMIMPIN

c)

JENIS PUISI

d)

JENIS LAGU

11.

Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya terdengar jeritan manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-kanak jelas kedengaran dari sebuah bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sesuatu tindakan. Tambahan pula, tiada alat yang boleh saya gunakan untuk membantu saya menyelamatkan mangsa. Namun begitu saya menggagahkan semangat dan mencuba untuk melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.

a)

JENIS SUASANA/SITUASI

b)

JENIS UMUM

c)

JENIS CERITA

d)

JENIS PERIBAHASA

12.

Berikut merupakan jenis-jenis pendahuluan KECUALI

a)

Pendahuluan jenis definisi

b)

Pendahuluan jenis pendapat tokoh

c)

Pendahuluan jenis persoalan

d)

Pendahuluan jenis formula

13.

Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan.


Pendahuluan tersebut merupakan pendahuluan jenis ...

a)

Fakta

b)

Peribahasa

c)

Lagu

d)

Puisi

14.

Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu.


Pendahuluan tersebut merupakan pendahuluan jenis ...

a)

Suasana

b)

Sejarah

c)

Umum

d)

Puisi

15.

Pendahuluan jenis ini dimulakan dengan memberi maksud atau takrif terhadap isu atau topik yang menjadi tajuk karangan.


Penyataan tersebut merujuk kepada pendahuluan jenis ...

a)

Pendapat tokoh

b)

Persoalan

c)

Sejarah

d)

Definisi

16.

Berikut merupakan fungsi pendahuluan dalam penulisan karangan KECUALI

a)

Menarik perhatian dan minat pembaca

b)

Menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan

c)

Menghuraikan isi karangan

d)

Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.

17.

Pendahuluan jenis ini memerlukan pelajar untuk menyatakan sejarah yang tepat dalam mengaitkan peristiwa sejarah tersebut dengan tajuk karangan. Apakah jenis pendahuluan tersebut?

a)

Fakta

b)

Sejarah

c)

Definisi

d)

Pendapat Tokoh

18.

Pendahuluan karangan terletak pada perenggan yang .....

a)

Kedua

b)

Keempat

c)

Pertama

d)

Ketiga

19.

Tajuk karangan: Masalah keracunan makanan dalam kalangan murid semakin meningkat dari semasa ke semasa. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Apakah Tema yang sesuai untuk tajuk di atas.

a)

Obesiti

b)

Kebuluran

c)

Makanan

d)

Teknologi

20.

Tajuk karangan: Amalan rumah terbuka telah diadakan setiap tahun bagi setiap perayaan di Malaysia. Huraikan kepentingan amalan rumah terbuka ini dalam kalangan masyarakat di Malaysia.


Apakah Isu atau tema perbincangan ini?

a)

Perayaan di Malaysia

b)

Rumah

c)

Amalan rumah terbuka

d)

Masyarakat di Malaysia

21.

Tajuk karangan: Rakyat Malaysia ialah berbilang bangsa.

Huraikan langkah-langkah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.


Apakah unsur tugasan-tugasan atau kehendak soalan dalam soalan karangan ini?

a)

kebaikan-kebaikan

b)

kesan-kesan

c)

inisiatif-inisiatif

d)

langkah-langkah

22.

Surat kiriman tidak rasmi boleh ditulis kepada _____________ .

a)

pengarah syarikat

b)

abang

c)

guru

d)

ketua kampung