wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sirah Nabawiah (SIRI 3)

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama peperangan yang berlaku beberapa hari selepas pembukaan Kota Makkah?

a)

Ghazwah Hunain

b)

Ghazwah Tabuk

c)

Ghazwah Badar

d)

Ghazwah Khaibar

2.

Berikan maksud sebenar ‘perang di jalan Allah’.

a)

jihad untuk mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk.

b)

jihad untuk merealisasikan kebaikan, kesejahteraan, ketinggian dan keadilan dalam masyarakat.

c)

jihad untuk membunuh manusia yang tidak mengikut perintah Allah.

d)

jihad untuk memastikan semua manusia di dunia ini menganut agama Islam.

3.

Berikut merupakan antara situasi negatif yang berlaku kepada para sahabat selepas mendengar berita kewafatan Nabi Muhammad S.A.W., iaitu

a)

Ada sahabat yang membunuh diri.

b)

Ada sahabat yang murtad.

c)

Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak.

d)

Ada sahabat yang mencederakan orang lain.

4.

Antara berikut, ayat Al-Quran yang telah dibacakan oleh Saidina Abu Bakar yang menyedarkan para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah wafat ialah

a)

Surah Ali Imran : 114

b)

Surah Ali Imran : 124

c)

Surah Ali Imran : 134

d)

Surah Ali Imran : 144

5.

Semua perkara berikut adalah benar tentang Hajjatul Wada KECUALI

a)

Sangat ramai manusia yang hadir bersama Rasulullah S.A.W.

b)

Nabi mengumumkan senarai 10 sahabat yang dijanjikan masuk syurga.

c)

Manusia dari segenap pelusuk Semenanjung Tanah Arab hadir.

d)

Khutbah ini merupakan yang terakhir disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.

6.

Yang manakan antara berikut BUKAN merupakan pengajaran dalam Perang Tabuk?

a)

Dakwah dan bangsa hanya tertegak dan bangkit melalui pembersihan saf-safnya daripada golongan munafik.

b)

Keimanan akan mendorong kepada kebaikan dan melawan hawa nafsu.

c)

Pengingkaran terhadap arahan pemimpin semasa peperangan akan mendatangkan keburukan kepada seluruh pasukan.

d)

Peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk mempertahankan agama dan negara daripada gangguan musuh.

7.

Penyataan manakah yang benar tentang padanan berikut?

a)

Berhala Manat – diagungkan oleh semua Arab dan Quraisy

b)

Berhala al-Lat – diagungkan Quraisy dan Arab

c)

Berhala al-Uzza – diagungkan oleh orang Arab sahaja

d)

Berhala al-Lat – diagungkan oleh Kaum Aus dan Khazraj

8.

Rasulullah S.A.W. tidak memberikan apa-apa harta rampasan Perang Hunain pun kepada kaum Ansar. Maka, perkara ini telah memberikan beberapa teladan KECUALI

a)

Keputusan Nabi Muhammad S.A.W. memberikan agihan rampasan perang lebih kepada mereka yang baru memeluk Islam berbanding tentera lain menujukkan kecerdikan Baginda.

b)

Tindakan Nabi Muhammad S.A.W. mengumpulkan dan meredakan rasa terkilan orang Ansar membuktikan kebijaksanaan politik dan kelembutan akhlak Baginda.

c)

Reaksi orang Ansar setelah mendengar ucapan Nabi Muhammad S.A.W. merupakan contoh kejujuran iman dan kehalusan jiwa yang baik.

d)

Orang Ansar berasa mereka dipinggirkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

9.

Berapakah bilangan yang terlibat bersama Rasulullah S.A.W. dalam Ghazwah Hunain?

a)

12000 orang

b)

11000 orang

c)

10000 orang

d)

9000 orang

10.

Ketika orang Islam dalam perjalanan ke medan pertempuran sebahagian mereka

berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah buatkan untuk kami Zat Anwat

sebagaimana mereka (orang musyrik) mempunyai Zat Anwat". Apakah maksud Zat Anwat?

a)

Nama gelaran kawasan yang dijadikan tempat untuk menggantung senjata-senjata oleh orang

Musyrik

b)

Nama gelaran pokok yang dijadikan tempat untuk menggantung senjata-senjata dan berteduh oleh orang

Musyrik

c)

Nama gelaran bangunan yang dijadikan tempat untuk menggantung senjata-senjata oleh orang Musyrik

d)

Nama gelaran haiwan yang dijadikan tunggangan oleh orang Musyrik