wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJ F5 B3 总Quiz

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Semasa Kesultanan Melayu Melaka, raja mempunyai kuasa yang mutlak dalam negara. Apakah kuasa raja dalam bidang tertentu?

a)

Kehakiman

b)

Pelancongan

c)

Kewangan

d)

Keselamatan

2.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kehidupan bernegara dan ciri sistem berperlembagaan. Apakah dapat membuktikan tersebut?

a)

Sistem pemerintahan beraja

b)

Mempunyai sistem pemerintahan yang licin

c)

Dapat menjalankan perdagangan dengan negara lain

d)

Mempunyai undang-undang

3.

Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong selepas negara kita merdeka?

a)

Ketua Negara

b)

Ketua Kerajaan

c)

Ketua Negeri

d)

Ketua Kewangan

4.

Apakah cara diguna bagi membentuk kerajaan negara kita?

a)

Republik

b)

Tirani

c)

Pilihan raya

d)

Diktator

5.

Apakah maksud Durbar di Tanah Melayu?

a)

Persidangan

b)

Pemerintahan

c)

Pelaksaan

d)

Kehakiman

6.

Apakah matlamat British membentuk Durbar di NNMB?

a)

Membincangkan hal ehwal pendidikan kerajaan Persektuan dengan pihak British

b)

Membincangkan hal ehwal kewangan kerajaan Persektuan dengan pihak British

c)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran kerajaan Persektuan dengan pihak British

d)

Membincangkan hal ehwal keselamatan kerajaan Persektuan dengan pihak British

7.

Semasa kemerdekaan PTM, Majlis raja-raja diurus sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu. Berapakah raja Melayu dalam majlis?

a)

9 orang Raja Melayu

b)

13 orang Raja Melayu

c)

8 orang Raja Melayu

d)

10 orang Raja Melayu

8.

Persidangan Majlis Raja-Raja perlu disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tersebut?

Apakah peranan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tersebut?

a)

Mengukuhkan kedaulatan

b)

Menguruskan sekretariat Majlis

c)

Meluluskan rang undang-undang

d)

Memeterai keputusan persidangan

9.

Siapa berkuasa melantik Ketua Audit Negara?

a)

Perdana Menteri

b)

Gabenor

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Hakim Mahkamah Tinggi

10.

Apakah situasi yang membenarkan Yang Dipertuan Agong mengisytiharkan darurat?

a)

Perebutan kuasa

b)

Keselamatan negara terancam

c)

Kemelesetan ekonomi

d)

Perbalahan antara parti politik

11.

Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan Kerajaan Malaysia. Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

I. Memanggil dan membubarkan Parlimen

II. Mengisytiharkan undang-undang darurat

III. Mempunyai hak membatalkan undang-undang

IV. Menguruskan hal kewangan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Mengapakah kempen pilihan raya perlu dilakukan dalam proses pilihan raya?

I Kegiatan subvertif diatasi

II Perbalahan dapat dielakkan

III Manifesto parti dapat disampaikan

IV Rakyat berpeluang mengenali calon

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

. Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini, kuasa pemerintahan di negara kita dibahagikan kepada tiga badan. Apakah badan tersebut?

I Badan Perundangan

II Badan Kehakiman

III Badan Majlis Raja-raja

IV Badan Rakyat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Bagaimanakah keahlian Dewan Rakyat dipilih?

a)

Diluluskan oleh Perlembagaan Persekutuan

b)

Dilantik oleh Majlis Raja-Raja

c)

Dipilih rakyat melalui pilihan raya

d)

Diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

15.

Antara berikut, yang manakah berkaitan Dewan Undangan Negeri?

I Ahlinya dipilih melalui Majlis Raja-Raja

II Melaksanakan dasar kerajaan

III Ahlinya dipilih melalui pilihan raya

IV Menggubal undang-undang bagi negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Apakah fungsi Jemaah Menteri dalam struktur pentadbiran Malaysia?

a)

Melantik Peguam Negara

b)

Membuat undang-undang

c)

Menggubal dasar kerajaan

d)

Menggubal undang-undang

17.

Mengapakah hakim tidak dibenarkan terlibat dalam politik?

a)

Menjaga keselamatan diri

b)

Mengutamakan kes mahkamah

c)

Mengelakkan pertindihan tugas

d)

Menjamin keadilan undang-undang

18.

Kerjasama politik menekankan soal perkongsian kuasa antara kaum berdasarkan prinsip

I Kebebasan

II Keyakinan

III Tolak ansur

IV Perundingan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan?

I Melantik Ketua Menteri

II Enggan membubarkan DUN

III Enggan membubarkan Parlimen

IV Melantik Perdana Menteri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV