wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Konsep Rukun Islam

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah antara pernyataan berikut tidak benar mengenai konsep syahadah.

a)

Syahadah membezakan seorang itu islam atau kafir

b)

Meragui syahadah pertama adalah berdosa besar

c)

Makna syahadah iaitu aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah

d)

Keseluruhan ajaran Islam tiada dalam kandungan syahadah

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan PUASA?

a)

Menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa, pada waktu tertentu terhadap semua manusia, dengan syarat tertentu dan tanpa niat.

b)

Menahan nafsu daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa serta disertai dengan niat.

c)

Menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa, pada waktu yang ditetapkan terhadap orang tertentu dengan syarat tertentu yang disertai dengan niat.

3.

Pernyataan di bawah menerangkan tentang kedudukan orang yang uzur Syarii KECUALI...

a)

Sakit yang boleh membahayakan diri

b)

Wanita hamil dan menyusui anak yang baru dilahirkan

c)

Orang yang bermusafir dengan niat untuk bertemu kekasihnya

d)

Orang tua yang lanjut usia dan tidak mampu berpuasa

4.

Berikut adalah syarat sah puasa KECUALI

a)

Islam

b)

Mumayyiz

c)

Murtad

d)

Suci daripada haid dan nifas

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan ZAKAT

a)

Memberi makan kepada orang yang memerlukannya

b)

Mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk pihak tertentu, dengan kadar tertentu setelah cukup nisab dan haulnya.

c)

Memberi sebahagian harta kita kepada ahli keluarga kita sebelum kematian kita

d)

Mengeluarkan hak milik tertentu untuk pihak yang terpilih dengan kadar yang tertentu setelah cukup haulnya tanpa nisab.

6.

Di bawah merupakan turutan Rukun Haji yang betul.

a)

Niat Ihram haji, Wukuf di Padang Arafah, Tawaf, Saie, Melontar di Jamrah, Bercukur dan Tertib

b)

Niat ihram haji, Wukuf di Padang Arafah, Tawaf, Saie, Bercukur dan Tertib

c)

Niat Ihram haji, Wukuf di Padang Arafah, Tawaf, Saie, Bercukur

d)

Niat ihram haji, Bermiqat di Mina dan Muzdalifah, Tawaf, Saie, Bercukur dan Tertib

7.

Berikut merupakan hikmah mengerjakan Haji KECUALI

a)

Menyemai keinsafan

b)

Mengejar kehebatan

c)

Mengajar erti kesabaran

d)

Menghidupkan suasana persaudaraan

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan DAM?

a)

Tawaran

b)

Syarat

c)

Denda

d)

tukaran

9.

Golongan yang wajib menerima zakat KECUALI...

a)

Fakir

b)

Al-riqab

c)

Zikir

d)

Miskin

10.

Haji terbahagi kepada 3 jenis iaitu

a)

Haji Ifrad, Haji Tamatuk dan Haji Qiran

b)

Haji Ifrad, Haji Tamatuk dan Haji Qarun

c)

Haji Ifrid, Haji Tamatuk dan Haji Qiran

d)

Haji Ifrid, Haji Tamatuk dan Haji Qirin