Font size
WorksheetsKuiz Bahasa Melayu
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Bagaimanakah kita mengenal pasti kehendak soalan bagi Ulasan, Ringkasan dan Rumusan ?
Pilih pernyataan yang betul.
Kehendak soalan bagi Ulasan boleh didapati dalam bahan grafik.
Kehendak soalan bagi Rumusan boleh didapati dalam arahan.
Kehendak soalan bagi Ringkasan boleh didapati dalam arahan.
Kehendak soalan bagi Ulasan boleh didapati dalam arahan.
Kehendak soalan bagi Rumusan boleh didapati dalam petikan.
Apakah isi kandungan yang diperlukan dalam Ulasan ?
Pendahuluan
Isi Tersurat
Isi Tersirat
Penutup
Apakah isi kandungan yang diperlukan dalam Ringkasan ?
Pendahuluan
Isi Tersurat
Isi Tersirat
Penutup
Apakah isi kandungan yang diperlukan dalam Rumusan ?
Pendahuluan
Isi Tersurat
Isi Tersirat
Penutup
Apakah persamaan antara Ulasan, Ringkasan dengan Rumusan ?
Ketiga - tiga mempunyai pendahuluan.
Ketiga - tiga mempunyai isi tersurat.
Ketiga - tiga mempunyai isi tersirat.
Ketiga - tiga mempunyai penutup.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Murid-murid tidak dibenarkan berbuat bising semasa peperiksaan sedang berlangsung.
Murid-murid tidak diizinkan melangsungkan peperiksaan tanpa membuat bising.
Peperiksaan dibenarkan berlangsung secara senyap oleh murid-murid.
Peperiksaan tidak boleh dilangsungkan apabila murid-murid berbuat bising.
Semasa peperiksaan berlangsung, murid-murid ditegahkan berbuat bising.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan.
Aset penting untuk negara pada masa hadapan ialah golongan remaja.
Masa hadapan golongan remaja menjadi aset negara yang terpenting.
Negara merupakan aset penting golongan remaja pada masa hadapan.
Masa hadapan aset negara bergantung pada golongan remaja.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
"Kaedah pengajaran Cikgu Nora amat menarik membuatkan saya lebih mudah faham," kata Zaidi.
Cikgu Nora menggunakan kaedah yang senang faham untuk mengajar Zaidi agar dia tertarik.
Zaidi menyatakan bahawa Cikgu Nora telah membuatkan dia mudah faham dengan teknik pengajaran yang menarik.
Bagi Zaidi, Cikgu Nora amat menarik kerana menggunakan teknik pengajaran yang menyebabkan dia senang faham.
Cikgu Nora memuji Zaidi kerana menggunakan kaedah pengajaran yang menarik sehingga dia mudah faham.
Pilih penggunaan perkataan, istilah atau frasa yang betul.
berbagai kuih.
pada bila-bila masa
bersama adik.
semua penonton-penonton
senarai nama
Pilih penggunaan kata sendi nama yang betul.
pada pagi hari
di masa itu
dihempaskan kepada batu
dari saat ini
Kiriman itu daripada abangnya.
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Fiona tetap hormatkan ayahnya walaupun ayahnya sering marah kerana dia tahu ayahnya seorang yang amat tegas dalam mendidik anak-anak.
hormatkan ayahnya
sering marah
amat tegas
Tiada kesalahan.
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Kulit Aishah yang putih melepak itu seperti kemerah-merahan apabila berjemur di bawah cahaya matahari yang terik.
putih melepak
seperti kemerah-merahan
matahari yang terik
Tiada kesalahan.
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Encik Haidi seorang yang sangat amanah menyebabkan ketuanya amat yakin bahawa dia mampu menguruskan mega projek itu.
sangat amanah
amat yakin
mega projek
Tiada kesalahan.
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar.
Gali lubang tutup lubang.
Ada wang abang saya, tak ada wang abang paya.
Bagai tikus membaiki labu.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar.
Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
Bagai ayam disambar helang.
Ayam terlepas, tangan bau tahi
Ayam ditambat disambar helang
Yang manakah merupakan tema cerpen Menuai Emas?
Keinginan berdikari dalam hidup.
Hubungan kasih sayang yang akrab antara penduduk.
Sikap bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu.
Orang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi.
Yang berikut merupakan perwatakan Abang Man, kecuali...
Mudah naik angin.
Senang untuk dibawa berbincang.
Panas baran.
Berbudi.
Antara berikut yang manakah merupakan latar masa cerpen Menuai Emas?
Setahun yang lalu.
2 minit.
Pada waktu pagi.
Enam bulan.
Apakah nilai yang terdapat dalam petikan tersebut?
Kesyukuran.
Kesabaran.
Kegigihan.
Patriotisme.
Antara yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam cerpen Menuai Emas, kecuali...
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman.
Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan.
Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara.
Kita perlu bertindak dengan terburu-buru sehingga menanggung kerugian.
