Font size
WorksheetsF2 BMP VIP 1st TERM TEST
Total questions: 41
Worksheet time: 22mins
姓名+编号(NAMA +NOMBOR GILIRAN) : _________
“ _____akan bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menjuarai kejohanan ini, “ kata ketua pasukan bola sepak itu kepada pengurus pasukannya.
kalian
dia
kami
kita
Saya bertemu dengan Rashdan semasa di dalam perjalanan pulang dari perpustakaan sebentar tadi.
di
dalam
di dalam
pada
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum haruslah saling tolong-menolong antara satu sama lain.
saling tolong-menolong
saling tolong
saling menolong
saling tolong-tolong
Kami bencikan pengurus itu kerana dia gemar mengampu pihak majikan.
bencikan
benci akan
benci
benci kan
Ahli Persatuan Bahasa Malaysia berbincang tentang cadangan lawatan ke Arkib Negara.
berbincang tentang cadangan
berbincangkan tentang cadangan
berbincang cadangan
membincangkan tentang cadangan
Pilih ayat pasif yang betul.
“Pembinaan Planetarium Negara merupakan penanda kemajuan dalam bidang kajian angkasa lepas yang dibanggakan oleh kami,’’ kata kumpulan pelajar itu.
Peserta-peserta yang layak menghadiri program tersebut telah kami pilih pada minggu lepas.
Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah dilukis oleh Ali kelmarin.
Isu rumah setinggan yang diduduki oleh pendatang asing di pinggir bandar itu telah dilaporkan oleh saya kepada pihak berkuasa.
Baginda hendak merasmikan putera baginda sebagai ganti.
mencemar duli
berkenan
menganugerahkan
menabalkan
Azhar mengambil keputusan untuk memperisterikan gadis yang dikenalinya semenjak kecil lagi.
memperisterikan
memperisteri
Gaya Bahasa yang terdapat dalam baris terhidang seumpama permaidani terhampar ialah _______.
metafora
simile
inversi
personifikasi
Pilih gaya bahasa yang betul :
tiang panjang maharaja lela,
tiang tengah syukur menanti
personifikasi
epifora
responsi
anafora
Sajak Roti
Dari cerobong dapur
asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.
Perut yang lapar
selera kian menggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.
Kalau roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.
Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.
Bila begitu selamanya
kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.
Soalan : Pernyataan yang manakah bukan ciri sajak di atas?
terdiri daripada lima rangkap
sajak ini berbentuk bebas
bilangan baris pada setiap rangkap sama
jumlah perkataannya antara dua hingga enam patah perkataan
Cerpen Banjir di Mata Emak
[Ya Allah, izinkan saya menikmati juadah ini dengan pemilik suara yang tidak saya kenali itu. Saya ingin kepuasan menyenduk nasi ke pinggan emak lebih dahulu sebelum membubuh ke pinggan sendiri berulang kepada empunya suara yang terlalu merindui anak-anaknya itu.]
Soalan : Nilai yang ada pada diri “saya” ialah__
nilai keprihatinan
nilai kebijaksanan
nilai ketabahan
nilai kesabaran
Sajak Roti
Rangkap 4:
Bagi pemilik iman di dada
sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.
Soalan: Apakah maksud yang terkandung dalam rangkap keempat sajak Roti?
Warga miskin perlu dibantu dahulu sebelum kita makan.
Orang beriman tidak selera untuk makan kerana mengingati warga miskin.
Orang yang beriman akan mengingati warga miskin apabila mereka kenyang.
Orang beriman haruslah mengutamakan orang miskin dalam soal kebajikan.
Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata:
"Dia mencipta manusia.
Mengajarnya pandai berbicara."
(Al-Quran, 55:3-4 )
Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
Kata-kata yang berselerakan
langit, bumi, laut, gunung,
awan, hujan dan pohon,
adalah persekitaran.
Seperti kami memetik buah-buahan
kami sunting istilah iman,
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.
Kata-kata mengembangkan pengalaman,
terbentang di semesta alam,
memaknakan kewujudan.
Soalan : Apakah tema keseluruhan dalam sajak ini?
kesyukuran terhadap Tuhan
kebersihan dan keceriaan alam sekitar
kepentingan bahasa dan hubungan manusia dengan Tuhan
kepentingan kemahiran berbahasa
Kepentingan bahasa dalam kehidupan termasuklah__.
mudah berperang mulut dengan orang lain
menunjukkan darjat dan status seseorang
mudah berkomunikasi antara satu sama lain
menyanyikan lagu dengan penuh perasaan
PELANDUK MENGAJAR MEMERANG:
Sang Biawak membawa pedang bercabut sebelum pasti bahawa peperangan sudah berlaku dikatakan bersikap_____.
kuman di seberang laut tampak, gajah di pelupuk mata tak tampak
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Para pelancong melawat ke kawasan peranginan itu sambil bergambar.
Subjek : ____________
Predikat : ______________
Subjek : Para pelancong melawat ke kawasan peranginan itu
Predikat: sambil bergambar
Subjek : sambil bergambar
Predikat: para pelancong melawat ke kawasan peranginan itu
Subjek : melawat ke kawasan peranginan itu sambil bergambar
Predikat: para pelancong
Subjek : Para pelancong
Predikat: melawat ke kawasan peranginan itu sambil bergambar
Pola Ayat:
Hadiah itu daripada Ahmad Talmizi.
