NEW
Font size
WorksheetsBIJAK URUS WANG
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Zali berhasrat untuk membeli set catur yang berharga RM135. Namun, wang yang disimpan oleh beliau masih belum mencukupi. Apakah cara yang betul yang boleh beliau guna untuk membolehkan beliau membeli set catur itu?
Berbelanja dengan boros.
Membeli barangan lain tanpa menyimpan.
Memberi wang simpanan beliau kepada rakan-rakan.
Mengambil upah mencuci kereta.
Jika Zali berjaya menyimpan RM45 sebulan, berapa bulankah Zali akan berjaya untuk membeli set catur ini?
2 bulan
3 bulan
4 bulan
5 bulan
Chong Wei ada RM45 di dalam saku. Beliau berhasrat untuk membeli raket badminton namun wang beliau tidak mencukupi. Jadi beliau berhutang dengan Cikgu Radzwan untuk membeli raket tersebut.
Adakah ianya langkah yang betul bagi Chong Wei?
BETUL
SALAH
Berikut adalahkepentingan rekod simpanan dan perbelanjaan kecuali
Elak berhutang
Kawal belanja berlebihan
Simpan wang untuk masa depan
Boleh beli semua barang yang kita suka
- Upah jual kuih
- Upah cuci kereta
- Jual barangan terpakai
Adakah perkara-perkara yang tersenarai di atas merupakan cara-cara untuk mengumpulkan wang dengan lebih banyak?
Ya
Tidak
Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan seseorang itu membuat rekod simpanan dan perbelanjaan?
Mengawal perbelanjaan
Mengutamakan kehendak
Mengelakkan berhutang
Menyimpan wang untuk masa hadapan
Berikut adalah cara-cara untuk menyimpan wang yang betul KECUALI
Pnjaman wang
Simpanan bank
Simpanan Tabung pendidikan
Menabung wang
Intan ingin membeli set mewarna berharga RM25. Wang yang ada tidak mencukupi.
Apakah yang perlu dilakukan oleh Intan untuk membeli set mewarna terebut?
Menjual barang kesayangan abangnya
Menyimpan sebahagian wang saku sekolahnya
Memecahkan tabung kakaknya
Memaksa ibunya membeli set tersebut
Lisa ingin menyimpan sebahagian wang saku yang diberikan oleh ibunya untuk belanja di sekolah.
Apakah cara yang betul untuk dia menjimatkan perbelanjaan wang sakunya?
Membelanja kawannya
Membawa bekal dari rumah
Membeli hiasan buku
Membeli permainan selepas pulang sekolah
Ibu memberi Lisa wang saku sebanyak RM5 ke sekolah. Jika dia membeli nasi lemak berharga RM2.00 dan air soya berharga RM1.20, berapakah wang saku yang dapat disimpan oleh Lisa?
RM1.80
RM2.80
RM3.00
RM3.20
