wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IBADAH TG 5 KSSM:PERKAHWINAN

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep perkahwinan dalam Islam?

a)

Perkahwinan merupakan satu paksaan

b)

Perkahwinan merupakan satu ibadat

c)

Memilih keturunan yang kaya raya

d)

Perkahwinan untuk dibanggakan

2.

Maksud perkahwinan

a)

Suatu akad yang menggunakan lafaz nikah atau lafaz lain yang menunjukkan makna nikah yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.

b)

Suatu akad yang menggunakan lafaz nikah atau lafaz lain yang menunjukkan makna nikah

3.

Orang yang mampu sediakan nafkah zahir dan batin dan ada keinginan untuk berkahwin.


Hukum perkahwinan ini ialah....

a)

WAJIB

b)

SUNAT

c)

MAKRUH

d)

WAJIB

4.

Galakan perkahwinan dalam Islam adalah untuk____________________

a)

menjauhkan seseorang daripada maksiat

b)

hanya suka-suka

c)

menjauhkan diri darpada beribadat

d)

memenuhi keinginan nafsu semata

5.

Persediaan memilih calon sebelum berkahwin

mestilah seseorang itu___________

a)

mementingkan diri sendiri

b)

mempunyai rupa paras yang cantik

c)

sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah

d)

sorang yang kaya raya

6.

Nyatakan hukum bagi situasi berikut:

Zaidi seorang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin. Bolehkah beliau berkahwin?

a)

Harus

b)

Haram

c)

Makruh

d)

Wajib

7.
Hikmah disyariatkan perkahwinan seperti berikut kecuali:
a)
memupuk kasih sayang
b)
menjalinka hubungan silaturrahim
c)
menyemai ketenteraman
d)
menunjukkan kemegahan
8.

Berikut adalah pernyataan yang betul tentang hikmat perkahwinan dalam islam kecuali

a)

memupuk kasih sayang

b)

mendapat zuriat yang sah

c)

menyebabkan kemiskinan

d)

mententeramkan jiwa

9.

Seseorang itu haram berkahwin apabila

a)

tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin

b)

mampu menunaikan nafkah zahir dan batin berkeinginan tetapi tidak dikhuatiri terjerumus ke lembah maksiat

c)

tidak mempu memberi nafkah tetapi berikeinginan untuk berkahwin

d)

tidak mampu dari segi nafkah zahir atau batin atau diyakini melakukan kezaliman kepada pasangannya

10.

Muhammad Zahir mampu zahir dan batin serta bimbang terjerumus kepada perbuatan maksiat sekiranya tidak berkahwin. Hukum kahwin bagi beliau ialah ...

a)

harus

b)

sunat

c)

wajib

d)

makruh

11.

Seseorang yang ingin berkahwin tetapi tidak mampu menyediakan nafkah zahir dan batin kepada pasangan, maka digalakkan beliau .........

a)

bercinta

b)

berpuasa

c)

bertunang

d)

solat sunat

12.

Pilih pasangan yang tepat mengenai ciri wanita pilihan menurut hadis Rasulullah s.a.w

a)

Cantik-berharta-berwibawa-solehah

b)

Cantik-berpangkat-berharta-solehah

c)

Cantik-berharta-berketurunan-solehah

13.

Seseorang wanita haram dikahwini disebabkan hubungan penyusuan.


Antara syarat pengharaman hubungan tersebut ialah :

a)

umur kanak-kanak melebihi dua tahun

b)

wanita yang menyusukan itu telah berkahwin

c)

menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang

d)

mempunyai hubungan kekeluargaan

14.

Antara yang berikut yang manakah bukan hikmah walimatulurus?

a)

Melambangkan rasa kasih sayang antara suami isteri

b)

Menggambarkan kegembiraan atas ikatan perkahwinan

c)

Mengisytiharkan pasangan suami isteri yang sah

d)

Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah

15.

Pilih susunan wali nikah yang betul

a)

Bapa – Datuk – Bapa saudara sebelah ibu

b)

Bapa – Datuk – Saudara lelaki seibu sebapa

c)

Datuk – Bapa – Bapa saudara seibu sebapa

d)

Datuk – Bapa – Saudara lelaki sebapa

16.

· Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil perempuan sebagai isteri

· Pihak lelaki harus memberi hadiah kepada pihak perempuan


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

walimatulurus

b)

pernikahan

c)

mas kahwin

d)

meminang

17.

Tujuan utama perkahwinan perlu mengikut syariat Islam ialah untuk :

a)

memelihara maruah

b)

mendapat ganjaran pahala

c)

menjamin perkahwinan itu sah

d)

merapatkan hubungan silaturahim

18.

Mahar musamma ialah mahar yang diberi oleh suami kepada isteri mengikut persetujuan

a)

pihak keluarga suami

b)

kedua-dua pihak

c)

pihak keluarga isteri

d)

pihak pejabat agama Islam

19.

Perkara yang dilarang ketika walimatulurus ialah

a)

pertunjukan silat

b)

bermain kompang

c)

persembahan nasyid

d)

upacara tepung tawar

20.

Semua yang berikut adalah faktor wanita yang haram dikahwini selama-lamanya kecuali

a)

keturunan

b)

persaudaraan

c)

persemendaan

d)

penyusuan

21.

Merisik --> Q --> Akad --> R


Apakah proses Q dan R tersebut?

a)

Q- Nikah , R - Meminang

b)

Q- Nikah , R - Walimatul urus

c)

Q - Meminang , R - Nikah

d)

Q - Meminang , R - Walimatul urus

22.

Mahar ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri.

Mahar juga terbahagi kepada dua jenis, iaitu :

a)

Mahar Musamma & Mahar Nasab

b)

Mahar Musamma & Mahar Keturunan

c)

Mahar Misil & Mahar Musamma

d)

Mahar Misil & Mahar Nasab

23.

Manakah antara berikut, yang benar mengenai "Wali Mujbir"

a)

mereka yang diberi kuasa oleh Sultan/Pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali.

b)

mereka yang enggan mewalikan perempuan.

c)

mereka yang ingin berkahwin sendiri dengan perempuan itu.

d)

mereka yang berhak mengahwinkan anak perempuan tanpa persetujuannya.

24.

Antara yang berikut, yang manakah bukan Rukun Nikah?

a)

Suami

b)

Bapa

c)

Saksi

d)

Akad

25.

Melihat bakal isteri hukumnya ada HARUS dengan tujuan ?

a)

untuk mendapat ganjaran pahala

b)

untuk menghukum bakal isteri

c)

untuk mencari kecacatan bakal isteri

d)

untuk ketenangan bakal suami

26.

Pilih contoh lafaz ijab yang betul.

a)

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah binti Abdullah / berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".

b)

"Aku nikahkan dikau dengan berwakilkan wali bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".

c)

"Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .

d)

"Aku terima nikah wanita itu dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .

27.

· Sebagai persediaan pertama suami untuk memikul tanggungjawab.

· Melahirkan keikhlasan suami dan isteri atas perkongsian hidup.


Pernyataan di atas merujuk kepada hikmah ?

a)

Meminang

b)

Merisik

c)

Mahar

d)

Walimatul Urus

28.

Perempuan manakah yang termasuk dalam golongan yang haram dikahwini selama-lamanya?

a)

perempuan bukan Islam

b)

isteri yang ditalak tiga

c)

ibu saudara isteri

d)

ibu mentua

29.

Dua perkara yang perlu dijaga dalam tempoh pertunangan adalah

a)

menziarahi keluarga tunangan untuk berkenalan

b)

membuat persiapan untuk majlis perkahwinan

c)

menutup aurat kerana masih ajnabi

d)

menjaga batas pergaulan

30.

Apakah hukum melihat bakal isteri menurut Imam As-Syafei?

a)

Wajib

b)

Sunat

c)

Harus

d)

Makruh