FN+ FN
FN+ FK
FN+ FA
FN+ FS
Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Soalan: Pasukan forum sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum peringkat kebangsaan.
Ayat songsang:_______________________________________
Akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum peringkat kebangsaan pasukan forum sekolah kami .
Sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum peringkat kebangsaan pasukan forum.
Forum sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum peringkat kebangsaan pasukan.
Pasukan forum sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum peringkat kebangsaan.
Gabungkan ayat tunggal di bawah supaya menjadi ayat majmuk.
Soalan :
Murid itu membaca buku.
Murid itu menunggu ibunya.
Murid itu membaca buku jika menunggu ibunya.
Murid itu membaca buku walaupun menunggu ibunya.
Murid itu membaca buku manakala menunggu ibunya.
Murid itu membaca buku sementara menunggu ibunya.
Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.
Soalan : Cikgu Kamariah telah mendenda murid-murid yang melanggar peraturan sekolah itu.
(a)
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif
Soalan: Kami menjolok buah rambutan dengan sebatang galah yang panjang.
(a)
Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat perintah, ayat seruan, atau ayat tanya.
Bangunan yang tinggi itu direka bentuk oleh seorang arkitek dari luar negara.
Ayat penyata
Ayat perintah
Ayat seruan
Ayat tanya
Baca ayat- ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat-ayat perintah di bawah ini sama ada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.
Soalan: Harap awak bersabar menghadapi dugaan hidup ini.
ayat suruhan
ayat larangan
ayat silaan
ayat permintaan
Novel Meniti Impian
nilai 的关键字?
kita haruslah
persoalan tentang
nilai
masyarakat yang
Novel Meniti Impian
Pengajaran 的关键字?
nilai
seorang yang
persoalan tentang
kita haruslah
Novel Meniti Impian:
Nyatakan gaya bahasa bagi ayat yang bergaris di bawah..
"Kenapa kau tak pulang tengah hari tadi, Zahar?"
(Halaman 12)
Simile
Metafora
Sinkope
Personifikasi
Novel Meniti Impian:
Zahar merupakan seorang pelajar di Institut Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang .......
pembuatan perabot
perindustrian
perakaunan
keusahawanan
Berikut merupakan perwatakan Pak Yusuf kecuali..
Seorang yang penyayang
Seorang yang aktif dalam sukan
Seorang yang rajin bekerja
Serang yang taat akan perintah agama
Di manakah tempat Zahar belajar mendalami bidang pertukangan perabot?
IKM Sungai Petani
IKM Sungai Siput
ITM Skudai
UiTM Shah Alam
Novel Meniti Impian:
Yang manakah antara berikut merupakan tema novel Meniti Impian?
Kegigihan seorang pemuda mengejar impian untuk menjadi seorang tukang kasut yang berjaya.
Ketabahan seorang remaja dalam mengharungi percintaan.
Kegigihan seorang pemuda mengejar impian untuk menjadi seorang tukang perabot yang berjaya.
Kepentingan usahawan kecil di kampung.
Yang manakah antara berikut merupakan contoh peristiwa bagi latar masyarakat di bawah..
Masyarakat yang memandang rendah terhadap kebolehan orang lain
Mak Temah memandang rendah terhadap Zahar yang ingin bekerja di bengkel Pak Yusuf.
Zahar memandang rendah terhadap Norimi yang ingin melanjutkan pelajaran di IKM.
Suhaili memandang rendah terhadap Zahar yang ingin bekerja sebagai tukang perabot.
Suhaili memandang rendah terhadap Zahar yang ingin melanjutkan pelajaran di IKM.
Tunku Abdul Rahman merupakan __________ yang telah berjaya menuntut kemerdekaan Negara kita daripada British.
negarawan
bangsawan
sejarawan
cendekiawan
__________ itu diadakan untuk pelajar cemerlang yang ingin mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara
soal balas
soal jawab
temu duga
temu bual
Ikram______sebaldi air untuk disiram pada pokok bunganya yang kekeringan akibat cuaca panas.
menjunjung
menjinjing
mengelek
memikul
Perangai Nurul yang suka menjahit baju ketika waktu lapang sama seperti perangai ibunya
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Alang-alang mandi biar basah
Ali bagai _____kerana baru sahaja mendapat hadiah telefon bimbit daripada bapanya.
Dalam masa dua hari sahaja Ali telah merosakkannya.
anjing dengan bayang-bayang
mendukung biawak hidup
embun di hujung rumput
kera mendapat bunga
Jalan raya menuju ke Kampung Baru _____kerana terdapat tumpahan minyak.
licin-licau
gelap-gelita
lekak-lekuk
simpang-siur
Perjalanan Vince ke Bandar Miri __________ kerana berlakunya tanah runtuh di kilometre 205.
terkandas
terhalang
tergendala
terbengkalai
Ibu ____tauge ke dalam air panas sebelum dimasukkan ke dalam bekas hidangan rojak pasembur untuk para tetamu yang hadir ke majlis hari jadi anaknya.
merebus
mereneh
mencelur
mencelup
