wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tingkatan 2

Total questions: 15

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.


Azim dan rakan-rakan sekelasnya datang ke sekolah pada hari Sabtu kerana ____________ hendak bergotong-royong menghias kelas.

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

mereka

2.

Murid-murid tidak seharusnya bersikap ________ ketika menjawab soalan peperiksaan agar mereka tidak melakukan kesilapan.

a)

kasar

b)

gentar

c)

gopoh

d)

pantas

3.

Program lawatan ke rumah anak yatim di Kuala Selangor itu _______ diadakan pada akhir bulan ini.

a)

sedang

b)

sudah

c)

dapat

d)

akan

4.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Murid-murid yang tidak suka membaca pelbagai bahan bacaan perlu mengubah sikap mereka agar mereka tidak cetek ilmu pengetahuan.

a)

seperti kacang lupakan kulit

b)

iku hati mati, ikut rasa binasa

c)

seperti katak di bawah tempurung

d)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

5.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan situasi di bawah.


Abang Dani berusaha dengan gigihnya untuk memastikan perniagaan kraf tangan yang diusahakannya akan semakin maju kerana dia percaya bahawa dengan usahalah segala matlamat yang kita impikan akan tercapai.

a)

tepuk dada tanya selera

b)

tiada rotan, akar pun berguna

c)

biar berputih tulang, jangan berputih mata

d)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

6.

Puan Masyitah _______ tepung untuk membuat kek bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak bongsunya.

a)

mengayak

b)

menyaring

c)

menggoyang

d)

menggoncang

7.

Zairul membatalkan niatnya untuk membeli telefon pintar itu kerana harganya terlalu _______ sedangkan wang simpanannya sedikit sahaja.

a)

tebal

b)

berat

c)

kasar

d)

mahal

8.

Proses _________ undi bagi pilahan raya kecil di kawasan itu berjalan dengan lancarnya.

a)

penyebaran

b)

pemarkahan

c)

pemerhatian

d)

pembuangan

9.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Ayah Taufiq memiliki perwatakan yang baik, iaitu sentiasa tenang, penyabar, dan baik tingkah lakunya sehingga menyebabkan disenangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya.

a)

seperti api dalam sekam

b)

seperti air dalam kolam

c)

seperti abu di atas tunggul

d)

seperti rusa masuk kampung

10.

Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa situasi di atas ialah..

a)

tidak memuaskan hati pembeli

b)

tidak berpadanan dengan si pemakai

c)

harga yang ditawarkan tidak mampu dibeli

d)

barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai

11.

"Semoga persahabatan yang terjalin antara ________ akan kekal selama-selamanya," kata Anis kepada Syafiqah.

a)

kita

b)

saya

c)

kami

d)

kamu

12.

Anak Puan Norlita telah meninggal dunia hampir enam bulan yang lalu tetapi beliau masih tidak dapat menerima ______ itu.

a)

penyataan

b)

pernyataan

c)

kenyataan

d)

menyatakan

13.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir dengan ayat dibawah.


Encik Azrin sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.

a)

Di kawasan pelantar minyak, Encik Azrin sentiasa mengutamakan aspek keselamatan.

b)

Aspek keselamatan Encik Azrin sentiasa diutamakan semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.

c)

Aspek keselamatan semasa Encik Azrin bekerja di kawasan pelantar minyak sentiasa diutamakan.

d)

Aspek keselamatan sentiasa diutamakan oleh Encik Azrin semasa bekerja di kawasan pelantar minyak.

14.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja separuh jalan sahaja sebaliknya kerja itu perlu dilakukan hingga selesai.

a)

bagai tikus membaiki labu

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

bagai melepaskan batuk di tangga

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

15.

Peribahasa-peribahasa di bawah ini menggambarkan bahawa seseorang yang hendak berjaya perlulah berusaha, kecuali

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

c)

ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

d)

malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut