wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DESTINASI IMPIAN

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara berikut merupakan tema novel Destinasi Impian?

a)

Keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan

b)

Pertelingkahan antara abang dengan adik

c)

Konflik seorang remaja yang mempunyai cabaran dalam hidup

d)

Sikap suka merendahkan kebolehan orang lain

2.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, kecuali :

a)

Persoalan tentang kesanggupan menyahut cabaran

b)

Persoalan tentang sikap tidak bertanggungjawab seorang abang

c)

Persoalan tentang kasih sayang antara ibu dan anak

d)

Persoalan tentang semangat perjuangan yang tinggi

3.
Antara berikut, yang manakah merupakan permulaan cerita Destinasi Impian?
a)
Terdapat pelbagai halangan semasa kayuhan Firdaus, Azlina dan Johari
b)
Johari, Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib
c)
Firdaus berjaya menamatkan kayuhan dan disambut oleh rakan-rakannya
d)
Firdaus lemas di laut dan insaf dengan sikap buruknya
4.
Siapakah watak utama novel Destinasi Impian?
a)
Azlina
b)
Firdaus
c)
Johari
d)
Mazlinda
5.
Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, kecuali :
a)
Masyarakat yang gemar membaca
b)
Masyarakat yang tegas
c)
Masyarakat yang membela haiwan perliharaan
d)
Masyarakat yang prihatin
6.
Nyatakan gaya bahasa bagi penyataan berikut:
Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air mengembang seluas-luasnya dalam hatiku.
a)
Hiperbola
b)
Simile
c)
Metafora
d)
Sinkope
7.
Yang manakah antara berikut bukan nilai yang terdapat dalam novel Destinasi Impian?
a)
Nilai cinta akan bahasa kebangsaan
b)
Nilai cintakan haiwan peliharaan
c)
Nilai keberanian
d)
Nilai semangat setia kawan
8.

Berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam novel Destinasi Impian, kecuali :

a)

Kita haruslah insaf atas kesalahan yang kita lakukan

b)

Bercakap bohong memudaratkan diri

c)

Kita janganlah menghina sesama sendiri

d)

Kita janganlah berdendam terutamanya antara adik-beradik

9.
Siapakah watak yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar?
a)
Mazlinda
b)
Azlinda
c)
Firdaus
d)
Azlina
10.
Berikut merupakan perwatakan bagi watak Firdaus kecuali?
a)
Seorang yang Suka berdendam
b)
Seorang yang Selalu dimanjakan
c)
Seorang yang tegas
d)
Seorang yang cepat marah apabila kepenatan
11.
Yang manakah antara berikut merupakan klimaks / puncak novel Destinasi Impian?
a)
Firdaus berjaya menamatkan kayuhan dan disambut oleh rakan-rakan
b)
Johari, Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk membuat kayuhan sehingga ke Pantai Morib
c)
Terdapat pelbagai halangan semasa kayuhan termasuklah sikap Firdaus yang mudah berputus asa
d)
Firdaus lemas di laut dan insaf dengan sikap buruknya terhadap adik dan rakan-rakannya.
12.
Nyatakan gaya bahasa bagi kenyataan berikut :
Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi.
a)
Metafora
b)
Sinkope
c)
Simile
d)
Hiperbola