WorksheetsULANGKAJI - ( BAB 1 - BAB 4 ) buku teks ms 2 - 65
Total questions: 50
Worksheet time: 8hrs 20mins
"Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina"
Kenyataan di atas daripada siapa ? ms 4-5
Alfred Russel Wallace
Profesor Dr. Ding Choo Ming
Abdul Hadi Haji Hassan
Konsep Alam Melayu boleh dilihat dari sudut geografi, bahasa dan (a) . ms 4
Pusat kerajaan Alam Melayu ini bermula di SUNGAI MAS DAN PANGKALAN BUJANG.
Kerajaan apakah yang lahir di lokasi tersebut ? ms 8
Kerajaan Kedah Tua
Kerajaan Gangga Nagara
Kerajaan Funan
Kerajaan Champa
Apakah nama binaan yang terdapat dalam gambar di atas ? ms 11
Candi Borobudur
Candi Angkor wat
Candi Angkor Thom
Candi Muara Jambi
Kerajaan Alam Melayu yang diasaskan oleh Jayavarman II ialah _______ ms 10
Kerajaan Angkor
Kerajaan Funan
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Champa
Penemuan candi dalam gambar di atas telah membuktikan kewujudan kerajaan Alam Melayu.
Dalam kerajaan manakah candi tersebut ditemui ? ms 13
Kedah Tua
Gangga Nagara
Majapahit
Funan
"Empayar Rom, Empayar Parsi, Empayar Kushan, Dinasti Han"
Apakah kerajaan yang sezaman dengan kerajaan di atas ? ms 14
Mongol
Champa
Funan
Majapahit
Bangunan di atas dapat dikaitkan dengan kerajaan luar yang wujud sezaman dengan kerajaan Alam Melayu.
Dalam kerajaan manakah bangunan tersebut boleh ditemui ? ms 15
Empayar Rom
Empayar Byzantine
Kerajaan Kedah Tua
Kerajaan Majapahit
Agama yang dikaitkan dengan gambar di atas ialah agama _______
Islam
Hindu
Kristian
Buddha
Dimanakah pusat kerajaan Angkor dalam kerajaan Alam Melayu ? ms 8
Indrapura
Vyadhapura
Hariharalaya
Kota Trowulan
Tujuan Kerajaan Majapahit menjalinkan hubungan dengan China adalah untuk ____ ms 18
menjalinkan hubungan persahabatan
memperkukuh hubungan perdagangan
memulihkan hubungan selepas perang
mmperkukuh hubungan keagamaan
Antara kerajaan Alam Melayu yang menjalinkan hubungan dengan kerajaan India ialah ____
ms 19
Pilih dua jawapan
Angkor
Kedah Tua
Funan
Champa
Sistem pemerintahan yang teratur dengan susunan kuasa raja di puncak pemerintahan dan dibantu oleh pembesar pusat dan wilayah telah mewujudkan kestabilan di alam Melayu. ms 27
Apakah nilai yang kita boleh kaitkan dengan pernyataan di atas ?
Menghargai
Kebijaksanaan
Baik hati
Bekerjasama
Pemerintahan kerajaan Funan dibahagikan kepada pusat dan wilayah.
Ketua setiap wilayah terdiri daripada putera raja yang digelar ____ ms 26
Rajakumara
Datu keturunan raja
Indrapura
Raja Kecil
Inskripsi Telaga Batu yang ditemui di Kerajaan Srivijaya menunjukkan tentang ____ ms 26
senibina masyarakat kerajaan Srivijaya
kekuatan raja-raja Srivijaya
sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya
batu bersurat yang ditemui dalam kerajaan Srivijaya
Raja dalam pemerintahan Kerajaan Majapahit dibantu oleh Sapta Prabu dan pembesar.
Siapakah Sapta Prabu ? ms 27
Pilih dua jawapan
Majlis Penasihat Diraja
Wanita kerabat diraja
Raja Muda
Putera Mahkota
Tugas para pembesar dalam Kerajaan Champa ialah mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan. ms 26
BETUL
SALAH
Peranan Ketua dalam Kerajaan Kedah Tua ialah mengutip cukai dan menyebarkan agama Buddha. ms 27
BETUL
SALAH
Raja-raja Funan menggunakan pelbagai gelaran.
