Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Zaiton tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

a)

buta hati

b)

buta kayu

c)

buta gaji

d)

buta huruf

2.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.

a)

mulut murai

b)

otak cair

c)

mulut tempayan

d)

otak udang

3.

Kazim mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

4.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah bendul

b)

langkah kanan

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

5.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

angkat kaki

c)

berat sebelah

d)

lepas tangan

6.

Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

7.

Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti mencurah garam ke laut

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

8.

Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

seperti anjing menyalak bukit

b)

seperti tikus membaiki labu

c)

seperti lembu dicucuk hidung

d)

seperti murai tercabut ekor

9.

Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menyusu kera di hutan

c)

bagai anjing menyalak bukit

d)

bagai menanam tebu di bibir

10.

Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .

a)

Mulut biar manis,hati biar baik

b)

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak

c)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

11.

ibarat pungguk rindukan bulan

a)

burung terbang pulang ke sarang

b)

ibu yang kehilangan anak

c)

merindukan seseorang yang jauh

d)

gerhana bulan

12.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

a)

Ada jalan

b)

Naik gila

c)

Naik daun

d)

Putus asa

13.

Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu _____________________________ kepada jiran tetangganya.

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti menanam tebu di bibir

c)

seperti membuka pekung di dada

d)

seperti musuh dalam selimut

14.

Pertolongan yang diberikan oleh Hanisah ketika Lee ditimpa masalah kewangan tidak diendahkan oleh Lee apabila Hanisah memohon bantuan daripadanya beberapa bulan yang lalu. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah____

a)

A seperti anjing menyalak bukit

b)

B seperti anjing mengonggong tulang

c)

C seperti anjing dengan kucing

d)

D seperti melepaskan anjing tersepit

15.

Peribahasa alah membeli, menang memakai membawa maksud ...

a)

Biarlah miskin, yang penting bergaya

b)

Orang yang berusaha pasti akan dapat membeli barang yang dicari

c)

Membeli barang tidak sesuai dengan kemampuan

d)

Tidak mengapa harga mahal asalkan tahan lama