wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ramadan Siri 1

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa".


Ayat ini merupakan dalil umat Islam difardhukan berpuasa di bulan Ramadan. Di dalam surah apakah ayat ini diturunkan?

a)

Surah Al-Kahfi

b)

Surah Al-Qadr

c)

Surah Al- Baqarah

d)

Surah Al- Mulk

2.

Berikut adalah syarat WAJIB puasa ramadan KECUALI

a)

Suci daripada haid dan nifas

b)

Mampu untuk berpuasa - Sihat tubuh badan

c)

Islam

d)

Yakin masuk waktu puasa

3.

Berikut adalah adab berbuka puasa KECUALI

a)

Melewat-lewatkan berbuka puasa

b)

Berbuka dengan kurma

c)

Berbuka secara sederhana

d)

Berdoa ketika berbuka

4.

Berikut merupakan syarat SAH puasa, KECUALI

a)

Islam

b)

Niat

c)

Suci

d)

Berakal

5.

Berikut merupakan rukun puasa, KECUALI

a)

Menahan diri dari makan dan minum

b)

Sahur

c)

Menahan diri dari muntah dengan sengaja

d)

Niat

6.

Berikut merupakah surah yang menceritakan tentang penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadan KECUALI?

a)

Surah al-Baqarah

b)

Surah al-Alaq

c)

Surah al-Qadr

d)

Surah ad-Dukhaan

7.

Yang mana satukah perkara yang MEMBATALKAN puasa?

a)

Pakai ubat titis mata seperti eyemore

b)

Menderma darah

c)

Rawatan iv drip melalui salur darah

d)

Muntah dengan sengaja

8.

Bagaimanakah cara qadha’ puasa bagi orang yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadhan pada tahun tersebut sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya?

a)

Wajib qadha’ dan membayar fidyah

b)

Wajib qadha’ sahaja

c)

Membayar fidyah sahaja

d)

Bersedekah pakaian kepada fakir miskin

9.

Apakah hukum apabila suami isteri berciuman pada waktu siang hari di bulan ramadan mengikut Mazhab Syafie?

a)

Sunat

b)

Makruh

c)

Haram

d)

Batal puasa

10.

Bilakah waktu haram untuk membayar zakat fitrah?

a)

Awal ramadan

b)

Sebelum solat Hari Raya Aidilfitri

c)

Akhir ramadan

d)

Selepasnya berakhirnya hari raya pertama

11.

Berikut merupakan orang yang boleh meninggalkan puasa KECUALI

a)

Orang sakit

b)

Orang miskin

c)

Orang musafir

d)

Orang hamil dan menyusui

12.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda,


...مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا


“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan,.. sambung hadis ini

a)

akan mendapat kebaikan yang berterusan

b)

maka akan dibuka pintu-pintu syurga

c)

maka Allah akan menjadikan kemudahan dalam urusannya

d)

maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu

13.

Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari _________ hingga _____________ dan disertai dengan niat

a)

terbit bulan, terbenam fajar

b)

terbit fajar, terbenam matahari

c)

terbenam fajar, terbit matahari

d)

terbenam fajar, terbit bulan

14.

Malam yang istimewa di bulan Ramadan

a)

Israk Mikraj

b)

Malam Asyura

c)

Maulidur Rasul

d)

Lailatul Qadar

15.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:


“Sesiapa yang tidak meninggalkan ________________ sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

a)

percakapan bohong dan berkelakuan keji

b)

perbuatan mencuri

c)

minum arak

d)

amalan berzina