Antara gelaran-gelaran tersebut ialah ____ ms 26
Pilih dua jawapan
Rajadhiraja
Kurung Bnam
Maharaja
Bodhisattva
Maksud PRATIYUVARAJA dalam kerajaan Srivijaya ialah ___ ms 26
ANAK RAJA
PUTERA MAHKOTA
RAJA MUDA
ANAK ANGKAT RAJA
Antara berikut adalah bentuk pemerintahan Kerajaan Srivijaya di peringkat wilayah. Apakah wilayah-wilayah tersebut ? ms 26
I KAWADANAN
II PAKUWUAN
III KEDATUAN
IV PRADATUAN
I DAN II
II DAN III
III DAN IV
I DAN IV
Raja-raja Angkor menggunakan gelaran yang mengaitkan raja sebagai dewa. ms 27
Apakah gelaran tersebut ?
Yuvaraja
Rajadhiraja
Dewaraja
Cakravatin
Pemerintahan dalam kerajaan Angkor dibahagikan kepada pemerintahan pusat dan wilayah. ms 27
Pada peringkat wilayah, Angkor dibahagikan kepada berapa wilayah ?
DUA WILAYAH
EMPAT WILAYAH
TUJUH WILAYAH
14 WILAYAH
Gelaran bagi raja-raja di Majapahit adalah seperti berikut KECUALI ms 27
RAJA DI GUNUNG
MAHARAJA
SRI MAHARAJA
SRI BATHARA
Siapakah antara berikut yang menjadi pembantu raja dalam pentadbiran kerajaan Majapahit ? ms 27
I PERMAISURI
II PEMBESAR
III ANAK RAJA
IV SAPTA PRABU
I DAN II
I DAN II
II DAN IV
II DAN III
Apakah peranan Raja dalam kerajaan Gangga Nagara ? ms 27
MEMUNGUT CUKAI
MEMBANGUNKAN KEMAJUAN PERDAGANGAN
MENJAGA KEAMANAN
MELUASKAN WILAYAH
Antara kerajaan berikut, yang manakah merupakan sebahagian wilayah kerajaan Srivijaya ? ms 27
KERAJAAN MAJAPAHIT
KERAJAAN KEDAH TUA
KERAJAAN ANGKOR
KERAJAAN GANGGA NAGARA
Berikut ialah wilayah dalam kerajaan Majapahit KECUALI____ ms 27
KEBUYUTAN
PAKUWUAN
KAWADANAN
SAPTA PRABU
Nilai serumpun yang wujud dalam kalangan masyarakat Alam Melayu ialah ...
GOTONG ROYONG
KEMATANGAN PEMIKIRAN
KEUSAHAWANAN
PERMAINAN WAYANG KULIT
Maklumat berikut berkaitan dengan kegiatan pertanian dalam kerajaan Alam Melayu. ms 28
KERAJAAN FUNAN
KERAJAAN CHAMPA
KERAJAAN ANGKOR
Apakah persamaan bagi kerajaan tersebut dalam kegiatan pertanian?
Mendapat bekalan air dari Tasik Tonle Sap
Tempoh menuai padi sebanyak tiga kali setahun
Mempunyai Ketua Air di setiap kampung
Mempunyai tangki menyimpan air
Baray merupakan tempat _____ ms 28
simpanan air buatan manusia seperti kolam
takungan air semulajadi yang menyerupai tasik
takungan air untuk kegunaan raja dan bangsawan
simpanan air semulajadi yang digunakan manusia
Antara berikut yang manakah barangan yang dibawa oleh pedagang China ? ms 31
Gaharu
Rempah
Manik
Sutera
Gambar di atas berkaitan dengan hasil laut.
Apakah kelebihan hasil laut dalam gambar tersebut? ms 32
Pilih dua jawapan.
Makanan
Perhiasan
Pewangi
Perubatan
Maklumat berikut berkaitan dengan tanggungjawab rakyat kepada negara. ms 33
'MASYARAKAT KERAJAAN CHAMPA MENGUSAHAKAN PEMBUATAN CUKA KELAPA.'
Apakah nilai yang dapat dicontohi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kepada negara?
