wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Form 3 PT3 Sejarah Bab 3

Total questions: 60

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Gambar di atas menunjukkan jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) merupakan gabungan negeri apa?

a)

Perak

b)

Selangor

c)

Negeri Sembilan

d)

Johor

e)

Pahang

2.

Kekayaan dan kemakmuran NNMB telah menarik minat beberapa kuasa luar untuk menguasai negeri tersebut, KECUALI

a)

Acheh

b)

Belanda

c)

British

d)

Perancis

3.

Siapakah yang mengusahakan perlombongan bijih timah di lembah-lembah sungai pada abad ke-15?

a)

orang India

b)

orang Cina

c)

orang Melayu

4.

Kaedah (a)   yang digunakan oleh pelombong tempatan untuk mencari bijih timah di Tanah Melayu.

5.

Pembesar memperoleh kawasan pegangan melalui (a)   daripada Sultan.

6.

Pada tahun 1616, bijih timah mula dilombong di _________ dan _________ yang terletak di Perak.

a)

Manjung

b)

Beruas

c)

Larut

d)

Terong

7.

Pada abad ke-16 hingga abad ke-17, Perak merupakan pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah dan sering dikunjungi oleh pedagang, terutamanya _________ .

a)

Portugis

b)

Belanda

c)

British

d)

Sepanyol

8.

Kekayaan dan kemakmuran Perak menyebabkan Acheh meletakkan Perak sebagai negeri naungannya. Perak telah menggunakan bijih timah untuk mendapatkan perlindungan _________ di Melaka bagi membebaskan Perak daripada naungan Acheh.

a)

Belanda

b)

Portugis

c)

British

d)

Siam

9.

Sultan Perak telah memeterai perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka pada abad ke-18. Siapakah Sultan Perak pada masa itu?

a)

Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah

b)

Sultan Ahmad Tajuddin Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah I

d)

Sultan Mukaddam Riayat Shah I

10.

Pengeluaran bijih timah Perak merosot akibat aktiviti penyeludupan bijih timah kepada pedagang ________ di Pulau Pinang pada akhir abad ke-18?

a)

Portugis

b)

British

c)

Belanda

d)

Perancis

11.

Pada tahun 1790, Sultan Ibrahim telah menandatangani perjanjian penjualan hasil timah antara Selangor dengan __________ .

a)

Belanda

b)

British

c)

Portugis

d)

Amerika Syarikat

12.

Surat Francis Light kepada Gabenor Jeneral British di India memerihalkan bahawa Perak menghasilkan _____ pikul bijih timah setiap tahun dan mempunyai kontrak perdagangan dengan Belanda di Melaka.

a)

3000

b)

4000

c)

5000

d)

6000

13.

Perkembangan perlombongan bijih timah melalui beberapa fasa yang melibatkan pelombong Cina telah menjadikan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sebaggai pengeluar bijih timah utama dunia pada abad _____ .

a)

Ke-15

b)

Ke-16

c)

Ke-18

d)

Ke-19

14.

Siapakah telah memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru dengan membawa masuk pelombong Cina? (PILIH DUA)

a)

Long Jaafar

b)

Ngah Ibrahim

c)

Raja Abdullah bin Raja Jaafar

d)

Yap Ah Loy

15.

Ngah Ibrahim menjadikan _________ sebagai pelabuhan untuk mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang.

a)

Kuala Selangor

b)

Kuala Lumpur

c)

Kuala Sepatang

d)

Kuala Pilah

16.

Pada akhir abad ke-19, Lembah Kinta muncul sebagai pengeluar utama bijih timah dunia. Perkembangan perlombongan bijih timah telah menyebabkan kemunculan bandar apa? (PILIH EMPAT)

a)

Gopeng

b)

Ipoh

c)

Batu Gajah

d)

Papan

e)

Kampar

17.

Pada tahun 1870-an, Sultan Ismail mengusaha dan memajukan kawsan perlombongan baharu di Lembah Kinta yang menyebabkan kemunculan bandar apa? (PILIH DUA)

a)

Gopeng

b)

Pangkalan Peguh

c)

Batu Gajah

d)

Papan

18.

Sultan Abdul Samad telah menjadikan _______ di daerah Langat sebagai Kesultanan Selangor.

a)

Jugra

b)

Kuala Langat

c)

Klang

d)

Kuala Selangor

19.

Menjelang tahun 1860, Kuala Lumpur menjadi pusat pengeluaran bijih timah yang penting di Selangor. Nama Kuala Lumpur diambil daripada nama sebatang sungai. Apakah nama sungai tersebut pada masa ini?

a)

Sungai Lumpur

b)

Sungai Gombak

c)

Sungai Selangor

d)

Sungai Kinta

20.

Perlombongan bijih timah di Lukut mula diusahakan oleh Raja Busu. Selepas kemangkatan Raja Busu, siapakah yang berjaya menjadikan Lukut sebagai pusat perdagangan bijih timah yang terkenal?

a)

Raja Selasa

b)

Sutan Puasa

c)

Yap Ah Loy

d)

Raja Jumaat

21.

