wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAINS HAYAT TAHUN 4 ~ 2.0 MANUSIA

Total questions: 40

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pernafasan ?

a)

Bilangan penyingkiran bahan buangan daripada badan

b)

Bilangan pergerakan kaki dan tangan semasa berlari

c)

Bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit

d)

Bilangan perubahan yang dapat dikesan oleh manusia

2.

Rajah 1 menunjukkan organ - organ pernafasan manusia.

Antara berikut, yang manakah laluan yang betul semasa menarik nafas ?

a)

hidung → trakea → peparu

b)

hidung → trakea → hidung

c)

hidung → peparu → trakea

d)

trakea → hidung → peparu

3.

Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan perkumuhan kepada manusia ?

Klik pada kotak jawapan yang betul.

a)

Mengawal suhu badan

b)

Menyingkirkan bahan makanan tidak tercerna

c)

Menyingkirkan air berlebihan daripada badan

d)

Menyingkirkan bahan buangan toksik daripada badan

4.

Rajah 2 menunjukkan carta palang yang menerangkan kadar pernafasan untuk 3 jenis aktiviti. Pilih padanan yang betul.

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah 3 menunjukkan satu organ perkumuhan. Apakah bahan kumuh yang dihasilkan oleh organ perkumuhan tersebut ?

a)

Karbon dioksida

b)

Air kencing

c)

Wap air

d)

Peluh

6.

Rajah 4 menunjukkan organ perkumuhan dalam badan manusia. Apakah bahan buangan yang dihasilkan oleh R dan T ?

a)

R : Peluh T : Air kencing

b)

R : Karbon dioksida dan wap air T : Air kencing

c)

R : Karbon dioksida dan wap air T : Peluh

d)

R : Peluh T : Karbon dioksida dan wap air

7.

Berikut merupakan maklumat mengenai organ Q.

~ terlibat dalam proses penyahtinjaan

~ menyingkirkan makanan yang tidak tercerna semasa proses pencernaan

Apakah organ Q ?

a)
b)
c)
d)
8.

Rajah 5 menunjukkan Wendy sedang mengalami satu situasi. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan situasi yang ditunjukkan pada Rajah 5 ?

a)

Manusia bergerak balas untuk menjaga kesihatan

b)

Manusia perlu mensyukuri gerak balas yang dilakukan

c)

Manusia bergerak balas dengan lebih cepat berbanding haiwan

d)

Manusia bergerak balas terhadap rangsangan untuk mengelakkan kecederaan atau bahaya

9.

Rajah 6 menunjukkan satu organ perkumuhan manusia. Pilih padanan yang tepat tentang nama dan hasil kumuh organ tersebut.

a)

Organ : ginjal Hasil kumuh : air kencing

b)

Organ : peparu Hasil kumuh : peluh

c)

Organ : ginjal Hasil kumuh : wap air

d)

Organ : peparu Hasil kumuh : karbon dioksida dan wap air

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtinjaan ?

a)

Proses penyingkiran bahan buangan daripada badan

b)

Bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam 1 minit

c)

Gerak balas terhadap keadaan atau perubahan di persekitaran

d)

Proses penyingkiran sisa - sisa makanan daripada badan

11.

Antara situasi berikut, yang manakah menunjukkan manusia bergerak balas terhadap rangsangan ?

a)
b)
c)
d)
12.

Rajah 7 menunjukkan satu aktiviti yang berlaku ketika manusia menarik nafas. Apakah perubahan yang berlaku ketika manusia menjalankan proses pada Rajah 7 ?

P ~ Dada menaik

Q ~ Dada menurun

R ~ Udara masuk

S ~ Udara keluar

a)

P dan R

b)

P dan S

c)

Q dan R

d)

Q dan S

13.

Berikut merupakan organ - organ manusia yang terlibat dalam proses perkumuhan kecuali ...

a)
b)
c)
d)
14.

