wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PIALA DEKAN ( BAHAGIAN 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Peningkatan jumlah pengangguran di Malaysia menyebabkan Bank pusat telah …………. bagi mengurangkan jumlah pengangguran.

a)

meningkatkan kadar bunga semalaman

b)

meningkatkan kadar diskaun

c)

menjual surat jaminan kerajaan

d)

menurunkan nisbah rizab berkanun

2.

Apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, apakah jenis pengangguran yang masih wujud?

a)

pengangguran teknologi

b)

pengangguran bermusim

c)

pengangguran geseran

d)

pengangguran kitaran

3.

Sebuah kilang yang baru beroperasi hanya memerlukan 3000 orang pekerja baharu namun jumlah pekerja yang layak adalah sebanyak 8000 orang. Apakah Masalah ekonomi dalam situasi di atas ialah?

a)

kekurangan

b)

kehendak yang terhad

c)

pilihan

d)

sumber ekonomi yang tidak terhad

4.

Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapatan individu.


Encik Amin memperoleh pendapatan sebanyak RM4500 setiap bulan. RM1000 daripada jumlah gajinya telah diberikan kepada isterinya pada setiap bulan untuk tujuan perbelanjaan keluarga.


Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh isteri Encik Amin?

a)

Faedah

b)

Faedah sampingan

c)

Bayaran pindahan

d)

Upah

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan yang diperoleh oleh Puan Mahani.

Puan Mahani bekerja sebagai seorang kerani dengan jumlah gaji yang diterima setiap bulan adalah sebanyak RM2500. Beliau juga merupakan penerima BSH sebanyak RM1200 dan menggunakannya sebagai modal untuk menjalankan perniagaan kuihnya. Kos pengeluaran kuih adalah sebanyak RM1000 dengan margin keuntungan sebanyak 30%.


Berapakah jumlah pendapatan produktif beliau pada bulan tersebut?

a)

RM 2530

b)

RM 2800

c)

RM 3100

d)

RM 3500

6.

Berikut ialah persamaan permintaan (Qd) dan persamaan penawaran (Qs) bagi suatu barang.

Qd = 240 – 10P

Qs = 80 + 10P


Dengan P ialah harga (RM)


Dasar pemberian subsidi kerajaan sebanyak RM4.00 per unit keluaran akan menyebabkan?

a)

harga jatuh sebanyak RM2.

b)

harga jatuh sebanyak RM6.00

c)

kuantiti meningkat sebanyak 160 unit

d)

kuantiti meningkat sebanyak 180 unit

7.

Kenapa kursus latihan industri gagal memberikan nilai tambah kepada pekerja teknikal taraf rendah atau sederhana yang hilang pekerjaan semasa PKP?

a)

Kursus yang ditawarkan mengenakan kos yang tinggi

b)

Kursus ini lebih menumpukan lepasan SPM

c)

Kursus tidak dapat disebarkan dengan lebih meluas

d)

Kursus yang ditawarkan lebih tertumpu kepada kursus tahap permulaan

8.

Apakah kesan pengangguran kepada Pendapatan Ekonomi Negara?

a)

Sektor Cukai berkurangan

b)

Sektor Primer berkurangan

c)

Sektor perindustrian berkurangan

d)

Sektor perkhidmatan berkurangan

9.

Program apakah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu majikan yang terjejas agar dapat memberi peluang pekerjaan?

a)

Program Insentif Pencarian Pekerja

b)

Program Pengambilan Pekerja

c)

Program Insentif Pengambilan Pekerja

d)

Program Insentif Penawaran Pekerjaan

10.

Pelaksanaan PKP menyebabkan banyak syarikat mengamalkan "work from home" maka generasi apakah yang mudah sesuaikan diri pada situasi tersebut?

a)

Generasi X

b)

Generasi Y

c)

Generasi Z

d)

Kesemuanya

11.

Apakah pendekatan 6R yang digunakan dalam pelan pemulihan ekonomi untuk memperkasa sektor pekerjaan?

a)

Ketegasan, Menguatkan, menjana semula, pemulihan memperkasa dan menyusun semula

b)

Ketegasan, ketahanan, pembangunan semula, pemulihan, memperkasa dan menyusun semula

c)

Ketegasan, ketahanan, pembangunan semula, Pembaikan, memperkukuhkan dan menyusun semula

d)

Ketegasan, ketahanan, menjana semula, pemulihan, memperkasa dan menyusun semula

12.