Melalui rundingan antara Sultan Selangor bersama-sama pemerintah Sungai Ujong, Lukut telah diserahkan kepada daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan manakala tiga kawasan Sungai Ujong telahpun menjadi sebahagian daripada wilayah Kesultanan Selangor. Apakah tiga kawasan tersebut?

a)

Kajang

b)

Langat

c)

Semenyih

d)

Beranang

22.

Perlombongan emas di negeri-negeri Melayu bertumpu di kawasan jalur emas yang sebahagian besarnya terdiri daripada negeri (a)   .

23.

Mengikut rekod China, emas menjadi eksport utama Pahang sejak abad _____ ; menurut catatan Portugis, emas yang dihasilkan di Pahang diperdagangkan pada abad _____ .

a)

ke-13; ke-16

b)

ke-14; ke-18

c)

ke15; ke-17

d)

ke-12; ke-14

24.

Berdasarkan sumber dari India, Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas.

a)

Betul

b)

Salah

25.

Dalam catatan Yunani, Cladius Ptolemy (ahli Geografi Yunani) telah menamakan Semananjung Tanah Melayu sebagai Golden Khersonese yang bermaksud Semenanjung Emas.

a)

Betul

b)

Salah

26.

Perlombongan emas telah dilakukan di Hulu Pahang, iaitu di sekitar beberapa sungai KECUALI

a)

Sungai Tembeling

b)

Sungai Jelai

c)

Sungai Semantan

d)

Sungai Bernam

27.

Apakah kaedah yang digunakan oleh pelombong Eropah pada abad ke-19?

a)

Lombong dedah

b)

Lombong bawah tanah

c)

Melampan

d)

Mendulang

28.

Apakah strategi yang digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang?

I. Manipulasi

II. Desakan

III. Ugutan

IV. Perjanjian

a)

I, II dan III

b)

II, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

Semua di atas

29.

Apakah peristiwa yang telah berlaku di Perak menyebabkan British dapat menguasai Perak?

a)

Perang Larut

b)

Persaingan Pembesar Memungut Cukai

c)

Perebutan Takhta Kesultanan Perak

d)

Rompakan Kapal Dagang British

30.

Gabenor Negeri-negeri Selat, X mengambil peluang untuk campur tangan dan bertindak sebagai orang tengah menamatkan kekacauan di Perak. Siapakah X?

a)

Raja Yusuf

b)

Andrew Clarke

c)

Stamford Raffles

d)

William Farquhar

31.

Pergaduhan pelombong Cina antara kumpulan (a)   dengan Hai San untuk mempertahankan hak dan kepentingan masing-masing menyebabkan tercetusnya Perang Larut.

32.

Selepas Perang Larut tamat, nama Klian Pauh ditukarkan kepada nama ________ .

a)

Sungai Ujong

b)

Klang

c)

Taiping

d)

Klian Baru

33.

Perak mengamalkan sistem penggiliran dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. Mengikut sistem ini, bakal raja perlu melalui tiga jawatan KECUALI

a)

Raja Di Hilir

b)

Raja Bendahara

c)

Raja Muda

d)

Raja Kecil Besar

34.

Selepas kemangkatan Sultan Ali, Raja Ismail (Raja Bendahara) dilantik sebagai Sultan. Siapakah yang menuntut kembali haknya sebagai Sultan akibat masalah kewangan dan desakan golongan pelabur Eropah dan Cina?

a)

Raja Yusuf

b)

Raja Abdullah

c)

Raja Ali

d)

Raja Mahadi

35.

Kekacauan di Selangor memberikan peluang kepada British melaksanakan manipulasi politik. Apakah peristiwa yang telah berlaku di Selangor?

a)

Perang Larut

b)

Perang Selangor

c)

Perang Klang

d)

Perang Kuala Lumpur

36.

Pilihkan kenyataan yang BENAR.

a)

Raja Abdullah bin Raja Jaafar memperoleh hak mentadbir Klang daripada Sultan Abdul Samad.

b)

Raja Abdullah bin Raja Jaafar mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin.

c)

Raja Mahadi bin Raja Sulaiman mendapat sokongan kumpulan Ghee Hin.

d)

Raja Mahadi bin Raja Sulaiman mentadbir Klang sebelum diserahkan kepada Raja Abdullah.

37.

Gambar menunjukkan Kota A Famosa yang digunakan sebagai benteng pertahanan semasa Perang Klang.

a)

Betul

b)

Salah

38.

Siapakah yang telah dilantik sebagai wakil Sultan Selangor untuk menamatkan Perang Klang?

a)

Tunku Dhiauddin

b)

Tunku Abu Bakar

c)

Tunku Idris

d)

Tunku Ismail

39.

Seremban dikenali sebagai (a)   pada masa dahulu.

40.

Yang manakah sungai penting yang menghubungkan Sungai Ujong dengan kawasan sekitarnya?

a)

Sungai Ujong

b)

Sungai Lingga

c)

Sungai Linggi

d)

Sungai Nil

41.

Dato' Kelana, Dato' Syahbandar dan Dato' Muda Linggi saling bersaing untuk mengawal pungutan cukai di Sungai Linggi. Siapakah yang berjaya memperoleh hak memungut cukai di Sungai Linggi?

a)

Dato' Kelana

b)

Dato' Syahbandar

c)

Dato' Muda Linggi

d)

British

42.

British mendapat alasan untuk mendesak Sultan Selangor menerima perlindungan British apabila berlaku peristiwa yang menggugat aktiviti perdagangan British di perairan Selangor. Apakah peristiwa tersebut?

a)

Rompakan Kapal Dagang British

b)

Persaingan Pembesar Memungut Cukai

c)

Serangan Rumah Api

d)

Perebutan Takhta Kesultanan Perak

43.

British tidak dapat meluaskan kuasa di Pahang kerana tidak berlaku kekacauan dan Sultan Ahmad berhati-hati dalam rundingan dengan pihak British. Pada tahun 1888, apakah yang berlaku menyebabkan British dapat mendesak dan memaksa Sultan Pahang menerima perlindungan British?

a)

Rompakan Kapal Dagang British

b)

Serangan Rumah Api

c)

Kematian Goh Hui yang ditikam di pekarangan istana

d)

Kemangkatan Sultan Ali

44.

Bagi mengukuhkan kuasa, British telah mengadakan perjannjian dengan pemerintah tempatan untuk mengikat persetiaan menerima pengaruh British dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Apakah perjanjian pertama British dengan negeri Melayu?

a)

Perjanjian British-Sungai Ujong 1874

b)

Perjanjian Pangkor 1874

c)

Perjanjian British-Selangor 1875

d)

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

45.

Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani di atas kapal perang British, iaitu HMS Pluto.

a)

Betul

b)

Salah

46.

Syarat Perjanjian X:

I. Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong

II. British mempunyai kuasa penuh memungut cukai di Sungai Linggi

Apakah Perjanjian X?

a)

Perjanjian British-Sungai Ujong 1874

b)

Perjanjian British-Selangor 1874

c)

Perjanjian British-Pahang 1887

d)

Perjanjian British-Belanda 1824

47.

Berdasarkan gambar di atas, yang manakah menunjukkan negeri Pahang?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

48.

Berdasarkan gambar di atas, yang manakah menunjukkan negeri Perak?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

49.

Apakah sistem pemerintahan British secara tidak langsung di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang?

(a)  

50.

Selepas pelaksanaan Sistem Residen, kedudukan Sultan dan pembesar negeri dikekalkan tetapi kuasa pentadbiran dan pungutan cukai telah hilang. Siapakah yang mengambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar-pembesar dan negeri?

a)

Residen

b)

Residen Jeneral

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Raja-raja Melayu

51.

Selepas British melaksanakan Sistem Residen, British mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu melalui perjanjian apa?

a)

Perjanjian London 1824

b)

Perjanjian Persekutuan 1895

c)

Perjanjian Malaysia 1963

d)

Perjanjian Malayan Union 1946

52.

Ciri-ciri Negeri-negeri Melayu Bersekutu:

I. Ketua pentadbiran: X

II. Pusat pentadbiran: Y

a)

X: Residen Jeneral; Y: Kuala Lumpur

b)

X: Pesuruhjaya Tinggi British; Y: Sungai Ujong

c)

X: Residen; Y: Klang

d)

X: Residen; Y: Kuala Lumpur

53.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) juga dikenali sebagai (a)   .

54.

Apakah faktor-faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

4 lines
55.

Gambar di atas menunjukkan struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Apakah X?

a)

Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Residen

c)

Raja-raja Melayu

d)

Pembesar Melayu

56.

Gambar di atas menunjukkan Residen Jeneral NNMB (1896-1900) dan Pesuruhjaya Tinggi NNMB (1901-1903). Siapakah tokoh pada gambar di atas?

a)

Stamford Raffles

b)

Francis Light

c)

Frank Swettenham

d)

John Anderson

57.

Selepas pembentukan NNMB, kuasa perundangan dan peranan Raja-raja Melayu telah diambil alih oleh ____________ .

a)

Residen

b)

Residen Jeneral

c)

Pesuruhjaya Tinggi British

d)

Raja-raja Melayu

58.

Pada tahun 1909, British manandatangani perjanjian dengan Raja-raja Melayu bagi menubuhkan Majilis Mesyuarat Negeri. Majlis ini berkuasa meluluskan undang-undang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

a)

Betul

b)

Salah

59.

British telah membentuk Durbar untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu terhadap NNMB. Ahli Durbar terdiri daripada siapa?

I. Pesuruhjaya Tinggi British

II. Raja-raja Melayu

III. Gabenor Negeri-negeri Selat

IV. Residen British

V. Residen Jeneral

a)

I, II, III, IV

b)

I, II, IV, V

c)

I, III, IV, V

d)

Semua di atas

60.

Di manakah Durbar pertama diadakan?

a)

Kuala Lumpur

b)

Sungai Ujong

c)

Ipoh

d)

Kuala Kangsar