Rajah 8 menunjukkan seorang lelaki telah minum minuman beralkohol. Pilih kesan yang manakah mungkin berlaku jika lelaki tersebut memandu keretanya untuk balik ke rumah.

a)

Boleh menyebabkan kemalangan di jalan raya

b)

Boleh memandu dengan selamat

c)

Boleh menyebabkan kerosakan kenderaan

d)

Boleh menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu

15.

Rajah menunjukkan satu situasi. Apakah yang digambarkan dalam situasi tersebut ?

a)

Menghembus nafas

b)

Menarik nafas

c)

Degup jantung laju

d)

Kadar pernafasan yang tinggi

16.

Rajah di atas menunjukkan proses pernafasan. Apakah laluan udara pada proses yang ditunjukkan ?

a)

peparu → hidung → trakea

b)

peparu → trakea → hidung

c)

hidung → trakea → peparu

d)

hidung → trakea → peparu → diafragma

17.

Rajah di atas menunjukkan model pernafasan manusia. Apakah yang diwakili oleh belon dalam model di atas ?

a)

jantung

b)

peparu

c)

trakea

d)

ginjal

18.

Antara berikut, yang manakah menerangkan mengenai kadar pernafasan ?

a)

Boleh diperhatikan melalui pergerakan dada dalam masa satu minit

b)

Karbon dioksida lebih banyak ketika menghembus nafas

c)

Semakin cergas aktiviti semakin berkurang kadar pernafasan

d)

Kecergasan aktiviti bergantung pada kadar pernafasan

19.

Mengapakah peparu kiri lebih kecil daripada peparu kanan ? Kerana ...

a)

jantung terletak di peparu kiri

b)

peparu dipenuhi oleh karbon dioksida

c)

peparu kanan mengembang apabila menarik nafas

d)

peparu kiri tidak dilindungi

20.

Antara aktiviti berikut, yang manakah mempunyai kadar pernafasan yang paling rendah ?

a)
b)
c)
d)
21.

Apakah yang berlaku semasa proses menyedut dan menghembus nafas ?

a)

Menarik nafas : dada menaik Menghembus nafas : dada menaik

b)

Menarik nafas : dada menurun Menghembus nafas : dada menaik

c)

Menarik nafas : dada menaik Menghembus nafas : dada menurun

d)

Menarik nafas : dada menurun Menghembus nafas : dada menurun

22.

Rajah di atas menunjukkan beberapa organ manusia. Antara yang berikut, manakah digunakan untuk bernafas ?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

Q dan R

23.

Rajah di atas menunjukkan satu organ dalam badan manusia. Apakah proses yang dilakukan dan apakah hasil buangan yang dikeluarkan ?

a)

Proses : perkumuhan Bahan buangan : air kencing

b)

Proses : penyahtinjaan Bahan buangan : tinja

c)

Proses : pernafasan Bahan buangan : karbon dioksida

d)

Proses : perkumuhan Bahan buangan : peluh

24.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan ?

a)

Penyingkiran bahan buangan daripada badan

b)

Proses mengambil dan mengeluarkan gas dari badan

c)

Proses menyihatkan badan

d)

Proses menyingkirkan bahan makanan yang tidak dicerna oleh badan

25.

Antara berikut, yang manakah amalan yang perlu dilakukan untuk memastikan penyahtinjaan kita tidak terganggu ?

a)

bersenam setiap hari

b)

memastikan tidur yang cukup

c)

makan makanan yang seimbang

d)

sentiasa menjaga kebersihan diri

26.

Sani menghidap penyakit radang paru - paru.

Apakah kemungkinan yang telah dilakukan oleh Sani sehingga menyebabkan peparunya bermasalah ?

a)

Sentiasa berjogging

b)

Banyak minum air

c)

Terlalu banyak tidur

d)

Merokok

27.

Antara yang berikut, manakah menerangkan penyahtinjaan ?

a)

Proses penyingkiran bahan yang tidak diperlukan oleh badan

b)

Proses penyingkiran bahan makanan yang tidak dicerna oleh badan

c)

Proses menghadamkan makanan dalam usus

d)

Proses menghasilkan bahan buangan dalam badan

28.

Apakah yang akan berlaku sekiranya ginjal manusia tidak berfungsi ?

a)

Menghidapi penyakit radang usus

b)

Mengalami penyakit batu karang

c)

Usus manusia tersumbat

d)

Demam yang berpanjangan

29.

Apakah kepentingan proses perkumuhan kepada manusia ?

a)

Memastikan hidup yang selesa

b)

membolehkan manusia berehat dengan secukupnya

c)

Menyingkirkan bahan toksik dari badan

d)

Mengelakkan daripada sebarang penyakit

30.

Apakah rangsangan bagi deria penglihatan ?

a)

Bau

b)

Sentuh

c)

Bunyi

d)

Cahaya

31.

Antara yang berikut, manakah menunjukkan manusia bertindak balas terhadap rangsangan ?

a)

Adil suka bermain bola

b)

Badan menggigil apabila sejuk

c)

Arif menunggang basikal ke sekolah

d)

Adam menonton televisyen bersama keluarga

32.

Rajah di atas menunjukkan satu situasi. Apakah rangsangan dari situasi tersebut ?

a)

Bunyi

b)

Cahaya

c)

Panas

d)

Duri tajam

33.

Semua murid berlari dan berkumpul di padang sekolah apabila siren kecemasan dibunyikan.


Berdasarkan tindakan murid tersebut, apakah kepentingan gerak balas yang ditunjukkan ?

a)

Melindungi diri daripada bahaya

b)

Mengetahui kejadian yang berlaku

c)

Berkumpul di kawasan lapang

d)

Mengetahui punca kejadian

34.

Antara yang berikut, manakah padanan yang betul ?

a)

Tindak balas : Mata terpejam apabila lampu disuluh ke mata Deria : Pendengaran

b)

Tindak balas : Badan menggigil apabila kesejukan melampau Deria : Sentuh

c)

Tindak balas : Menutup telinga apabila mendengar bunyi yang kuat Deria : Pendengaran

d)

Tindak balas : Menutup hidung apabila bau busuk Deria : Rasa

35.

Rajah di atas menunjukkan reaksi seorang murid apabila terdengar bunyi letupan.Apakah rangsangan yang terlibat ?

a)

Bau

b)

Bunyi

c)

Ketakutan

d)

Kepanasan

36.

Mengapakah manusia menjalankan perkumuhan dan penyahtinjaan ?

a)

Untuk mendapatkan tenaga

b)

Untuk bergerak balas terhadap rangsangan

c)

Untuk mengekalkan kesihatan badan

d)

Untuk mengekalkan suhu nadan

37.

Rajah menunjukkan Aziz memancarkan cahaya ke arah mata Razmi. Apakah gerak balas yang dilakukan oleh Razmi ?

a)

Mengelip matanya

b)

Menutup mulutnya

c)

Menutup telinganya

d)

Berundur ke belakang

38.

Rajah menunjukkan sebuah poster. Objektif bagi poster di atas ialah untuk tidak menggalakkan ...

a)

merokok

b)

mengambil dadah

c)

minum minuman beralkohol

d)

makan makanan tidak seimbang

39.

Berikut merupakan kesan atau akibat buruk sekiranya tabiat merokok diamalkan dalam kehidupan harian manusia. Pilih kesan atau akibat buruk tersebut.

a)

Kanser peparu

b)

Nafas berbau

c)

Gigi bertukar warna kuning

d)

Halusinasi

40.

Nyatakan aktiviti yang sesuai dijalankan oleh manusia yang mengalami masalah berat badan berlebihan ( obesiti ).

a)

Berjogging

b)

Bermain permainan di komputer

c)

Menjalankan senaman setiap hari

d)

Makan makanan yang bergula dan berlemak