Mengapakah Program Selangor Kerjaya merupakan situasi menang-menang untuk pihak tenaga kerja, majikan dan kerajaan negeri?

a)

Program ini akan melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi serta dapat merangsang ekonomi di Selangor dengan membantu industri meningkatkan lagi pengeluaran dengan kos yang rendah.

b)

Program ini melahirkan ramai tenaga kerja yang mahir dengan teknologi dalam pada masa yang sama memangkin dalam industri bernilai tinggi.

c)

Program ini akan melahirkan ramai tenaga kerja berkemahiran abad ke-21 dan merangsang ekonomi Selangor melalui aliran pendapatan baharu serta pemangkin dalam industri bernilai tinggi

d)

Program ini melahirkan pekerja yang mempunyai kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak Industri.

13.

Dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor, alam pekerjaan dikategorikan dalam pasaran apakah?

a)

Pasaran Faktor

b)

Pasaran Buruh.

c)

Pasaran Tenaga Kerja.

d)

Faktor Pengeluaran.

14.

Negara Malaysia telah membuat pengiraan pendapatan negara untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan tindakan yang telah dilakukan untuk meningkatkan peluang pekerjaan namun terdapat masalah yang biasa dihadapi untuk mengira pendapatan tersebut.

Apakah masalah tersebut?

a)

Masalah pengumpulan data dan maklumat

b)

Masalah mendapatkan maklumat

c)

Masalah terlalu banyak data dan maklumat

d)

Masalah mendapat data dan maklumat yang kurang tepat

15.

Dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi firma memberi bayaran kepada isi rumah sebagai ganjaran kerana telah menawarkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Apakah pendapatan yang diperoleh oleh isi rumah?

a)

Pendapatan faktor

b)

Pendapatan persendirian

c)

Pendapatan boleh guna

d)

Upah dan Gaji

16.

Perbelanjaan apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran yang telah berlaku akibat Covid-19?

a)

Perbelanjaan Kerajaan

b)

Perbelanjaan Mengurus

c)

Perbelanjaan Pembangunan

d)

Belanjawan Negara

17.

Pelaksanaan PKP 2.0 lebih mencabar daripada PKP pertama mengakibatkan jumlah simpanan dalam tabungan rakyat Malaysia berkurangan manakala rakyat yang masih mempunyai banyak simpanan dalam tabungan menghadapi nasib yang berbeza.

Apakah faktor yang mempengaruhi tabungan agar mereka lebih bersedia pada masa akan datang?

a)

Nilai menabung sut yang kecil

b)

Mengurangkan kadar faedah

c)

Meningkatkan kadar bunga

d)

Semakin rendah tingkat pendapatan negara

18.

Tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi perbelanjaan rakyat adalah dengan membantu firma untuk meningkatkan hasil jualan.

Apakah bantuan yang boleh kerajaan Malaysia berikan kepada pengguna?

a)

Memberi bantuan dalam bentuk wang kepada rakyat

b)

Subsidi kepada firma

c)

Menyediakan tempat pemasaran di atas talian

d)

Pinjaman tanpa faedah

19.

Terangkan faktor yang membuat keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan.

a)

Jumlah pekerja semakin meningkat serta meningkatkan lagi jumlah pengeluaran barang A berbanding dengan pengeluaran barang B

b)

Jumlah tenaga buruh semakin bertambah yang dapat meningkatkan lagi kuantiti sumber ekonomi.

c)

Pertambahan sumber teknologi yang lebih pesat dalam pengeluaran barang B dan pengurangan sumber dalam pengeluaran barang A

d)

Pertambahan sumber dan kemajuan teknologi dalam pengeluaran barang A manakala pengurangan sumber dalam pengeluaran barang B

20.

Pelaksanaan PKP menyebabkan ramai firma terpaksa membuang pekerja untuk mengurangkan kos. Maka kos apakah yang ingin dikurangkan oleh firma?

a)

Kos tetap

b)

Kos pengeluaran

c)

Kos berubah

d)

Kos eksplisit