Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3.0 REKA BENTUK PEMASARAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Reka bentuk produk yang terdapat di pasaran memainkan peranan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna melalui ciri-ciri produk, iaitu:

a)

Nilai produk

b)

Harga produk

c)

Reka bentuk produk

d)

Kekuatan dan kelemahan produk

2.

Pilih jenis-jenis pengenalan diri produk yang betul

a)

Dikenali

b)

Trends

c)

Boleh diingat

d)

Kebolehpercayaan kepada jenama

3.

Dua jenis pengukuhan penjenamaan melalui rakan strategik adalah

a)

Rakan satu niaga

b)

Rakan pemasaran

c)

Rakan strategik perniagaan

d)

Rakan perkongsian teknologi dan produk

4.

Iklan menunjukkan kelebihan dan cara pengendalian produk dalam keadaan yang sebenar. Pilih kaedah dalam reka bentuk pengiklanan yang berkaitan dengan pernyataan di atas.

a)

Demonstrasi

b)

Perbandingan

c)

Matlamat produk

d)

Kiasan atau ibarat

e)

Kenyataan merangsang

5.

Iklan memujuk ialah iklan yang menonjolkan kelebihan sesuatu produk dengan tujuan untuk memujuk dan mempengaruhi para pengguna supaya membeli produk tersebut. Kaedah reka bentuk pengiklanan berikut adalah jenis memujuk kecuali

a)

Gambar pegun

b)

Perbandingan

c)

Maklumat produk

d)

Kiasan atau Ibarat

e)

Kenyataan merangsang

6.

Media pengiklanan boleh disampaikan melalui media massa iaitu ;

a)

Media cetak

b)

Media sosial

c)

Media elektronik

d)

Media campuran

7.

Media elektronik menggunakan lakonan, gambar, perkataan, suara dan muzik untuk menjadikan iklan tersebut lebih menarik.Iklan jenis ini disampaikan melalui alat komunikasi massa seperti

a)

Radio

b)

Televisyen

c)

Papan digital

d)

Surat khabar

8.

Berikut merupakan kaedah reka bentu pengiklanan kecuali

a)

Matlamat produk

b)

Kiasan atau ibarat

c)

Demonstrasi

d)

Persamaan

9.

Salah satu kaedah reka bentuk pengiklanan jenis penerangan adalah

a)

Kenyataan merangsang

b)

Penyampaian fakta

c)

Kiasan atau ibarat

d)

Perbandingan

10.

Gambar pegun merupakan kaedah reka bentuk pengiklanan jenis

a)

iklan penerangan

b)

iklan memujuk

c)

iklan mengingat

11.

Aktiviti menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna adalah ....

a)

permintaan

b)

pemasaran

c)

pertukaran

d)

penawaran

12.

Dua pihak yang terlibat dalam aktiviti pemasaran adalah ...

a)

pengeluar

b)

pengguna

c)

pengusaha

d)

pembekal

13.

Pilih pernyataan yang benar mengenai pemasaran di bawah.

a)

Aktiviti perniagaan yang menyalurkan barang daripada peniaga kepada orang tengah.

b)

Aktiviti pihak pengeluar untuk memasar dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu produk.

c)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna menerusi proses pertukaran produk dan nilai.

d)

Menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna.

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor pemilihan media pengiklanan?

I Luas pasaran

II Reka bentuk pengiklanan

III Nilai produk

IV Jenis dan sifat produk

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

15.

Media pengiklanan yang digunakan oleh iklan di atas adalah

a)

Media elektronik

b)

Media sosial

c)

Media cetak

16.

Kaedah reka bentuk pengiklanan yang digunakan adalah?

a)

Matlamat produk

b)

Perbandingan

c)

Penyampaian fakta

d)

Kenyataan merangsang

17.

Pengiklanan melalui media elektronik merupakan cara yang paling menarik dan berkesan bagi mempromosikan barang atau perkhidmatan. Apakah alat komunikasi yang digunakan pada iklan di atas?

a)

Televisyen

b)

Facebook

c)

Brosur

d)

Papan digital

18.

Penjenamaan produk ini ialah

a)

Bentuk persendirian

b)

Bentuk nama

c)

Bentuk cap dagangan

d)

bentuk cap

19.

susunkan aliran dalam bidang pemasaran

I pasaran

II urus niaga

III pertukaran

IV nilai

a)

I, II, III, IV

b)

IV, III, II, I

c)

I, III, II, IV

d)

IV, II, III, I

20.

gambar foto di atas menunjukkan jenis reka bentuk pengiklanan.

nyatakan jenisnya.

a)

penyampaian fakta

b)

matlamat produk

c)

perbandingan

d)

kenyataan merangsang