wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1: PENGENALAN KEPADA KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Total questions: 25

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Komputer boleh dikategorikan dengan TEPAT sebagai___________

a)

Satu alatan elektronik yang mengurus proses kemasukan data dan pengeluaran maklumat

b)

Satu alatan elektronik yang menyimpan secara sementara data dan arahan program semasa pemprosesan

c)

Satu alatan elektronik yang boleh memasukkan data, memproses, menyimpan dan mengeluarkan semula data serta boleh diprogramkan dengan arahan-arahan

d)

Satu alatan elektronik yang boleh menterjemah kod asal kepada kod mesin

2.

Bahasa mesin menggunakan angka__________

a)

0 sahaja

b)

0 dan 1 sahaja

c)

1 dan 2 sahaja

d)

0 hingga 9 sahaja

3.

Sebuah komputer mengandungi banyak komponen elektrik, elektronik dan mekanikal yang dikenali sebagai____________

a)

Perisian

b)

Penyimpanan

c)

Output

d)

Perkakasan

4.

Yang manakah di antara berikut tergolong di dalam kategori peranti input?

a)

Keyboard, mouse, monitor

b)

Mikrofon, speaker, mouse

c)

Mikrofon, speaker, CPU

d)

Mouse, joystick, keyboard

5.

Yang manakah di antara berikut tergolong di dalam kategori perkakasan output?

a)

Mikrofon, speaker, mouse

b)

Mouse, joystick, keyboard

c)

Projektor LCD, speaker, printer

d)

Keyboard, mouse, monitor

6.

Joystick yang biasanya digunakan di dalam permainan komputer boleh dikategorikan sebagai ____________ kepada komputer.

a)

Input

b)

Perisian

c)

Output

d)

Pemprosesan

7.

_____________ adalah koleksi bahan yang belum diproses seperti teks, nombor, imej, audio.

a)

Data

b)

Output

c)

Maklumat

d)

Input

8.

Transistors adalah ciri-ciri komputer untuk generasi____________

a)

Pertama

b)

Kedua

c)

Ketiga

d)

Keempat

e)

Kelima

9.

"Kelajuan komputer ini diukur dalam unit nanoseconds". Apakah jenis komputer yang bersesuaian dengan kenyataan tersebut?

a)

Komputer Masa Hadapan

b)

Komputer Super

c)

Kerangka Utama (Mainframe)

d)

Stesyen Kerja

e)

Komputer Mini

10.

“Komputer generasi ini mula menggunakan sistem pengoperasian”. Komputer generasi yang manakah bersesuaian dan tepat dengan kenyataan tersebut?

a)

Generasi pertama

b)

Generasi kedua

c)

Generasi ketiga

d)

Generasi keempat

e)

Generasi kelima

11.

PC atau komputer peribadi adalah merujuk kepada _________

a)

Komputer Mini

b)

Komputer Mikro

c)

Kerangka Utama

d)

Stesyen Kerja

12.

Teknologi maklumat dan komunikasi didefinisikan sebagai___________yang menggunakan teknologi terkini sebagai alat untuk berhubung di antara satu sama lain

a)

Komunikasi

b)

Teknologi

c)

Peralatan

d)

Perkakasan

13.

Berikut merupakan perkakasan komputer KECUALI___________

a)

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

b)

Memori

c)

Pembesar suara

d)

Program komputer

14.

“Set arahan elektronik yang mengarahkan supaya sistem komputer untuk beroperasi dan melaksanakan sesuatu tugasan yang dikehendaki”. Pernyataan tersebut merujuk kepada____________

a)

Perkakasan (hardware)

b)

Perisian (software)

c)

Input

d)

Output

15.

Perisian sistem pengoperasian (operating system) memainkan peranan yang penting dalam sesebuah komputer kerana_____________

a)

Membolehkan komputer berfungsi dengan mudah, pantas dan menjimatkan masa

b)

Ia menghubungkan perisian aplikasi dengan komputer dan membantu menguruskan sumber dalaman dan luaran

c)

Mengelakkan komputer terlebih muatan dan dapat menyimpan dengan ruang storan yang lebih besar

d)

Mengenalpasti keperluan komputer dari segi spesifikasi peralatan dan perisian yang digunakan

16.

Manakah di antara berikut BUKAN contoh sistem pengoperasian?

a)

Windows

b)

Apple

c)

Android

d)

Linux

17.

DOS adalah sistem pengoperasian yang dipasang untuk komputer peribadi. Apakah nama penuh untuk DOS?

a)

Digital Operating System

b)

Disk Operating System

c)

Desktop Operating System

d)

Desktop One System

18.

Berikut adalah contoh mobile operating system kecuali_____________

a)

Android

b)

iOS

c)

Mac OS

d)

Windows Phone

19.

Disk Cleanup dan Disk Defragmenter merupakan contoh bagi perisian___________

a)

Sistem Pengoperasian

b)

Utiliti

c)

Aplikasi

d)

Aplikasi Web

20.

Disk Cleanup adalah untuk_____________

a)

Menyusun semua fail dan ruang yang tidak digunakan

b)

Menyalin fail ke medium storan yang lain

c)

Mencari dan membuang fail yang tidak perlu

d)

Mencari fail dalam komputer berdasarkan kriteria yang ditentukan

21.

Perisian _________ terdiri daripada program-program yang direka untuk membuat pengguna lebih produktif dan / atau membantu mereka dengan tugas-tugas peribadi

a)

Pengoperasian

b)

Aplikasi

c)

Utiliti

d)

Sistem

22.

“Perisian aplikasi ini berupaya menghasilkan pelbagai jenis dokumen seperti memo, surat, minit mesyuarat, dokumen, carta, gambarajah dan lain-lain”. Pernyataan tersebut merujuk kepada ___________

a)

Microsoft Powerpoint

b)

Microsoft Excel

c)

Microsoft Word

d)

Microsoft Project

23.

Perisian berikut merupakan contoh perisian aplikasi KECUALI_________

a)

Adobe Photoshop

b)

Yahoo Messenger

c)

Antivirus

d)

Microsoft Office

24.

Berikut merupakan contoh peranti komunikasi KECUALI___________

a)

Kamera Digital

b)

Radio

c)

Pembesar Suara

d)

Modem

25.

Berikut adalah ciri-ciri komputer yang telah dijangkiti virus kecuali___________

a)

Files menjadi rosak (corrupted)

b)

Sistem operasi berjalan lebih laju daripada biasa

c)

Sistem operasi ditutup secara tiba-tiba

d)

Memori yang tersedia adalah kurang daripada yang dijangkakan