wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bab 5

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Inflasi ialah

a)

Kenaikan harga barang secara berterusan dan tidak terbatas

b)

Kenaikan tingkat pendapatan secara menyeluruh

c)

kuasa beli wang telah merosot

d)

Banyak wang mengejar sedikit barang

2.

Kesan positif inflasi ialah

a)

Pelaburan meningkat

b)

Kos hidup meningkat

c)

kuasa beli wang menurun

d)

Pengaliran modal ke luar negara

3.

Kesan negatif inflasi kepada golongan

a)

pemilik harta tetap

b)

pekerja yang berpendapatan tetap

c)

peniaga dan pelabur

d)

pemilik saham

4.

Nilai wang ialah

a)

kenaikan harga umum secara berterusan dan tidak terbatas

b)

keupayaan sejumlah wang untuk membeli barang dan perkhidmatan

c)

ukuran tingkat harga purata barang dan perkhidmatan

d)

terdiri daripada mata wang dalam edaran dan deposit semasa

5.

Indeks harga pengguna meningkat menyebabkan

a)

nilai wang jatuh

b)

nilai wang naik

c)

kuasa beli meningkat

d)

pendapatan benar meningkat

6.

Inflasi tolakan kos berlaku disebabkan oleh

a)

kenaikan permintaan agregat pada tingkat guna tenaga penuh

b)

kenaikan upah buruh

c)

peningkatan penawaran wang

d)

kenaikan harga barang yang diimport dari luar negara yang mengalami inflasi

7.

Inflasi tarikan permintaan berlaku akibat

a)

Kemelesetan ekonomi

b)

Pertambahan penawaran wang

c)

kenaikan kos pengeluaran

d)

pengurangan bekalan wang

8.

Langkah yang boleh diambil untuk mengatasi inflasi tolakan kos ialah

a)

mengawal kenaikan upah

b)

melaksanakan dasar upah minimum

c)

menaikkan cukai import bahan mentah

d)

menggalakkan kesatuan sekerja menunutut kenaikan upah

9.

Berikut ialah kesan negatif inflasi KECUALI

a)

tidak menggalakkan tabungan

b)

agihan pendapatan tidak setara

c)

imbangan perdagangan bertambah buruk

d)

tidak menggalakkan kegiatan spekulasi

10.

Tenaga buruh ialah

a)

Penduduk yang bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi

b)

Penduduk 15-64 tahun yang sedang bekerja atau sedang mencari pekerjaan

c)

nisbah bilangan penganggur dengan tenaga buruh

d)

nisbah antara jumlah tenaga buruh dengan jumlah penduduk

11.

Penggangguran geseran berlaku disebabkan oleh

a)

penurunan mobiliti buruh

b)

kemelesetan ekonomi

c)

perubahan struktur ekonomi

d)

perubahan musim

12.

Pengangguran kitaran disebabkan oleh

a)

maklumat buruh tidak lengkap

b)

Kejatuhan dalam perbelanjaan agregat semasa ekonomi meleset

c)

perubahan struktur ekonomi

d)

permintaan masyarakat terhadap barang pengguna berubah

13.

Guna tenaga ialah

a)

tenaga buruh yang bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi

b)

tenaga buruh yang tidak bekerja

c)

tenaga buruh yang sedang aktif mencari pekerjaan

d)

penduduk dalam lingkungan 15 - 64 tahun yang sedang bekerja dan sedang aktif mencari pekerjaan

14.

Kesan pengangguran kepada ekonomi adalah

a)

pembaziran sumber dan pertumbuhan ekonomi terjejas

b)

peningkatan kes jenayah

c)

menjejaskan kemahiran dan keyakinan diri

d)

memburukkan masalah kemiskinan negara

15.

Langkah mengurangkan pengangguran geseran ialah

a)

memperbaiki kecekapan penyebaran maklumat pekerjaan

b)

Meningkatkan latihan kemahiran dan latihan semula

c)

melaksanakan dasar fiskal mengembang

d)

menggalakkan industri yang berintensifkan buruh

16.

Pengangguran teknologi bermaksud

a)

Jumlah buruh digunakan melebihi jumlah sebenar yang diperlukan

b)

Penggunaan manusia dalam proses pengeluaran digantikan dengan penggunaan barang modal

c)

wujudnya keluaran baharu dan perubahan permintaan

d)

kemerosotan permintaan agregat semasa ekonomi mengalami kemelesetan

17.

Menyebarkan maklumat tentang peluang pekerjaan kepada umum merupakan langkah mengatasi pengangguran

a)

kitaran

b)

teknologi

c)

struktur

d)

geseran

18.

Pengangguran yang wujud semasa ekonomi mencapai guna tenaga penuh ialah

a)

pengangguran geseran

b)

pengangguran kitaran

c)

pengangguran teknologi

d)

pengangguran struktur

19.

Inflasi dapat diukur menggunakan rumus

a)

IHP0/IHP1 x 100

b)

IHP1/IHPo x 100

c)

(IHP1 - IHPo)/ IHPo x 100

d)

(INW1 - INWo) /INWo x 100

20.

Kadar pengangguran dapat diukur menggunakan rumus

a)

Tenaga buruh - Guna tenaga / Guna tenaga x 100

b)

Penganggur / Guna tenaga x 100

c)

penganggur / penduduk 15 - 64 tahun x 100

d)

Pengganggur/ Tenaga Buruh x 100