WorksheetsTING 2 - TERBITNYA FAJAR DAKWAH
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berikut merupakan bentuk penentangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW KECUALI
Nabi Muhammad SAW dituduh sebagai penipu, ahli sihir dan orang gila.
Menyeksa orang Islam antaranya Bilal Bin Rabah yang dijemur di tengah panas tanpa diberi makan dan minum.
Nabi Muhammad SAW diberikan harta dan kemewahan yang sangat banyak
Memulau nabi, keluarga Bani Hashim dan Bani Mutalib
Berikut merupakan strategi dakwah Rasulullah SAW KECUALI
Baginda naik ke Bukit Safa dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT dan meyakini hari kiamat.
Rasulullah SAW bertemu dengan kabilah-kabilah yang datang ke Mekah pada setiap musim haji.
Rasulullah SAW memerintahkan sebahagian umat Islam agar berhijrah ke Sham
Rasulullah SAW menjemput seluruh keluarga Bani Mutalib ke jamuan makan dan kemudian menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
Peringkat dakwah Rasulullah SAW yang kedua ialah .....
dakwah secara rahsia
dakwah secara terus terang kepada kaum kerabat
dakwah secara terus terang kepada masyarakat awam
dakwah secara terus terang kepada musyrikin Mekah
Rumah __________ bin Abi al-Arqam dijadikan pusat penyeruan Islam dan mempelajari Islam secara sulit.
Al-Qamah
Al-Arqam
Al- Ikhlas
Al- Akram
Kanak-kanak yang pertama menerima Islam ialah _______ bin Abi Talib
Ali
Zaid
Zubair
Abu Bakar
Berikut merupakan sebab-sebab Quraisy Mekah menentang dakwah Rasulullah SAW KECUALI
Mereka berpegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang mereka, iaitu percaya kepada tuhan yang berbilang.
Mereka berpegang kuat kepada semangat perkauman dan mengamalkan perhambaan.
Golongan bangsawan dan kaya mahu kehilangan kuasa.
Golongan pengukir dan peniaga berhala merasakan ekonomi mereka terjejas.
Isteri Rasulullah S.A.W yang terawal memeluk agama Islam adalah?
Saidatina Aishah R.A
Saidatina Ummu Salamah R.A
Saidatina Khadijah R.A
Saidatina Habsah R.A
Sahabat terawal yang memeluk agama Islam adalah?
Saidina Abu Talib
Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Lahab
Saidina Abu Umar
Dakwah secara sulit mengambil masa selama?
3 Minit
3 Bulan
3 Tahun
13 Tahun
Rasulullah memerintahkan umat Islam agar berhijrah ke Habsyah (mempunyai raja yang baik), merupakan strategi dakwah dari aspek...
ucapan awam
mencari sokongan
mencari tempat selamat
mengadakan jamuan
Baginda naik ke Bukit Safa dan mengajak masyarakat Mekah beriman kepada Allah, merupakan strategi dakwah dari aspek...
ucapan awam
mencari sokongan
mencari tempat selamat
mengadakan jamuan
Misi dakwah Rasullullah SAW bermula apabila turunnya ___________ daripada Allah SWT
perintah
hidayah
wahyu
arahan
Antara berikut yang manakah merujuk dakwah secara terang-terangan?
i- Dilakukan kepada kaum kerabat
ii- Dilakukan kepada individu
iii- Mengambil masa hampir 3 tahun
iv- Dilakukan kepada masyarakat awam
i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i dan iv
Kaum musyrikin cuba mempengaruhi ______________ agar menghalang usaha dakwah Rasulullah SAW.
Abdul Mutalib
Abu Talib
Abi Talib
Bilal bin Rabah
Berikut merupakan faktor kejayaan dakwah Rasulullah SAW kecuali
keunggulan akhlak Rasulullah SAW
kebijaksanaan Rasullullah SAW
kewajipan berdakwah
semangat jihad yang tinggi
Berikut adalah hikmah dakwah secara terus-terang KECUALI
agama Islam tersebar luas
kekayaan harta umat Islam meningkat
umat Islam berani menegakkan kebenaran.
penganut Islam bertambah mantap akidahnya.
Pilih pernyataan yang BUKAN mengenai hikmah dakwah secara rahsia.
Kedudukan Islam bertambah mantap
Ajaran Islam dapat disampaikan dan diterima tanpa gangguan.
Dapat menghindari penentangan secara terbuka daripada orang kafir Quraisy.
Memberi kejutan kepada masyarakat Arab yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang mereka.
Dua hikmah dakwah Nabi S.A.W secara sulit adalah ......... ?
Memantapkan aqidah umat Islam yang masih baru dengan ajaran Islam
Untuk memantapkan aqidah masyarakat arab yang belum memeluk agama Islam
Memastikan ajaran Islam dapat diterima tanpa gangguan
Untuk menjadikan negara Arab Saudi sebagai negara Islam
Apakah faktor penentangan kaum musyrikin dari segi agama?
berpegang kuat kepada semangat perkauman
berpegang kuat kepada kepercayaan nenek moyang
tidak mahu kehilangan kuasa
merasakan ekonomi mereka terjejas
Apakah faktor penentangan kaum musyrikin dari segi politik ?
berpegang kuat dengan kepercayaan nenek moyang
berpegang kuat kepada semangat perkauman
tidak mahu kehilangan kuasa
merasakan ekonomi mereka terjejas
