WorksheetsHUBUNGAN DIPLOMATIK KERAJAAN MELAYU AWAL DI KEPULAUAN MELAYU
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Hubungan diplomatik dengan kuasa besar seperti China dan India sangat penting bagi Kerajaan Melayu awal untuk menjamin ____________.
kewangan
keselamatan
ketenteraan
kelemahan
Ukiran pada dinding Candi Borobudur menggambarkan situasi rakyat sedang menghadap ________.
rakyat
pembesar
raja
musuh
Antara barang yang dipasarkan oleh pedagang luar di kerajaan Melayu awal ialah ___________, sutera dan perhiasan.
tembikar
emas
gas
konkrit
Hubungan diplomatik dengan kerajaan lain juga dapat diadakan melalui _____________ sekali gus mewujudkan keamanan.
peperangan
perkahwinan
persengketaan
penjajahan
Pelbagai kegiatan dijalankan oleh kerajaan Melayu awal seperti pertanian, perdagangan, mengutip hasil hutan/laut, _________ dan pembuatan.
percetakan
perlombongan
pengangkutan
perisian elektronik
Lokasi Kepulauan Melayu yang strategik di jalan laut perdagangan _______ dan barat merancakkan aktiviti perdagangan.
timur
utara
selatan
barat daya
Barang dagangan utama ialah rempah ratus seperti lada hitam, bunga cengkih dan buah _________.
pala
rambutan
pisang
tembikai
Faktor hasil pertanian yang baik adalah disebabkan oleh _____.
tanah yang subur
senjata yang canggih
pemerintah yang hebat
kawasan hutan bersih
Objek X ialah
gelung
tali
rotan
wayar
Selain Kerajaan Kedah Tua, aktiviti perlombongan dan pembuatan turut dijalankan oleh Kerajaan Gangga Nagara dan ________.
Kerajaan Santubong
Kerajaan Beruas
Kerajaan Majapahit
Kerajaan Mataram