Inovatif mengubah idea asal
Kreatif dalam mencipta
Tabah menghadapi cabaran
Menghargai alam sekitar
Penemuan inskripsi bertarikh abad keenam yang ditulis oleh Raja Sambhuvarman membuktikan kerajaan Champa telah menggunakan tulisan ____ ms 40
Kawi
Palava
Jawi
Hu
Apakah kepentingan penemuan batu bersurat? ms 40
Alat komunikasi utama
Bukti kegiatan persuratan awal
Perkembangan bidang perundangan
Simbol keunikan kerajaan Alam Melayu
Mengapakah bahasa dan tulisan penting kepada perkembangan masyarakat Alam Melayu sehingga ke hari ini? ms 43
Pilih dua jawapan
Alat komunikasi utama
Bahasa rasmi
Sumber rujukan dan dokumentasi
Kemegahan masyarakat lampau
Antara bahasa pengaruh asing dari Parsi yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ____ ms 43
Pilih 3 jawapan
bhasa (bahasa)
khusti (gusti)
lashkar (askar)
anggur (anggur)
Karya epik yang banyak mengisahkan perjuangan pahlawan Islam telah diterjemahkan ke bahasa Melayu.
Antara karya epik tersebut ialah _____ ms 45
Pilih dua jawapan
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Hikayat Seri Rama
Hikayat Amir Hamzah
Hikayat Nabi Yusof
Pernyataan 'Suatu seni mereka bentuk sesebuah binaan yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu' merujuk kepada maksud (a) ( taip satu perkataan sahaja ) ms 46
Pernyataan berikut berkaitan dengan peranan sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu. ms 49
X - Golongan pemerintah
Y - Golongan diperintah
Antara berikut yang manakah termasuk golongan Y dalam struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu ?
Pilih dua jawapan.
pedagang
pujangga
artisan
ilmuwan
Pilih maksud konsep kepercayaan awal masyarakat Alam Melayu yang betul dalam pilihan jawapan dibawah. ms 56
Pilih dua jawapan.
Animisme - setiap makhluk mempunyai mana
Animisme - Kepercayaan terhadap makhluk halus
Dinamisme - penyembahan roh
Dinamisme - Kepercayaan terhadap kekuatan
Agama Islam tiba di Alam Melayu mulai abad ke tujuh.
Penyebaran agama Islam datang dari negara ____ ms 57
Pilih dua jawapan
Arab
China
Champa
Pasai
Maklumat berikut berkaitan dengan agama dalam kerajaan Alam Melayu. ms 59
Kerajaan Majapahit telah mengamalkan aliran TRIPAKSA yang menyatukan aliran dalam agama Hindu dan Buddha.
Siapakah yang memperkenalkan aliran TRIPAKSA ?
Jayavarman VII
Fan Shih Man
Hayam Wuruk
Merah Silu
Antara ciri-ciri pemilihan raja mengikut sistem pemerintahan beraja dalam kerajaan Alam Melayu ialah _____ ms 60
Pilih dua jawapan.
Pemilihan berasaskan keturunan
Rakyat tidak boelh mengingkari Raja
Wanita dan tentera boleh dilantik sebagai Raja
Raja mesti menggunakan gelaran varman
Gelaran Sultan mula digunakan dalam sistem pemerintahan Alam Melayu ketika _____ ms 60
Awal pemerintahan
Semasa kedatangan agama Buddha
Sebelum pengaruh Hindu
Setelah kedatangan Islam
Pemerintah yang bijaksana akan memilih lokasi yang strategik sebagai pusat pemerintahan, petempatan dan pelabuhan iaitu di pesisiran pantai atau lembah sungai. ms 61
Mengapakah pemerintah Alam Melayu memilih lokasi tersebut?
Mudah mengirimkan utusan kerajaan
Mendapatkan bantuan ketenteraan
Memperkembangkan kegiatan pertanian
Kelangsungan hubungan antara kerajaan
Pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik bagi menjamin kemakmuran kerajaan. ms 61
Apakah bentuk hubungan diplomatik yang dijalinkan antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan luar ?
Pilih dua jawapan
Hubungan perdagangan
Perkahwinan
Hubungan persahabatan
Hubungan dua hala
Soalan ini berkaitan dengan maklumat pelabuhan kerajaan Alam Melayu. ms 62
BERPERANAN SEBAGAI PENGUMPUL DAN PENGENDALI BARANG.
Pelabuhan yang mempunyai ciri-ciri diatas ialah pelabuhan (a) . ( Taip satu perkataan sahaja)
Antara berikut ialah keunikan warisan kerajaan Alam Melayu dalam amalan beragama.
Bukti kewujudan keunikan warisan dalam amalan beragama ialah _____ ms 64
Pilih tiga jawapan
Kewujudan candi sebagai pusat ibadat
Pembinaan pondok atau madrasah yang diteruskan hingga hari ini
Kewujudan tulisan jawi yang disesuaikan dengan huruf-huruf Arab
Sifat toleransi dan sikap terbuka masyarakat Alam Melayu
