NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Beliau mendapat ________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.
hadiah
sumbangan
cenderamata
anugerah
Gambar-gambar itu disiarkan dengan __________ Jabatan Penerangan.
ehsan
ihsan
insan
perkenan
"Zarul kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung" kata Encik Haris kepada anaknya.
Menangguk di air keruh
Sebelum ajal berpantang mati
Sudah terhantuk baru tergadah
Menarik rambut di dalam tepung
Peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai bermaksud
Bersatu padu dalam segala hal
Bergotong-royong melakukan kerja
Ikatan yang kukuh adik-beradik
Persahabatan antara rakan sebaya
Bendahari Ali ____________ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.
menusukkan
menyisipkan
menyusupkan
menyarungkan
Apabila ________ peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
termangu
terngiang
terimbas
terkenang
Ibu membeli _________ petai untuk dijadikan ulam makan tengahari
secekak
selonggok
seikat
setangkai
Para penonton yang hadir terhibur ________ persembahan kumpulan nasyid itu.
oleh
dengan
akan
atas
Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.
menghempap
menghempas
menghenyak
menghimpit
Asma' amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja.
Keadaan ini diibaratkan
orang mengantuk disorongkan bantal
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan
pucuk dicita, ulam mendatang
pungguk merindukan bulan
Pilih ayat-ayat yang betul
I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam
II Encik Hamidon sangat sayang pada anak-anaknya
III Pemain itu dikatakan paling handal sekali
IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Fuad _______ motosikalnya yang rosak ke bengkel Ah Seng untuk dibaiki.
menarik
memapak
menuntun
menunggang
Sampah di tempat longgokan sampah itu berbau __________.
tengik amat
busuk sekali
hapak sungguh
hanyir sekali
Pegawai yang disyaki _________ itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
makan hati
makan gaji
makan suap
makan angin
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat ini mengandungi kesalahan. Tandakan D jika tiada kesalahan.
Rahimi bertanyakan kepada saya tentang arah ke rumah Azim.
bertanya saya
ditanyakan saya
bertanya kepada saya
bertanyakan kepada saya
Perabot yang dihasilkan ________ kayu jati itu lebih cantik dan tahan lebih lama.
dari
bagi
untuk
daripada
