wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi Tingkatan 4 Bab 1 & 2

Total questions: 25

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Pasangan manakah yang menunjukkan bidang kajian biologi


i. Mikrobiologi

ii. Astro fizik

iii. Botani

iv. Sel Kimia

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

2.

"Pembuatan vitamin sintetik, vaksin, hormon insulin dan enzim sintetik."


Pernyataan berikut merujuk kepada sumbangan biologi dalam bidang?

a)

Pertanian

b)

Perubatan

c)

Makanan

d)

Farmasi

3.

Apakah nama bagi peralatan ini?

a)

Kebuk wasap

b)

Stesen pencuci mata

c)

Kabinet keselamatan biologi

d)

Stesen pancuran kecemasan

4.

i. Picagari

ii. Kaca

iii. Skalpel

iv. Kaca


Sisa di atas merujuk kepada sisa jenis kategori apa?

a)

Kategori A

b)

Kategori B

c)

Kategori C

d)

Kategori B

5.

Berikut merupakan langkah-langkah menjalankan penyiasatan saintifik,


Apakah X?

a)

Mengira data

b)

Melihat data

c)

Menghiraukan data

d)

Mengumpul data

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan sel?

a)

Tempat berlakunya mutasi

b)

Unit asas semua benda hidup

c)

Tempat data kimia terkandung

d)

Unit asas semua benda tidak hidup

7.

Rajah di atas merupakan salah sebuah komposisi di dalam sel haiwan.


Apakah fungsi komposisi di dalam gambar tersebut?

a)

Tapak penjanaan tenaga melalui proses pengoksidaan glukosa semasa respirasi sel

b)

Mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar

c)

Merupakan tapak sintesis protein

d)

Mengawal segala aktiviti sel

8.

- Komponen paling besar dalam sel

- Berbentuk sfera, padat & dilingkungi membran nukleus yang mempunyai liang

- Mengandungi kromosom, nukleolus & nukleoplasma


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Ribosom

b)

Jasad golgi

c)

Mitokondrion

d)

Nukleus

9.

- Mengekalkan bentuk sel tumbuhan

- Memberikan sokongan mekanikal kepada sel tumbuhan


Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi.

a)

Vakuol

b)

Kloroplast

c)

Dinding sel

d)

Membran plasma

10.

"Menyerap cahaya matahari & menukarkannya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis."


Berikut merupakan fungsi?

a)

Vakuol

b)

Nukleus

c)

Dinding sel

d)

Kloroplas

11.

Yang berikut adalah benar bagi mengenai sel haiwan dan sel tumbuhan kecuali.

a)

Bentuk sel tumbuhan adalah tetap

b)

Sel haiwan tidak mempunyai dinding sel

c)

Kedua-duanya mempunyai vakuol

d)

Kedua-duanya mempunyai nukleus

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan organisma unisel?

a)

Organisma yang terdiri daripada satu sel sahaja

b)

Organisma yang terdiri daripada dua atau lebih sel

c)

Organisma yang terdiri daripada sel berkembar

d)

Organisma yang terdiri daripada pelbagai sel

13.

Gambar di atas menunjukkan struktur Paramecium.


Apakah struktur M?

a)

Membran plasma

b)

Nukleus

c)

Pseudopodium

d)

Silium

14.

Gambarajah di atas menunjukkan sebuah sel.


Apakah sel tersebut?

a)

Sel darah merah

b)

Sel epitelium

c)

Sel otot

d)

Sel saraf

15.

Berikut merupakan fungsi sebuah sel:

- Tidak mempunyai nukleus

- Berbentuk dwicekung

- Berfungsi untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan oksigen


Apakah sel tersebut?

a)
b)
c)
d)
16.

Berikut merupakan komposisi yang boleh ditemui dalam tumbuh-tumbuhan.


Apakah kompsisi tersebut?

a)

Salur xilem

b)

Sel mesofil

c)

Sel pengawal

d)

Tiub tapis

17.

"Melapisi permukaan luar (kulit) dan permukaan berongga di dalam badan (rongga salur pencernaan dan penafasan)."


Pernyataan tersebut merujuk kepada tisu?

a)

Tisu napkin

b)

Tisu otot

c)

Tisu epitelium

d)

Tisu penghubung

18.

Gambar di atas menunjukkan tisu adipos.


Apakah fungsi tisu tersebut?

a)

Membentuk rangka badan dan melindungi organ dalaman

b)

Menyimpan lemak di bawah dermis kulit dan pada permukaan semua organ utama

c)

Melindungi tulang daripada menjadi haus

d)

Menyambungkan tulang dan otot

19.

"Berfungsi memberi sokongan dan kekutan mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang matang."


Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi?

a)

Tisu Parenkima

b)

Tisu Sklerenkima

c)

Tisu Kolenkima

d)

Tisu Floem

20.

Tisu vaskular di dalam tumbuhan terdiri daripada?


i. Tisu xilem

ii. Tisu floem

iii. Tisu parenkima

iv. Tisu kolenkima

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

21.

Apakah fungsi utama sistem peredaran darah?

a)

Menyingkirkan hasil perkumuhan seperti urea dan asid urik daripada badan

b)

Mengesan dan menghantar maklumat dalam badan serta mengkoordinasi aktiviti badan

c)

Mengangkut nutrien, gas respirasi dan hasil perkumuhan

d)

Pertukaran gas oksigen dan gas karbon dioksida antara badan dengan persekitaran luar

22.

i. Organ

ii. Sel

iii. Sistem

iv. Tisu

v. Organisma multisel


Urutan manakah yang betul mengenai organisasi sel dalam organisma multisel.

a)

ii, iv, i, iii, v

b)

i, ii, iii, iv, v

c)

v, iv, iii, ii, i

d)

iii, ii, i, iv, v

23.

Apakah fungsi bunga dalam sistem tumbuhan?

a)

Menyokong daun dalam kedudukan menegak

b)

Terlibat dalam proses pembiakan tumbuhan

c)

Mengangkut air dan mineral dalam tumbuhan

d)

Menyerap cahaya matahari

24.

Organ terbesar apakah yang terdapat pada manusia?

a)

Organ kulit

b)

Organ hati

c)

Organ perut

d)

Organ mata

25.

Berikut merupakan sebuah komposisi sebuah sistem dalam tubuh manusia:

- Limpa, nodus limfa & salur limfa


Komposisi tersebut merujuk kepada sistem?

a)

Sistem endokrin

b)

Sistem otot

c)

Sistem limfa

d)

Sistem respirasi