wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4 Bab 4 Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau?

a)

Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar serta mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti manusia

b)

Perubahan dan penghasilan produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar serta meningkatkan kesan negatif akibat aktiviti manusia

c)

Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar serta mengurangkan kesan negatif akibat aktiviti manusia

d)

Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar serta meningkatkan kesan negatif akibat aktiviti manusia

2.

Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan mempunyai empat tonggak utama. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan tonggak utama tersebut?

a)

Tenaga

b)

Alam sekitar

c)

Kebudayaan

d)

Sosial

3.

Bagaimanakah sektor tenaga menjadi salah satu tonggak kepada Teknologi Hijau?

a)

Mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari sumber tenaga alternatif

b)

Memaximumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar

c)

Menambahkan ekonomi negara melalui penggunaan bahan api fosil

d)

Meningkatkan kuantiti hidup untuk semua

4.

Apakah fokus utama sektor tenaga dalam Teknologi Hijau?

a)

Tenaga nuklear

b)

Tenaga bahan api fosil

c)

Tenaga boleh guna

d)

Tenaga boleh baharu

5.

Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan dalam sektor bekalan tenaga?

a)

Cara tenaga tersebut dijana dan dibekalkan

b)

Cara tenaga yang telah dihasilkan itu diagih atau diguna secara maksimum

c)

Cara tenaga tersebut dijana atau dilupuskan

d)

Cara tenaga yang telah dihasilkan itu diagih atau diguna dengan cekap

6.

Sektor manakah yang tidak terlibat dengan Teknologi Hijau?

a)

Pelancongan

b)

Tenaga

c)

Pertanian dan perhutanan

d)

Pengurusan sisa dan air sisa

7.

Mengapakah tenaga boleh baharu dikenali sebagai tenaga bersih?

a)

Membebaskan gas yang menyegarkan alam sekitar

b)

Membebaskan gas yang diperlukan oleh alam sekitar

c)

Membebaskan gas yang tidak mencemarkan alam sekitar

d)

Membebaskan gas yang menyelamatkan alam sekitar

8.

Isu sosiosaintifik ialah

a)

isu sosial seperti pencemaran udara, air dan pemanasan global

b)

isu sosial yang dikaitkan dengan sains dan menekankan aplikasi moral dan saintifik kepada situasi dunia sebenar

c)

isu sosial yang dikaitkan dengan politik dan sains

d)

isu sosial seperti penyebaran virus dan keadaan pandemik

9.

Antara berikut, yang manakah bukan tenaga boleh baharu?

a)

Tenaga angin

b)

Tenaga nuklear

c)

Tenaga solar

d)

Tenaga geoterma

10.

Berikut merupakan inisiatif ke arah kecekapan tenaga.

a)

Indeks Bangunan Hijau

b)

Label cekap tenaga untuk peralatan elektrik

c)

Kempen penjimatan tenaga

d)

Kempen teknologi cekap tenaga