Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KAEDAH NILAI BAKI

Total questions: 15

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Pembangunan hartanah dapat diterangkan dalam pengertiannya yang luas sebagai kegiatan yang mengubah keadaan tanah. Perubahan ini sering dibuktikan dalam salah satu daripada tiga cara utama, KECUALI:

a)

Dengan mendirikan bangunan baru

b)

Dengan merobohkan bangunan yang tidak berguna

c)

Dengan merobohkan bangunan sedia ada dan penggantian dengan bangunan baru

d)

Melalui peningkatan bangunan dengan memperbaiki keadaan pembaikan, memperbaiki lekapan dan kelengkapan sedia ada

2.

Berikut adalah jenis tanah pembangunan KECUALI:

a)

Tanah dengan potensi pembangunan

b)

Tanah dan bangunan yang didirikan di atasnya

c)

Tanah diluluskan untuk pembangunan

d)

Tanah pembangunan semula

3.

Berikut ialah kenyataan yang betul berkaitan dengan konsep ‘kegunaan tertinggi dan terbaik’ (HBU) KECUALI:

a)

Adalah satu konsep dalam penilaian harta tanah yang menunjukkan bagaimana nilai tertinggi bagi suatu hartanah.

b)

Mesti berdasarkan penggunaan masa depan

c)

Akan menghasilkan nilai tertinggi bagi sesuatu harta, tanpa mengira penggunaan semasa sebenar

d)

Ditakrifkan sebagai penggunaan tanah kosong atau hartanah sebaik mungkin

4.

Dalam menentukan kegunaan tertinggi dan terbaik (HBU) sesuatu harta tanah perlu mengambil kira faktor-faktor seperti berikut KECUALI:

a)

Perancangan guna tanah semasa

b)

Polisi kerajaan yang berkuat kuasa

c)

Penawaran dan permintaan semasa

d)

Tempoh pembangunan

5.

Kegunaan kaedah baki ialah:


I. Untuk mengira nilai maksima tapak

II. Untuk mengira jangkaan keuntungan dari pelaksanaan pembangunan

III. Untuk mengira dan menganggarkan kos-kos pembangunan yang terlibat dalam kerja pembinaan

IV. Untuk mengira risiko pembangunan

a)

I, II & IV

b)

I, II & III

c)

II, III & IV

d)

Semua di atas

6.

Potensi pembangunan sesuatu hartanah boleh dilihat melalui beberapa cara berikut:

I. Pelan Perancangan Pembangunan

II. Lawatan tapak dan pemeriksaan

III. Kos pembangunan yang terlibat

IV. Undang-undang

a)

I, II & III

b)

I, II & IV

c)

I, III & IV

d)

Kesemua di atas

7.

Definisi Nilai Pembangunan Kasar (GDV)?

a)

Pembangunan telah siap, sijil layak menduduki (CCC) telah dikeluarkan dan tersedia untuk jualan

b)

Anggaran jumlah nilai komponen kediaman dan perindustrian

c)

Anggaran jumlah hasil yang dijangka boleh diperolehi dari cadangan pembangunan

d)

Anggaran jumlah nilai pasaran diperolehi daripada pembangunan di sekelilingnya

8.

Nilai Pembangunan Kasar adalah jumlah yang berikut

kecuali:

I. Nilai komponen perumahan

II. Nilai komponen komersial

III.Nilai komponen perindustrian

IV. Nilai komponen

lain

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

I, II, III, IV

d)

Tiada yang berkaitan

9.

Kos pra pembangunan terdiri daripada senarai berikut:

I. Pengeluaran setinggan

II. Premium tambahan

III. Penyediaan tapak

IV. Penyediaan pelan tataatur

a)

I, II & III

b)

I, II & III

c)

I & III sahaja

d)

Kesemua di atas

10.

Berikut adalah kos persediaan tapak KECUALI:

a)

Kerja awalan

b)

Kerja tanah (membersihkan, memotong & meratakan)

c)

Kajian pasaran

d)

Kajian kontur

11.

Dalam menganggarkan jumlah kos pembangunan, terdapat banyak kos-kos yang perlu diambilkira kecuali:

a)

Kos bangunan

b)

Fee Profesional / Bayaran Ikhtisas

c)

Kos Luar Jangka

d)

Lekapan bangunan

12.

Berikut adalah senarai kos pembangunan KECUALI:

a)

Kos bangunan

b)

Kos infrastruktur

c)

Fee profesional

d)

Kos penyelengaraan

13.

Biasanya pemaju memerlukan perkhidmatan profesional dalam pembangunan hartanah. Yuran profesional / bayaran ikhtisas yang akan dibayar kepada;


I. Akitek

II. Pelelong hartanah

III.Jurutera Sivil

IV. Juruukur bahan

V. Pegawai bank

a)

I, II, III, V

b)

I, III, IV

c)

I, III, IV

d)

Semua di atas

14.

Kelebihan penggunaan Kaedah Baki kecuali:

a)

Asas dalam penawaran jual beli

b)

Mengetahui pembangunan yang memberi pulangan tertinggi bagi sesuatu hartanah

c)

Anggaran jumlah hasil yang dijangka diperolehi pada masa hadapan

d)

Mengetahui potensi sebenar hartanah

15.

Kelemahan Kaedah Baki adalah seperti berikut KECUALI:

a)

Kos kewangan dianggarkan dengan kaedah "rule of thumb" dan akibatnya dikira dengan cara yang tidak tepat

b)

Banyak ‘variables’ / pembolehubah yang mana boleh menjejaskan ketetapan nilai

c)

Tertakluk kepada perubahan yang tidak dijangka seperti perubahan kadar faedah dan sebagainya

d)

Kaedah baki berdasarkan rasional bahawa nilai sesuatu harta bergantung kepada potensi pembangunannya