Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRINSIP PERAKAUNAN TING 5 - MODUL 3 : KAWALAN DALAMAN

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan peniaga mengawal tunai perniagaan?

a)

Memajukan perniagaan

b)

mengelakkan kecurian berlaku

c)

Menambahkan keuntungan perniagaan

d)

Memastikan tunai mencukupi

2.

X telah direkodkan dalam Buku Tunai tetapi tidak dalam Penyata Bank.

Apakah X?

a)

dividen pelaburan

b)

faedah atas overdraf

c)

cek belum dikemukakan

d)

bayaran terus oleh Akaun Belum Terima

3.

Berikut adalah BUKAN tujuan kawalan tunai dilaksanakan oleh sesebuah perniagaan...

a)

Memastikan wang tunai perniagaan semakin bertambah

b)

Memastikan perniagaan mempunyai tunai yang cukup

c)

Memastikan penggunaan tunai yang optimum

d)

Mengurangkan risiko kecurian dan penyelewengan oleh pekerja

4.
Apakah Penyata Bank?
a)
Penyata yang dikeluarkan oleh bank kepada semua pelanggan
b)
Akaun yang merekodkan segala penerimaan dan pembayaran dengan cek
c)
Penyata yang menunjukkan ringkasan akaun semasa tentang urus niaga di bank dalam sebulan
d)
Penyata yang menunjukkan sebab-sebab baki dalam Akaun Bank berbeza daripada baki Penyata Bank
5.
Apakah tujuan seseorang peniaga menyediakan Penyata Penyesuaian Bank?
a)
Menyemak ketepatan catatan dalam Buku Tunai
b)
Memastikan tunai yang mencukupi apabila diperlukan
c)
Memastikan tidak berlaku penyelewengan wang dalam akaun
d)
Menyelaraskan Baki Buku Tunai dengan baki di Penyata Bank
6.

Butir-butir yang berikut dicatatkan di lajur kredit Penyata Bank KECUALI

a)

caj bank

b)

dividen

c)

pindahan kredit

d)

faedah simpanan

7.

Syarikat Delima menggaji dua orang kerani, seorang ditugaskan untuk merekod Buku Tunai dan seorang lagi untuk mengendalikan tunai. Apakah tujuan Syarikat Delima berbuat demikian?

a)

mengelakkan pembaziran

b)

mengelakkan penyalahgunaan tunai

c)

memastikan tunai tidak dipegang terlalu banyak

d)

memastikan perniagaan mempunyai tunai yang mencukupi

8.

Maklumat di atas menunjukkan petikan Buku Tunai dan Penyata Bank Kedai Buku Amin bagi bulan Mac 20X8.

Perbezaan antara baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank disebabkan oleh:

a)

cek tak layan

b)

kesilapan Buku Tunai

c)

deposit yang belum dikreditkan

d)

cek yang belum dikemukakan

9.

Maklumat di atas diperoleh daripada Syarikat Putri.

Berapakah baki buku tunai selepas dikemaskini?

a)

RM 1280 (debit)

b)

RM 1140 (krebit)

c)

RM 2030 (debit)

d)

RM 2560 (debit)

10.
a)

Debit RM 280

b)

Debit RM 540

c)

Kredit RM 540

d)

Kredit RM 820

11.

P diselaraskan seperti berikut:

Ditolak daripada baki awal Penyata Penyesuaian Bank jika Penyata Penyesuaian Bank dimulakan dengan baki kredit di Buku Tunai.

Apakah P? (pilih 2 jawapan)

a)

Dividen

b)

cek belum dikemukakan

c)

caj bank

d)

deposit belum dikreditkan

12.

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Azlyn Sendirian Berhad.


Baki Buku Tunai (Overdraf) RM 3560

Cek belum dikemukakan RM 1210

Deposit belum dikreditkan RM 730


Berapakah baki akhir Penyata Penyesuaian Bank?

a)

RM 3080

b)

RM (3080)

c)

RM 4040

d)

RM (4040)

13.

Antara berikut, yang manakah penerimaan oleh bank bagi pihak perniagaan?

a)

DIviden

b)

Pindahan kredit

c)

Perintah sedia ada

d)

Faedah atas overdraf

14.

Maklumat berikut diperolehi daripada Syarikat Aiman.

Baki debit Buku Tunai RM3330

Baki kredit Penyata Bank RM4860


Antara berikut, yang manakah mungkin menyebabkan perbezaan tersebut?

a)

Deposit RM1530 belum dikreditkan

b)

Cek bernilai RM1530 belum ditunaikan

c)

Cek bernilai RM1530 tidak dilayan oleh bank

d)

Perintah sedia ada untuk bayaran sewa sebanyak RM1530

15.

Antara berikut, yang manakah butir penerimaan Belanjawan Kedai Home Decor?

a)

Upah pekerja

b)

Bayaran insurans

c)

Jualan perabot

d)

Faedah simpanan tetap

16.

Mursyidul ingin menyediakan Belanjawan Tunai perniagaannya untuk tempoh 3 bulan berakhir September 2021. Jualan dianggarkan berjumlah RM38400 setiap bulan, 60% daripanya diberi tempoh kredit sebulan.

Berapakah anggaran jualan tunai pada bulan Ogos?

a)

RM 15360

b)

RM 23040

c)

RM 38400

d)

RM 46080

17.

Apakah Belanjawan tunai?

a)

Buku rekod wang masuk dan wang keluar serta baki di tangan

b)

Anggaran penerimaan dan pembayaran tunai untuk sesuatu tempoh

c)

Penyata yang digunakan untuk menyelaraskan baki Buku Tunai dan di baki Penyata Bank

d)

Jumlah hasil yang diterima dan belanja yang dibayar untuk mengurus perniagaan dalam tempoh setahun

18.

Butiran manakah yang direkodkan sebagai pembayaran dalam Belanjawan Tunai?

a)

Susut nilai

b)

Belian tunai

c)

Hutang lapuk

d)

Dividen pelaburan

19.

Urus niaga manakah yang diambil kira dalam penyediaan Belanjawan Tunai?

a)

Susut nilai kenderaan

b)

Ansuran bulanan kenderaan

c)

Kenderaan dibeli secara kredit

d)

Membawa masuk kenderaan sebagai modal

20.

Cik Yasmeen mendapati baki di Buku Tunai berbeza dengan baki di Penyata Bank.

Apakah yang menyebabkan perbezaan baki tersebut?

a)

Buku cek

b)

Cek yang belum diterima

c)

Cek yang belum ditunaikan untuk pembayaran

d)

Faedah simpanan yang dikreditkan terus ke dalam akaun bank